Bab 27

Romance Completed 5944

"Kakak!! Turun kejap! Pakai tudung, " jerit Hariz dari tingkat bawah sehingga ke bilik kakaknya.

"Iyee! " balas Aisyah.

Aisyah turun lalu mencari Hariz yang memanggilnya. Namun, dia tidak menjumpai Hariz, malah menjumpai seorang jejaka yang bercermin mata hitam di ruang tamu.

"Syah? Awak buat apa kat sini? " terkejut Aisyah setelah melihat lelaki itu membuka cermin mata hitamnya.

"Dah, kau ikut aku. Aku dah minta izin dah dengan parents kau, "

"Tak nak, dah cakap dah tadi kan? " kata Aisyah sambil mengerutkan dahinya.

"Try kau pergi jumpa papa and mama kau, "

Aisyah menuruti sahaja apa yang dikatakan Syah.

"Kakak pergi la ikut Syah, " kata Marziah .

"Papa tahu kakak tak nak rapat dengan Syah sebab semalam kan? Papa jamin, Syah 100 peratus jauh beza dengan Syahmi, " kata Adam pula.

"Tapi pa, "

"Kakak, membantah kedua ibu bapa itu? " sengaja Marziah memberhentikan kata-katanya supaya Aisyah menyambungkan perkataan itu.

"Okay, fine. Dosa, "

Kemudian Aisyah pergi semula ke ruang tamu dan melihat Syah sudah menunjukkan muka bangganya.

"Tunggu kejap, saya siap-siap, "

"Eh jap! Jangan lama-lama tahu, "

"Ye lah, saya ni bukan perempuan yang suka make up tu, "

"Good girl, dah naik, "

"Amboii, dah pandai mengarah ye, "

"Huu of course. Nanti pun kau kena patuh dengan aku juga kan, " sengaja Syah mengusik calon tunangnya itu.

Aisyah menjelingkan matanya lalu naik ke biliknya.

Marziah dan Adam yang sejak dari tadi memerhatikan mereka berdua, tertawa kecil akan gelagat putri sulung mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience