Bab 4

Romance Completed 5944

Hariz membuka pintu setelah mendengar bunyi loceng. Dia melihat ayahnya sudah pulang. Cepat sahaja Hariz bersalaman dan berpelukan dengan ayahnya. Ayahnya sudah tiga hari di Singapura untuk menyelesaikan kerjanya sebagai seorang ketua pengusaha sebuah syarikat .

"Siapa tu Iz?" jerit Marziah dari dapur yang sedang sibuk memasak nasi ayam special kerana dia tahu suaminya akan pulang pada hari itu.

"Papa! " jerit Hariz pula membalas soalan ibunya.

Hariz membantu mengangkat beg ayahnya . Sememangnya Hariz seorang anak kebanggaan ayahnya. Sikap Hariz yang senang diatur membuatkan Adam dan Marziah berasa selesa.

Aisyah dan Syakirah yang sejak tadi bertengkar berhenti setelah mengetahui bahawa Adam sudah pulang. Syakirah cepat-cepat turun manakala Aisyah terkejut dan tidak menyangka secepat ini ayahnya pulang. Baru sahaja dia membuat perjanjian lagi dengan ibunya untuk membahas tentang perjodohannya setelah ayahnya pulang. Walaubagaimanapun dia turun menjemput ayahnya.

Syakirah bersalaman dengan ayahnya . Begitu juga Aisyah tetapi selepas itu dia pergi ke biliknya segera.

"Kenapa dengan kakak kamu tu? Resah aje papa tengok, "tanya Adam kepada Syakirah. Syakirah mengangkat bahu berpura-pura tidak tahu.

TEPAT jam 9.00 malam semua ahli keluarga Adam berkumpul di meja makan untuk menikmati masakan Marziah yang tidak terkalah enaknya "Ehem, actually ada nak cakap something ni, " tiba-tiba Marziah bersuara dalam kesunyian malam. Membulat mata Aisyah mendengar ibunya sudah memulakan perbicaraan .

"Seperti yang mama dan papa ingin, iaitu menjodohkan kakak dengan anak kawan papa and mama, "

Aisyah terkejut ibu dan ayahnya mahu menjodohkan dia dengan orang yang tidak pernah dia kenali. Tibalah giliran Aisyah menyuakan pendapatnya "Sorry ma, pa, kakak bukan mahu membantah tetapi tidak mungkin kakak akan bertunang dengan orang yang kakak sendiri belum melihat wajahnya, " perlahan sahaja Aisyah berkata, dia tidak mahu mengecilkan hati ibu dan ayahnya.

"Itu kakak don't worry nanti papa and mama kenalkanlah. Dia merupakan ketua pengusaha ke-2 syarikat ayah. Hebat kan? Umur 24 dah jadi ketua. Hmm kakak tak kesah kan? "Adam pula bersuara.

Aisyah menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya semula.

"Okay, fine kalau itu boleh buatkan mama and papa happy, " Aisyah hanya tersenyum palsu. Ini sungguh berat baginya tetapi dia tidak mahu mengecewakan kedua orang tuanya.

Syakirah menolak bahu kakaknya dan mengangkat kening kirinya. Aisyah mengangkat bibir seseolah-olah mahu berkata 'yelah, nak cakap lah ni, '

"Mm mama. Kakak nak say sorry fasal pagi tadi sebab lupa ajakan mama tu. Time kakak buat perjanjian dengan mama kakak lupa yang kakak ada reunion dengan kawan-kawan lama kakak, "luah Aisyah akhirnya .

"Tak apalah, kakak. Benda sudah berlalu tidak usah diungkit lagi.Lagipun mama dah maafkan but jangan ulang lagi tau, " nasihat Marziah akan selalu dia simpan sebagai pelajarannya untuk hari lainnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience