Bab 17

Romance Completed 5944

Bunyi kicauan burung jelas kedengaran dalam bilik tidur Aisyah. Aisyah bangun sambil mengeliat kemudian dia melihat ke arah jam dinding digital yang digantung berlawanan dengannya. Jam menunjukkan pukul 6.07 pagi. Aisyah mengambil air wudhu lalu menghamparkan sejadah. Kemudian, dia menunaikan solat subuh. Setelah selesai dia turun untuk bersarapan. Dia melihat Marziah sedang menyapu jem di atas sekeping roti.

"Pagi, ma. Alhamdulillah kakak dah better daripada semalam, "

"Alhamdulillah. So, macam mana? Kakak dah buat pilihan? " tanya Marziah ingin tahu.

"Hmm dah. Kakak harap apa pun keputusan kakak, mama boleh terima, "

"Inshaallah, "

"TING TONG, " bunyi loceng rumah Syah kedengaran ahli keluarganya. Tak lain tak bukan kalau yang datang ialah keluarga Aisyah. Syah memejam mata seketika dan mengumpul seribu kesabaran dalam hatinya.

"Assalamualaikum, " kata Adam.

"Waalaikumsalam, " balas Husna dan keluarga.

Kini semuanya sudah berkumpul di dalam satu rumah. Hari tu juga penentuan majlis pertunangan Syah dan Aisyah akan diteruskan ataupun sebaliknya. Sejak dari masuk sehinggalah duduk mata Aisyah hanya tertuju pada seseorang, Syahmi Azril.

"Alhamdulillah hari ini kita dapat berkumpul bersama dan saya juga berharap Syah, Syahmi dan Aisyah dapat memilih jalan yang terbaik untuk diri mereka sendiri dan ke hadapannya nanti, " Ahmad bersuara dalam kesunyian. Masing-masing menunggu jawapan.

"Okay, Aisyah, mak cik nak tanya kamu, masih ada perasaan pada Syahmi ke? " tanya Husna dengan lembut.

"Jujurnya saya cakap, saya memang tiada perasaan sedikit pun untuk Abang Am. Setahun cukup untuk saya lupakan kisah kami dan setahun also cukup untuk saya move on dan mulakan hidup baru, "

Bulat mata Syahmi mendengar kata-kata itu. Dia tidak menyangka Aisyah akan berkata seperti itu.

"Wait, Aisyah, awak panggil saya Abang Am? Hey, call me Syahmi, Aisyah, " tanya Syahmi keras.

"Tolong la, saya dah tak ada perasaan apa-apa lagi dekat awak. So, awak kan tua setahun dari saya, tak elok kalau saya panggil awak Syahmi aje. Lagipun, awak nanti akan jadi abang ipar saya juga kan? "

"Maaf, maksud Aisyah? " tanya Husna lagi.

"Aisyah, hmm. Aisyah nak teruskan perjodohan ni," semua orang di situ tidak menyangka Aisyah mahu meneruskan perjodohan itu.

"Aisyah ada perasaan ke dekat Syah? " tanya Ahmad pula.

"Maaf sebelumnya, saya tak nak semua orang di sini kecewa tapi saya perlu katakan ini. Maaf, Syah. Saya tak ada perasaan suka terhadap kedua-dua anak mak cik dan pak cik, " Aisyah menjawab pertanyaan Ahmad.

"Mungkin ini memang jalan kehidupan saya. Lagipun tak mungkin bagi saya melawan papa dan mama, " kata Aisyah lagi.

Syahmi cuba pergi dari situ, tetapi Husna menahan lengannya dan mengangkat kening seolah-olah mahu memberitahu 'jangan bertindak yang aneh-aneh. Sopan sedikit, ' Ahmad juga turut memainkan anak matanya tanda menyuruh Syahmi duduk. Syahmi duduk kembali tanpa sedikit keikhlasan pun.

Syah tersenyum mendengar jawapan Aisyah. Dia bersyukur kepada-Nya lalu dia berkata dalam hati 'Ya Allah, jika benar Aisyah adalah jodohku, berikanlah kami kebahagiaan dalam hidup kami, '

Aisyah melihat Syahmi lalu menundukkan semula kepalanya. Setelah itu giliran Adam pula bersuara,

'Err Syah kamu tidak keberatan kan? " tanya Adam.

Syah menjawab "Tidak, pak cik. Kalau ini memang jalan yang terbaik untuk saya dan Aisyah, saya terima, "

"Tak perlu kamu nak tanya dia, Adam. Dah tentu dia setuju, " usik Husna. Syah tersenyum malu. Semua orang ketawa melihat gelagat Syah. Syahmi yang sejak dari tadi menjadi tunggul lalu kemudiannya berjalan masuk ke dalam kamarnya.

"Maafkan Syahmi ye, Marziah, Adam, Aisyah, " Husna berkata kepada mereka.

"Tidak mengapa, kami mengerti, " kata Marziah

"Jemput makan, " pelawa Ahmad.

Tiba-tiba Syasya datang ke Syah dan berbisik.

"Jaga kakak elok-elok tahu, "

Syah tersenyum lebar mendengar nasihat itu.

"Hey, Syasya, sinilah" panggil Aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience