Bab 21

Romance Completed 5939

"Haiyo, lambat seminit ni wahai Miss Chatty, "

"Ala, seminit je takkan kena hukum juga kot? " tanya Aisyah merayu.

"Aip, mesti kena hukum, "

"Ish apa dia? "

"Hukumannya ialahhhh, "

"Apa? Lamanya.. cepatlah cakap, "

"Wait, kita tunggu kejap, "

Selepas itu, seorang pelayan datang ke meja mereka dengan membawa dua pinggan makanan.

Aisyah ternganga luas melihat makanan yang dihidangkan.

"Awak, awak pesan ke ni? "

"Yeah, and ini hukuman kau, kau kena makan dua-dua pinggan ni sampai habis, "

"What?? Awak suruh saya makan sayur ulam sebanyak ni? Awak tolong laaa. Mana awak tahu saya tak suka sayur ulam ni? "

"Adalah. Dah, makan, " arah Syah.

Aisyah terpaksa makan. Syah memerhati sahaja telatah Aisyah yang berkerut dahinya menahan rasa makanan itu. Kalau bukan sebab Rahman sudah tentu Syah tidak tahu kelemahan Aisyah.

"Kenapa awak nak suruh saya makan ni? " Aisyah bertanya kepada Syah setelah selesai makan.

"Sebab saya nak ajar awak ME.NE.PA.TI. MA.SA" Syah menyebut perkataan itu satu persatu.

"Haduhh, kot ye pun, kenapa sayur ni juga? Pergh wekk tak sedap! "

Syah tertawa melihat gelagat Aisyah.

Aisyah tersenyum melihat Syah yang sedang tertawa. Dia benar-benar tidak menyangka seorang Syah akan mengajarnya menepati masa.

"Ohh suka ee? Jap eh, " kata Aisyah.

"Waiter, " Aisyah memanggil seorang pelayan lelaki. Kemudian dia berbisik. Syah memerhati tingkah Aisyah. Kemudian pelayan itu pergi.

"Kau cakap apa? "

"Ada la, sibuk je, " kata Aisyah dengan senyum nakal. Syah memandang Aisyah aneh.

Setelah itu Syah melihat seorang pelayan membawa makanan dan berjalan ke arah mereka.

'Sotong Goreng Tepung?! ' jerit hati Syah.

"Haa, awak makan la, " Aisyah tersenyum nakal lagi.

"Kau saja kan? "

"Saja apanya? Makan la, " usik Aisyah.

Syah memerhatikan sahaja makanan itu. Dia lansung tidak menyentuhnya.

"Hahaha, yelah yelah, haha sorry, " Aisyah tertawa melihat gelagat Syah yang mencuit hatinya.

"Haa betulkan! Kau saja aje! By the way, who told you? " tanya Syah penasaran.

"Hmm first of all, awak bagitahu dulu. Siapa yang cakap saya tak suka sayur ulam?! " ugut Aisyah.

"Okay, fine! Rahman, "

"Patutlah, dah Agak dah, "

"Eh, kau siapa pula yang bagitahu? "

"Alamak dia ni, dia yang letak kat Instagram.. tanya orang pula, "

"Ooo kantoi la stalk saya kan, " Syah sengaja menggoda Aisyah. Aisyah membulatkan mata terkejut.

"Eh mana ada, suka hati dia aje. Saya jumpa la from Mia punya post. Saya stalk dia bukan stalk awak ekk, perasan, " jelas Aisyah.

"Kau still kawan dengan dia ke? "

"Tak adalah, "

"Dah tu? "

"Emm just.. just, "

Syah mengangkat kedua keningnya seperti mahu berkata 'just what? '

"Just rindu, " Aisyah menundukkan kepalanya dia tahu apa yang baru sahaja dia ungkapkan pasti Syah akan terkejut.

"What?! Rindu? Orang dah jahat dengan kita, awak boleh rindu dengan dia, "

Benar dugaannya Syah pasti tidak percaya.

"Eh dahlah tak payah nak drama. Jom ikut aku jap, " kata Syah lagi.

"Pergi mana pula? " tanya Aisyah hairan.

"Ikut aje lah. Jom, "

Aisyah hanya mengikut apa yang Syah arah.

"YEAH!! Dah sampai, "

Aisyah tersenyum lebar tanda dia sangat bahagia apabila Syah membawanya ke situ.

"What? Pantai?! OMG!! Thanks awakkk, " Aisyah sangat gembira akan tindakan Syah.

"Wahhh, saya dah lama tak ke sini, " Aisyah menarik nafas nafasnya kemudian dihembuskan semula.

"Ahh, segarnya! "katanya lagi.

"Ish kau ni cakap tak henti-henti. Bagi la aku nak cakap pula, " usik Syah.

"Excited la awak. Awak selalu ke kesini? "

"Yup, "

"Untunglah lelaki. Saya selalu suka sangat sangat dengan pantai. Tapi tu lah mama dan papa tak izinkan. Ye lah dia orang selalu busy, so, bila saya nak pergi sorang-sorang pun dia orang tak bagi. Dia orang takut kalau saya bawa kereta jauh-jauh tapi dekat je kan? " luah Aisyah.

"Eh dah la jom pergi sana. Yang kita duduk dekat parking lot ni dah kenapa? "

"Eh haah la, haha. Jom! "

KETIKA sudah di pantai Aisyah melihat layang-layang ada jual di situ.

"Syah, layang-layang, "

"So? "

"Awak ni, tak nak main ke? " Aisyah mengelipkan matanya menunjukkan mukanya yang comel.

"Jom pergi beli, "

"Yeayy, "

Setelah beli Syah pun bersuara

"Awak ni bila bagi melting sikit dah bertukar jadi childish, haha, "

Aisyah juga turut tertawa akan dirinya. Dia tidak menyangka yang dia akan mendapatkan kebahagiaan. Sebernarnya inilah sikap sebenar Aisyah cuma selama ini dia kurang kasih sayang daripada kedua orang tuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience