Bab 44

Romance Completed 5939

Pelbagai jenis makanan yang terhidang di atas meja. Aisyah baru sahaja selesai memasak untuk makan malam.

"Awak, kalau perlu saya cakap dengan mama awak, supaya dapat pergi main bowling lagi, " kata Syah kepada Aisyah.

"Tak perlulah, lagipun saya dah biasa kena atur macam ni, " jawab Aisyah lalu mencedok nasi ke pinggan Syah.

"Tapi saya kan suami awak, saya lagi berhak, " kata Syah lagi.

"Tak payah, penat aje cakap ngan mama. Mama tak akan faham. Saya pernah kena lagi teruk, "

"Example? " tanya Syah.

"Macam yang saya tengah buat ni, "

Setelah mendengar kata-kata Aisyah, Syah terdiam seketika dan berhenti mengambil lauk. Aisyah juga terdiam kaku dengan kata-katanya sendiri. Dia tidak sepatutnya berkata demikian.

"Err awak saya.., " belum sempat Aisyah memohon maaf atas ayat telah dia keluarkan, Syah sudah meletakkan semula sudu dan garfu meninggalkan Aisyah lalu masuk ke dalam bilik dengan muka yang agak marah.

'Ya Allah, aku tak sepatutnya cakap macam tu, ' bisik hati Aisyah. Dia sangat rasa bersalah.

Dia tahu apa yang Syah katakan itu, niatnya baik. Tetapi dia sendiri juga tidak tahu kenapa dia berkata sebegitu. Kemudian, Aisyah menyusuli Syah.

KETIKA di dalam bilik,

"Awak, " sapa Aisyah lembut.

Dia melihat Syah sedang terbaring di atas katil berlawanan daripada menghadap ke arah Aisyah.

"Saya tau saya salah, saya minta maaf, " kata Aisyah. Namun, tiada sebarang perkataan pun yang keluar dari mulut Syah.

'Marah betul dia dengan aku, ' Aisyah menyalahkan dirinya sendiri di dalam hatinya.

PADA pagi itu, mereka mahu ke tempat kerja. Walaupun Syah marah kepada Aisyah, tetapi dia tidak membiarkan Aisyah pergi seorang diri. Lagipun tempat kerja mereka sama, Fashion Top Company.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience