Bab 33

Romance Completed 5939

Setelah Hariz mendengar peti suratnya seolah-olah dibuka. Dia lansung keluar mengambil surat tersebut. Tetapi yang anehnya, itu bukan jenis surat yang dikirim oleh posmen malah seperti seseorang yang menulis surat dengan mengirimkannya lansung ke peti surat. Di atas sampul itu hanya tertulis 'Untukmu, Nur Aisyah Nadirah binti Mohd. Adam'.

"Kakak!! Ada surat!! " Hariz menjerit dari ruang tamu sehingga kedengaran dari dalam bilik Aisyah. Aisyah bergegas turun lalu mengambil sepucuk surat yang bersampul dari Hariz.

"Thanks Iz, " kata Aisyah. Aisyah kemudiannya naik semula ke kamarnya, lalu membuka surat tersebut.

Dear, Aisyah

Aku harap kau dapat faham tentang apa yang aku nak sampaikan. Ada yang mengatakan yang kau sedang rapat dengan Syah kan? Aku hanya nak sarankan, baik kau jauh-jauh dari dia. Aku tahu kau sedang bahagia bersama dia. Ramai perempuan lain nak dengan lelaki tu. Satu sahaja aku nak bagitahu, JAUH-JAUH dari Syah. ATAU KAU, KAU AKAN KENA AKIBAT YANG PALING KAU TAK BOLEH LUPA DALAM HIDUP KAU. Lagi satu kau jangan bagitahu siapa siapa pun! Faham?!


From WE,

MH,S

Setelah baca surat itu, Aisyah merasa dirinya seperti diawasi seseorang. Nama yang tertera iaitu MH,S membuatkan dia lebih rasa takut. Tetapi dia tidak mahu menunjukkan itu, dia tidak mahu orang itu berasa bangga. Dia mahu memberitahu bahawa dia belum kalah. Yang membuatkan Aisyah berasa hairan, kata-kata terakhir, bukan 'from me' tetapi malah 'from we'.

'Takkan dia salah tulis dari m ke w kot. Bukan type pun. This is real handwriting, ' bisik hati Aisyah bingung tetapi dia bertekad bahawa dia mahu mencari orang itu namun, dia malah mengikuti arahan orang itu supaya tidak memberitahu kepada siapa pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience