Bab 40

Romance Completed 5939

"Assalamualaikum, "

"Waalaikumsalam, eh, masuklah, " Husna menjemput Marziah dan keluarga masuk ke rumahnya.

"Jadi, macam mana? Perkahwinan? "

"Apa kata macam ni.... "

Mereka berempat Adam, Marziah ,Ahmad dan Husna menyusun rencana perkahwinan anak mereka. Manakala Aisyah meminta izin untuk keluar sebentar. Dia duduk di sebuah buaian yang cukup mewah. Maklumlah, orang kaya.

"Awak buat apa kat sini? " tanya Syah yang muncul tiba-tiba di belakang Aisyah. Syah mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Aisyah. Tetapi jarak mereka sama sekali bukan sebagai suami isteri. Jauhhh!!

"Kalau MH tu Mia, siapa S? " tanya Aisyah tiba-tiba. Sememangnya, itulah yang di fikirnya. Siapa S?

"Sebenarnya, saya nak bagi satu nama ni, tapi takut dikira menuduh pula, " kata Syah.

"Siapa? "

"Err, maybe Syahmi?" teka Syah.

Aisyah baru ingat bahawa ada nama itu di dalam hidupnya. Dia benar-benar lupa akan nama itu.

"Kita tanya Along jom, " ajak Syah. Aisyah mengikuti Syah ke bilik Syahmi.

Syahmi berasa hairan dengan kedatangan kedua adiknya, adik kandung dan adik ipar.

"Kau orang nak apa? " tanya Syahmi kasar kerana dia tidak percaya bahawa Aisyah sudahpun menikah dengan adiknya sendiri.

"MHS, " sengaja Aisyah mengatakan perkataan itu, dia mahu melihat muka dan reaksi Syahmi. Syahmi sentap dan melihat ke arah Aisyah.

"Kenapa? " tanya Syah pula.

"Err, tak.." kata Syahmi.

"It is you and Mia, right? She has admitted except S, " sambung Aisyah. Syahmi terdiam membeku. Segala-galanya sudah hancur.

"Along, sampai macam tu ke rasa tak puas hati Along dengan Angah? Aisyah now is mine. Along nak tahu kenapa ummi dan walik jodohkan Aisyah dengan Angah? Bukan dengan Along. Maybe sebab kita memang berjodoh. Who knows? Angah tak kisah kalau Along tak boleh forget Aisyah but you must try, sebab dia dah ada orang. Bukan dengan cara memisahkan Angah dan Aisyah, " jelas Syah melepaskan rasa kecewanya terhadap abangnya.

"Fine! So what? Suka hati Along la this is my life. So, I must have what I want, " kata Syahmi.

"Along, usaha tu memang bagus. Tapi adakalanya bagus juga untuk kita berputus asa. Tak semua harus kita kejar. Kalau dah jadi macam ni, tak kan Along nak usaha lagi? Come on la Along. Start your new life, " balas Syah.

"Aisyah, " Syahmi memanggil Aisyah yang sejak tadi hanya berdiam diri sahaja.

"Do you love me? " tanya Syahmi.

Aisyah terkejut dengan kata-kata itu.

"Along! Along ingat Aisy ni perempuan apa? Aisy masih mempunyai harga diri. Sekali lagi Aisy cakap, I don't have any feeling for you. Tolong la faham, " bentak Aisyah.

Lalu, Syahmi mencuba memegang tangan Aisyah yang tidak berlapik tetapi laju sahaja Syah menepis tangan Syahmi. Syah menjeling tajam ke arah Syahmi.

"Kita keluar, " Syah menggengam tangan Aisyah lalu menarik Aisyah keluar dari bilik Syahmi. Aisyah tersentak dengan tindakan Syah. Dia tidak pernah berpegang tangan dengan lelaki lain selain ayah dan adiknya. Tetapi dia dapat merasakan kehangatan dalam genggamannya dan Syah. Inikah perasaan mempunyai suami?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience