Bab 34

Romance Completed 5939

"Kling, " semasa Aisyah sibuk memikirkan tentang surat itu, sebuah pesanan masuk.

'Nanti pukul 5.00 petang aku jemput kau, aku dah ada punishment untuk kau, ' siapa la kalau bukan Syah yang asyik sibuk menghantar mesej buat Aisyah. Aisyah teringat akan surat itu lalu dia membalas

'Nanti aje lah, ' lalu Syah juga membalas.

'Kau lupa ke? Kau kena dengar cakap aku dua hari tolak semalam, esok last, '

Kemudian, Aisyah menarik nafasnya panjang-panjang lalu dihembuskannya semula. Selepas itu dia menekan huruf O. K. A. Y. untuk membalas mesej Syah.

TEPAT jam 5.00 petang Syah sudahpun berada di hadapan rumah Aisyah dengan kereta mewahnya, di juga turut bercermin mata hitam.

Kemudian, Syah membawa Aisyah ke Challenge Yourself Park. Disitu terdapat banyak jenis permainan yang lasak. Aisyah tidak menyangka sama sekali bahawa Syah akan membawanya ke tempat yang menyeramkan seperti itu.

"No, Syah kita balik aje lah, " pinta Aisyah.

"Eh, no, no, no. Lagipun aku tak suruh kau naik benda tu pun, " Syah berkata sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah Tornado.

"Dah tu, "

"Aku saja je nak ajak kau ke sini. Niat tadi nak bagi punishment, tapi aku tengok kau sedih aje. So nak hilangkan muka kau yang hodoh tu better kau main, "

Ketika Syah sedang berkata Aisyah merasa seolah-olah ada seseorang yang memerhatikannya dari jauh. Dia tidak tahu perasaan itu datang dari mana tetapi yang pasti dia dapat merasakannya.

"Ish kau ni dengan tak aku cakap, " kata Syah lagi sebaik sahaja dia melihat Aisyah seperti dalam keadaan gelisah.

"Oh, ha ye dengar dengar, " bohong Aisyah.

"Dah, jom masuk, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience