Bab 8

Romance Completed 5944

"Hahh, "Syah merebahkan diri ke atas katil.

"Tok tok tok, " pintu bilik Syah diketuk seseorang. Baru sahaja dia mahu berehat dan terbaring di atas katil, eh dia perlu mengeluarkan suara pula.

"Siapa? "

"Adik, " ternyata yang mengetuk pintu bilik Syah ialah Fifi Raisya, adik bongsu Syah.

"Ada apa? "soal Syah lembut kerana kepenatan.

"Ummi suruh turun, "

'Aik ummi ni tadi suruh naik, dah tu suruh turun pula, haiyo. Ke aku yang salah dengar? " soal Syah dalam hati dengan perasaan yang lain macam.

"Angah? Angah dengar kan? "

"Ha, dengar-dengar, "

Setelah lima minit terbaring di atas katil, Syah turun menemui ibunya. Dia melihat kedua orang tuanya sudah duduk bersebelahan di sofa. Syah merasa ada sesuatu perkara penting yang mahu dibincangkan. Dia menelan air liur, dia gementar jika hal itu ialah hal yang aneh-aneh.

"Haa dah turun pon, sini walik dengan ummi nak cakap, " Ahmad,ayah Syah menjemput Syah duduk berhadapannya dan isterinya di sofa. Syah hanya mengikuti arahan. Dia melihat wajah ibu dan ayahnya sangat serius untuk memberitahu tentang itu.

"Err ada apa ni, sampaikan walik balik awal, nak cakap apa ni? Serius je Angah tengok, "

"Okay, nak di pendekkan cerita, ummi dan walik dan jodohkan kamu dengan anak kawan ummi dan walik," tanpa menghurai panjang, Husna terus menyatakan apa yang sebenarnya yang mahu disampaikan.

Membutang mata Syah mendengar kata-kata ibunya. Dia baru sahaja merasa dekat dengan 'Miss Chatty' tetapi kini dia mahu dijodohkan dengan orang lain.

"Walik dah buat perjanjian dengan keluarga mereka nak bawa Angah dan putri mereka untuk bertemu, lusa. Angah tak kesah kan? "lembut sahaja suara Ahmad menyampaikan tentang itu kepada anaknya.

"Emm yaa.. yaa.. ha yaa, "tergagap-gagap Syah menjawab persoalan ayahnya. Dia tidak menyangka begitu cepat dia dijodohkan. Malah lusa dia akan bertemu. Syah terus ke dapur sengaja dia mahu memberhentikan kata-kata ibu dan ayahnya supaya otaknya tidak berpusing mengingat perbicaraan itu.

"MAMA!! Kakak dan papa pergi dulu ye! " Aisyah menjerit dari pintu masuk rumah kepada ibunya yang sedang berada di dapur sedang membasuh pinggan setelah bersarapan, nasi goreng.

"Ye!! " Marziah membalas kata-kata putrinya itu.

Semasa di dalam perjalanan syarikat fesyen Adam, Aisyah dan Adam bersembang. Setelah puas berbicara, mereka sampai di syarikat Adam.

"Papa masuk lah dulu, kakak nak protect kereta kakak ni ha, hehe, " disebabkan kereta Adam rosak, jadi, mereka menggunakan kereta Aisyah, yang menjadi kegemarannya.

"Okay, jangan lama-lama tau, "pesan Adam kepada anaknya. Selepas 10 minit memerhatikan keadaan keretanya, Aisyah mahu melangkah masuk tetapi tiba-tiba dia terdengar bunyi geseran yang kuat. Dia terkejut dan toleh ke belakang, rupa-rupanya, kereta Myvinya calar teruk di bahagian pintu belakang. Aisyah ternganga luas terkejut melihat keretanya dilakukan seperi itu.

Ternyata sebuah kendali kanan motor hitam menggeser pintu belakang keretanya. Aisyah cepat-cepat pergi berjumpa dengan penunggang motosikal itu.

"Hey, apa ni? Kereta saya, encik, " Aisyah mahu marah tetapi dia mampu mengawal emosinya kerana dia tahu orang itu tidak sengaja dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

"Sorry saya tak sengaja, " sambil penunggang itu berkata dia membuka topi keledarnya.

"Ehhh awakk?! Awak buat apa kat sini?! "Aisyah menjerit seolah-olah tidak percaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience