Bab 29

Romance Completed 5939

"Aisyah, "

"Hmm apa dia? "

"Tu, cuba tengok, " Syah berkata sambil mengangkat jari telunjuknya ke sebuah cafe. Aisyah melihat ke arah tempat yang Syah tunjuk.

"Ice cream! "

"Haa, jom, aku belanja, "

"No thanks, awak dah banyak belanja saya, jom saya belanja pula, "

"Eh eh kau. Tapi aku okay aje, hehe, "

Kemudian Aisyah menarik baju Syah dan berjalan ke cafe itu.

"Coklat special dua, " Aisyah memesan ais krim sambil menunjukkan dua jarinya.

"Thank you, " Aisyah kemudian membayar lalu memberikan salah satu ais krim itu kepada Syah.

"Haduhh la, ice cream aje yang ada dalam kepala otak kau, " ejek Syah. Aisyah berpura-pura tidak mendengar kata-kata Syah. Malah, dia melayani ais krimnya. Syah hanya menggelengkan kepalanya melihat telatah Aisyah.

Semasa berjalan-jalan di dalam pasaraya itu,

"Awak ni kenapa tengok saya dari tadi? Eh, jaga-jaga nanti tersuka, susah pula. Haha, " ejek Aisyah.

"Kalau dah suka macam mana? "

Aisyah diam seketika mendengar kata-kata Syah barusan. Dia memandang Syah hairan.

"Ikut la nak percaya ke tak nak. Yang penting aku dah cakap, " Syah berkata lagi.

"Erm awak kita balik lah, jom, " Aisyah kemudian bersuara.

"Haha, malu la tu, " ejek Syah.

"Yang fasal kau nak cepatkan pertunangan tu kenapa? " Syah bertanya kepada Aisyah.

"Saya cuma tak nak jadi bahan abang awak aje, "

Syah mengangguk mengerti.

"Awak tak kesah kan? " tanya Aisyah lagi.

"Tak, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience