Bab 53

Romance Completed 5939

"Nampaknya, keadaan Aisyah semakin memburuk. Saya dapat rasa hal ini berlaku sudah dia tiga bulan lepas. Saya juga merasa ini ada kaitan dengan yang Puan Marziah dan Encik Adam beritahu bahawa Aisyah menjerit kesakitan setelah bertemu dengan seseorang di masa lampaunya, bukan? Justeru hal itu membuatkan fikiran Aisyah lebih terganggu seolah-olah memaksa dirinya mengingat kembali masa lalunya, " panjang lebar doktor menjelaskan kepada mereka akan keadaan Aisyah. Aisyah terkejut mendengar kata-kata doktor. Dia tahu doktor itu tidak salah melakukan rawatan kerana dia tahu doktor itu ialah seorang yang handal. Tetapi dia juga mengetahui bahawa untuk selebihnya hanya Allah yang tahu.

"Jadi bagaimana untuk mengelakkan semua ni daripada terjadi? " tanya Adam .

"Satu-satunya cara, menjauhkan dahulu dia dan orang pada masa lalunya untuk sementara. Termasuk orang-orang yang baru dia ingat. Kecuali keluarga kerana keluarga, dia tidak pernah lupa. Sebagai contoh rakan-rakannya yang dia ingat selepas amnesia, " jelas doktor itu lagi.

Ketika doktor dan ibu bapa Aisyah sedang berbual tentang kesihatan dan keadaan Aisyah, Syah mengajak Husna dan Ahmad keluar dari ruangan itu.

"Ada apa Syah? Ummi nak tahu keadaan Aisyah, " tanya Husna hairan.

"Fasal keadaan Aisyah ummi and walik boleh tanya nanti. Cuma kalau dengar statement doktor tu tadi, nampaknya kita kena jauhkan Along daripada Aisyah. Sebab semalam Aisyah hampir dilakukan macam-macam dengan Along. Tapi Angah tak pasti la Angah rasa aje, sebab kalau tak kenapa time Angah nampak dia dengan Aisyah, dia lari? Mesti dia ada niat jahat punya, "

"Okaylah, nanti walik sembang sikit dan dengan dia tu, perangai dia tu makin lama makin menjadi-jadi, " kata Ahmad pula.

BUNYI loceng di rumah Aisyah kedengaran sampai ke dapur. Aisyah yang sibuk menyediakan makanan tengahari bergesa membuka pintu bagi menyambut tetamu.

"Err, kau buat apa kat sini? " tanya Aisyah setelah melihat seseorang yang memang dia kenali. Bahkan orang itu selalu menindas Aisyah setiap masa.

"Tolong jangan salah faham dulu, aku datang just nak sembang baik-baik dengan kau orang berdua, " kata orang itu.

Tiba-tiba Syah yang mendengar Aisyah sedang berbual bertanya

"Siapa tu Aisy? " Syah datang ke pintu lalu mukanya bertukar sombong setelah melihat...

..

..

..

..

Mia Humaira di hadapan matanya. Orang yang hampir merosakkan rumah tangganya. Kini dia berani menjejakkan kaki ke rumah mereka.

"Ehh! Kau nak apa lagi?" Syah bertanya kasar kepada Mia yang menanam muka simpati.

"Abang, dengar dulu, " pujuk Aisyah.

"Mia, kau masuk lah dulu, " Aisyah menjemput Mia masuk ke rumahnya.

"Aisy, " Syah hairan dengan sikap Aisyah.

Ya, Aisyah orangnya sungguh baik. Seorang yang sangat pemaaf. Selalunya, sikapnya yang baik itu sering dimanfaatkan oleh orang yang tamak dan mata duitan.

Aisyah membawa Mia masuk ke rumahnya dan duduk di sofa ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience