Bab 25

Romance Completed 5944

"Tok tok, " tanpa menunggu jawapan dari Syah, Husna dan Ahmad terus masuk ke dalam bilik Syah. Mereka melihat Syah sedang terbaring di atas katil sedang menatap langit bilik tidurnya.

"Eh, ummi, walik. Ada apa? "

"Emm tadi ayah Aisyah, ada call. Dia kata, Aisyah nampak macam pelik lepas tu tiba-tiba minta nak cepatkan pertunangan ni. Dia kata juga, yang Aisyah minta tu nampak macam ada masalah. Hmm Syah ada apa-apa nak cakap dengan ummi dan walik ke? " tanya Husna.

Syah menarik nafasnya panjang-panjang lalu menghembuskannya semula. Kemudian, dia mula bercerita tentang apa yang berlaku petang itu. Pada mulanya dia enggan tetapi dia juga tidak mahu abangnya bersikap seperti itu terus terhadap calon tunangannya.

"Astaghfirullahalazim!! Along buat macam tu? " Husna beristighfar sambil memegang dadanya. Ahmad juga turut beristighfar sambil menggelengkan kepalanya.

Ahmad terus berjalan laju ke arah kamar Syahmi.

"Eh walik, ada apa ni? " tanya Syahmi ketakutan.

"Apa kamu dah buat dengan Aisyah?! "

"Apa ni?! "

"Kamu fikir walik tak tahu? Apa yang kamu buat dengan Aisyah?! Along, tolong jangan malu kan keluarga kita ni. Siapa ajar? Ada ke walik ajar kamu kena kurang ajar dengan perempuan?! Walik dan ummi tak pernah ajar!!" Ahmad tidak mampu mengawal emosinya.

"Walik, Aisyah tu Along punya! Bukan DIA!! " Syahmi berkata sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Syah. Syah tersentak dengan tindakan Syahmi.

"Kalau dah Syah berjodoh dengan Aisyah, kamu nak lawan juga?! Walik bangunkan keluarga ni dengan agama yang penuh! Penuh keislaman! Jadi tolong jangan buang semua tu, Along, " Ahmad terus-menerus menengking anaknya. Dia sungguh kecewa dengan tindakan anak sulungnya itu.

"Kalau itu aje yang walik nak cakap, walik keluar! "

"Along! Jangan kurang ajar! " marah Syah pula.

"Ya Allah Along! Mulut tu jaga!! " Ahmad melepaskan kemarahannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience