Bab 51

Romance Completed 5939

Aisyah berlari sekuat hati. Dia berasa sangat takut. Semakin laju di melarikan diri. Semakin laju orang itu mengejarnya. Tiba-tiba orang itu menyuakan muka di hadapan Aisyah. Aisyah terkejut lalu menjerit kesakitan sambil memegang kepalanya. Dia meraung kesakitan tetapi cuma perlahan. Dia tidak mahu menggangu orang-orang yang sedang bekerja. Begitu mulia hatinya dia rela mengorbankan dirinya demi orang lain.

Syah mahu keluar dari tandas lalu dia terdengar Aisyah menjerit kesakitan. Syah berasa cemas dan berlari menuju ke arah Aisyah.

"Aisyah! " jerit Syah yang melihat Aisyah sudah menangis ketakutan. Ditambah lagi rasa sakit di kepalanya. Lebih terkejutnya, orang yang mengganggu Aisyah adalah....

Adalah..

Syahmi.

"Along! What are you doing here? Kau buat apa dengan Aisyah?!" tanya Syah kasar. Syahmi kemudian berdiam diri lalu berlari keluar dari situ.

Syah berlari ke arah Aisyah. Aisyah mendakap erat Syah kerana dia sungguh takut dengan keadaan itu tadi. Syah tersentak dengan tindakan Aisyah. Tetapi dia tidak berfikir bahawa Aisyah suka padanya setelah apa yang diungkapkan Aisyah semalam. 'Relax Syah, dia just takut, ' bisik hati Syah.

"Aisy, Aisy, awak okay tak, " tanya Syah kerana takut jika Aisyah dalam keadaan yang tidak baik.

Aisyah diam lalu membiarkan air matanya mengalir di pipi. Dakapan itu lansung tidak di lepas. Entah apa rasa takut yang dirasakan Aisyah. Hanya Allah yang tahu seberapa takutnya dia.

"Okay, okay kita balik. Abang bagitahu papa, " Syah membawa Aisyah ke dalam kereta untuk pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience