Bab 6

Romance Completed 5939

"You, apa kata malam ni kita pergi cafe nak? I dah lama tak keluar date dengan you, "ajakan Mia buat Zahir Syah sangat gedik. Kedengaran alunan manja dari kata-katanya itu.

"Hmm I nak pergi toilet sekejap, you boleh tak berhenti kat mana-mana, "

"Dekat-dekat sini ada petronas nnti boleh singgah, " jawab Syah. Setelah 10 minit, mereka sampai di petronas .

"Kring kring, "bunyi telefon bimbit Mia kedengaran. Rupa-rupanya Mia terlupa membawa ia bersama saat pergi ke toilet. Bunyi itu terus sahaja bunyi. Syah berasa serba salah jika tidak menjawab. Jadi, dia mengangkat dan menjawab panggilan itu.

"Hello sayang, so macam mana malam ni? Jadikan? Sempena Happy Anniversary kita yang ke 2 tahun I ada surprise untuk you. So, jangan lupa datang tau," kata-kata seorang lelaki itu menusuk hati Syah. Dia tidak menyangka bahawa Mia mempunyai selingkuhan. Dan dia adalah selingkuhan Mia kerana dia baharu sahaja menjalin hubungan dengan Mia selama 6 bulan. Dia menutup terus panggilan itu. Dia hanya menunggu Mia untuk mendengar penjelasan tentang orang yang bernama 'Honey' . Sedangkan Mia meletakkan nama Syah di kenalannya hanyalah 'Zahir Syah'. Sama sekali tiada panggilan sayang untuknya.

Setelah beberapa minit kemudian, Mia kembali masuk ke dalam kereta dan melihat telefon bimbitnya dipegang oleh Syah dengan muka bengis. Baru kali ini dia melihat wajah bengis Syah.

"You buat apa pegang hp I? " soal Mia.

"You jawab I siapa orang yang call you panggil you sayang then kata anniversary you and dia yg ke 2 tahun?! Yang you tulis 'honey', " Syah mempersoalkan tentang itu dengan suara yang agak tinggi.

Membulat mata Mia setelah mendengar persoalan Syah. Dia seolah-olah tidak percaya bahawa rahsia yang selama ini dia simpan telah terbongkar tanpa bersiap sedia.

"Err you I boleh explain.., "

"No!! I nak penjelasan daripada you, I just nak tahu siapa yang call you tu? " Syah melepaskan kemarahannya. Syah turun dari kereta dan menarik keluar Mia daripada keretanya. Mia menahan dirinya. Tiba-tiba telefon bimbit Mia berdering lagi. Orang yang menelefonnya ialah 'honey'. Syah cepat-cepat merampas telefon bimbit Mia daripada tangannya.

"Hello, sayang kenapa you tutup call I? I belum habis cakap lagi la. You masih urus lelaki tu ke? Mia, cukup-cukuplah dengan sandiwara you tu. Now, I dah kaya raya sebab I dah ambil alih syarikat daddy I. So, you tak payah susah-susah kejar lelaki itu semua wang. Kita boleh hidup mewah sekarang tanpa lelaki tu, " belum sempat Syah bertanya kepada 'honey' dia sudah memulakan dahulu perbicaraannya. Syah terkejut mendengar kata-kata itu. Mia juga terkejut tetapi setelah dia tahu 'honey' mengambil alih syarikat ayahnya, Mia senyum dan merelakan dirinya ditarik keluar.

"Now, you can pull me out, " kata Mia dengan nada yang sengaja dia lembutkan. Mia turun sendiri daripada kereta BMW milik Syah itu. Syah kembali masuk ke keretanya kemudian memandu dan membiarkan wanita itu sendirian di petronas itu.

"ARGHHHH!!! Bodohnya aku! macam mana aku boleh kena tipu ni?! " jerit Syah sebaik sahaja sampai di rumah banglonya.

"Angah ke tu?? Apa jerit-jerit tu?" tanya ibu Syah

"Ummi tahu tak? Mia tipu Angah, tipu ummi ,tipu walik, semua orang dalam keluarga ni dia tipu. Dia nak dengan Angah sebab kita kaya, sebab dia nak rembat harta-harta kita, ummi, "jelas Syah.

"Astaghfirullahalazim, ia ke? Itulah ummi dah cakap , couple tu tak baik, dosa! Angah degil ,haa ini lah akibatnya melawan cakap ummi. Dalam islam tak ada istilah 'couple' dalam sebuah percintaan. Semuanya bermula daripada lamaran, bukan couple. Lamaran, bertunang kemudian berkahwin, " bebel Husna akan kejadian yang ditimpa anaknya. Dia sungguh tidak menyangka Mia yang selama ini dia kenal ,yang selalu baik padanya ,ternyata seorang yang tamak akan harta.

"Hmm Angah minta maaf, ummi. Ya memang salah Angah, " Syah memohon maaf dan merendah diri serta menyedari akan kesalahannya.

"Dah masuk, Angah, " arah Husna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience