Bab 11

Romance Completed 5939

"Bro, aku sampai!! " jerit Rahman kepada sahabatnya.

"Eyy! Sampai juga akhirnya, lama aku tunggu, " Syah bersalaman dengan Rahman, sahabatnya yang sudah lama dia tunggu dari tadi.

"Kring kring, " telefon bimbit Syah berdering.

"Eh jap jap, ada orang call, " Syah tersenyum lebar melihat orang yang memanggilnya ialah Miss Chatty.

"Asal senyum sampai ke telinga tu? Siapa je yang call? " usik Rahman.

"Miss Chatty?"tanya Rahman lagi setelah dia menjenguk nama di skrin telefon bimbit Syah.

"Argh, sibuk lah kau, " Syah tersenyum malu.
Lalu, Syah menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum hey, angkat telefon pun lambat sangat ke? " setelah beri salam laju sahaja Aisyah membebel. Tak hairan lah jika Syah memanggilnya Miss Chatty.

" Waalaikumsalam. Bagi salam terus bebel, sabar la. Kau ingat aku tak ada kerja lain ke angkat telefon kau wahai tunangku, " ejek Syah.

"Dah la malas nak buat sandiwara dengan awak. Saya just nak tanya jadi ke petang ni kat Light Cafe. Jadi kan? Wajib! "

"Dah tanya, pastu kata wajib, "

"Dah la malas sembang dengan awak lama-lama, pergi la sambung 'kerja' awak tu. Assalamualaikum, "

"Eh kenapa marah? Kau marah sebab aku tak layan kau ke? Sorry ye busy, waalaikumsalam, " sengaja Syah mahu menyakitkan hati Aisyah.

"Erghh!! " Aisyah terus mematikan perbualan itu.

",Ceyy senyum-senyum sesorang dah kenapa? Haa siapa tu? Awek baru ke? "

"Kau nak tahu ke?"

"Eh of course, "

"Okay, dia sebenarnya tunang aku. Kita orang dijodohkan tapi sebelum kita orang dapat tahu yang kita orang dijodohkan, kita dah bertemu, "

"Ohhh, "

"Wey aku lupa, dia ajak jumpa. So.. kau.., " sebelum Syah menghabiskan kata-katanya, Rahman bersuara "Ye ye, aku tahu. Bye good luck haha, "

"Good luck apanya? "

"Elleh!! Kalau aku tengok muka kau dari start angkat call sampai habis senyum aje. Kau suka dia eeh? " sengaja Rahman mengusik Syah.

'Aku suka dia? Apa la mamat ni merepek. Memang tak la aku suka dia, tapi kenapa aku rasa..., "

"Syah, oi! " jerit Rahman sambil melambai tangan di hadapan mata Syah.

"Diam pula, orang cakap dengan kau ni. Haa entah-entah kau memang suka dia tak.. ceyyy, "

"Aku err aku, " tergagap-gagap Syah menjawab pertanyaan Rahman.

"Dah la dah suka, suka aje la. Dah, pergi bersiap. Nanti dia merajuk susah kau, " ejek Rahman lagi.

Syah memukul bahu sahabatnya itu.

LAGU You're My Sun oleh kumpulan Xis Was77 dimainkan di Light Cafe. Sambil menunggu Aisyah melihat ke kiri, ke kanan, ke belakang. Dia mencari seorang lelaki yang sejak tadi dia tunggu.Tiba-tiba,

"Hai! Tunang!! "

"Waaa! " Aisyah terkejut lalu menjerit.

"Ish awak ni! Terkejut la! " marah Aisyah.

"Alolo dia marah, sorry la, " pujuk Syah lembut.

Syah menjatuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada berlawanan dengan Aisyah. Syah menatap mata Aisyah tetapi Aisyah cepat-cepat melarikan anak matanya. Syah tersenyum melihat gelagat calon tunangnya itu.

"Ehem, " Aisyah memberhentikan keadaan itu.

"Sebenarnya saya ajak awak jumpa bukan sebab tiga pertemuan tu but to talk about our job. You know Ivory Fashion Top Company akan datang next week kan? So jadual kerja awak next week full, tak apa eh? "

Setelah mendengar kata-kata itu, Syah sentap dia berfikir Aisyah mahu mengajaknya bertemu kerana 'ehem' tetapi dia salah. Syah hanya menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju. Tidak lama kemudian, seorang wanita berdiri di tepi sebelah meja mereka berdua. Aisyah melihat wanita itu berpakaian skirt merah jambu paras lutut dengan baju lengan pendek, kemudian tidak bertudung malah, rambutnya diwarnakan.

Mia Humaira!

"Astaghfirullahalazim, Mia? Kenapa pakai macam ni? " Aisyah terkejut melihat perubahan Mia sebesar itu lalu dia menarik Mia jauh dari meja itu. Dia tidak mahu mendedahkan aurat Mia kepada Syah dan orang-orang yang ada di cafe itu. Syah ternganga seolah-olah tidak percaya akan perubahan Mia.

"Ish apa tarik-tarik ni?! I nak jumpa boyfriend I la!" Mia menarik-narik tangannya daripada genggaman Aisyah.

"He's not your boyfriend, " kata Aisyah.

"So, kalau dia bukan boyfriend I, bukan maksud dia boyfriend you kan? So, let me go, "

"Okay maybe dia bukan boyfriend aku, sebab apa? Sebab aku tahu dosa, Mia. He's not your boyfriend, he's not my boyfriend but he's my FIANCE! " jelas Aisyah.

"What?! Dia, dia tunang kau?! This is impossible! " Mia menjerit tidak percaya. Kemudian Mia berjalan ke arah Syah.

"Syah betul ke you fiance perempuan ni? " tanya Mia gelisah.

"Yeah, I'm her fiance and she is my fiancee. So what? " marah Syah. Dia kesal dia akan bertemu dengan wanita itu lagi. Datang tiba-tiba tanpa dijemput. Mia ternganga.

"You mana boleh tunang dengan dia! You are mine! " kata Mia tidak berpuas hati.

"Why not? Kenapa aku ni kau punya? Yang kau kat sini buat apa? Pergi la kat laki tu. Sibuk aje, "

Aisyah hanya terdiam membisu mendengar pertengkaran mereka berdua. Dia tahu masalah ini antara Syah dan Mia. Dia sama sekali tidak terlibat.

Tiba-tiba Syah menarik tangan Aisyah yang berlapik keluar daripada cafe itu. Meninggalkan wanita itu sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience