Bab 48

Romance Completed 5944

"Saya tengok awak teruk sangat dah. Saya jaga awak kat rumah ye. Nanti saya bagitahu papa, " kata Syah.

"Arghh, " Aisyah memegang kepalanya.

"Haa, tak payah masuk kerja, " pujuk Syah.

Syah tiba-tiba teringat akan kejadian yang sama menimpa Aisyah. Muka pucatnya dan jeritan kecil itu pernah datang ketika Aisyah mengingat sesuatu tentang apa yang dia telah lupa. Senang cerita sebab dia amnesia.

"Kita pergi jumpa doktor ye, "

"Okay, "

"ISTERI anda telah bertemu dengan seseorang yang berada di masa lampaunya yang dia tidak ingat. Ingatan itu datang secara tiba-tiba lalu membuatkan isteri anda berasa sakit kepala. Ia bagus untuk membuatkan ingatan pesakit jadi lebih baik tetapi dalam masa yang sama ia mampu mempengaruhi kesihatan pesakit, " jelas Doktor Azman iaitu doktor yang sudah menjadi doktor Aisyah tentang penyakit amnesia Aisyah.

"Baiklah doktor, terima kasih, "

Setelah mengingat kata-kata Doktor Azman, Syah berasa hairan kerana seharian Aisyah di tempat kerja semalam. Siapa yang bertemu dengan Aisyah ketika sibuk bekerja? Hal itu bermain-main di fikiran Syah. Siapa dia? Siapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience