Bab 14

Romance Completed 5939

"Ting, tong" bunyi loceng rumah kedengaran dari ruang tamu sampai dapur. Orang yang ditunggu Syah dan keluarganya kini sudah tiba. Laju sahaja Fifi membuka pintu. Ya! Inilah dia, orang yang ditunggu mereka.

Syahmi Azril!

Fifi terus memeluk abangnya yang tercinta. Syahmi memeluk dan bersalaman dengan ibu bapanya.

"Hey Along, whatsapp? " Syah bertanya khabar tentang abang sulungnya itu.

"I'm fine bro, " melekat kelima jari dan telapak tangan Syah dan Syahmi.

"Lamanya kamu dekat Australia tu, Along. Dah lupa yang dekat sini ke? " usik Ahmad.

"Hahaha mana ada walik. Along always ingat kat keluarga tersayang along, " Syahmi tertawa besar.

"Eh eh Along tahu tak lagi fasal Angah? " sengaja Fifi mahu bermain teka-teki dengan abangnya. Syah menolak bahu Fifi. 'Diamlah! '

"Apa dia? "

"Angah dah nak bertunangggg, hahahah" Fifi membesarkan suara sengaja dia hendak membuat Syah panas.

"Ha?? Angah nak bertunang?! Biar betul, ummi. Along pun tak lagi, " usik Syahmi pula. Syah hanya menjelingnya.

"Iye, ummi dan walik yang jodohkan dia dengan anak kawan ummi. Untungnya dia orang dah jumpa dahulu sebelum ummi kenalkan. Kamu tu asyik sibuk aje pergi sana pergi sini. Tu yang kamu pun tak ada calon lagi, " kali ini Husna pula yang mengikuti perangai anaknya.

"Ala tak aci, Along tak tengok muka dia lagi, "

"Aci kat India. Adik dah tengok. Cute gilaa!! Macam adik la, haha, " kata Fifi.

"Dah la, kamu pergi rehat dulu, " arah Husna.

"HELLOOOO!! "

"Oh kauu! " Aisyah melatah setelah terkejut melihat Syah berdiri di hadapan pagar rumahnya. Ketika itu Aisyah sedang menyapu sampah di halaman rumahnya.

"Rajinnya tunang aku ni, " usik Syah.

"Ada apa datang sini, "

"Uish garangnya kak oi!! "

"Aku just nak tanya jawapan kau yang fasal semalam tu. So macam mana? Kau dah fikir baik-baik?? "

Aisyah terdiam seketika. Dia tidak tahu harus menjawab apa.

"Err, saya, saya.. "

"Hey, macam mana? "

"Okay, saya setuju. Tapi! Awak jangan perasan pula. Saya buat semua ni for my parents, "

"Emmm, " Syah menunduk sedih.

"Dah la tak payah la nak drama, "

"By the way, aku datang sini bukan nak tanya tu aje. Tapi nak kenalkan kau dengan abang sulung aku, "

Aisyah ternganga sambil membutang mata Aisyah melihat abang sulung Syah.

"Tak, tak mungkin! "

"Aisyah?!! " Syahmi tidak menyangka tunang Syah ialah Aisyah.

"Ha?? "Along, kau kenal dia ke? " tanya Syah.

"Tak mungkin awak boleh dekat sini! Ini mustahil! Bukan ke awak... "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience