Bab 23

Romance Completed 5939

"Kling"

'Eh ada message masuk? ' bisik hati Aisyah.

"Syah? "

Setelah itu dia membuka aplikasi whatsapp untuk membaca pesanan daripada Syah.

'Aku nak jumpa kau harini dekat Old Town White Coffee Cafe, pukul 5.Datang tahu! '

"Aik? Pertemuan dah habis still nak jumpa lagi? "

Kemudian Aisyah membalas pesanan dari Syah.

'Kita kan dah habis 3 pertemuan. Ada apa lagi? '

"Kling "

'Datang aje, urgent! ASAP! '

"Urgent? ASAP? Ada something berlaku kat dia ke? Aku kena cepat ni, " Aisyah berkata sendirian. Dia kemudian mengganti pakaiannya kemudian membawa beg tangan.

SETELAH sampai,

"Eh, mana Syah ni? Kata suruh datang. Tapi sekarang dia pula yang tiada, " kata Aisyah sendiri.

"Hey, dah datang? " seorang lelaki datang dari belakang dan menyapa Aisyah. Selepas itu, Aisyah toleh ke belakang. Dan melihat,

"A, A, Abang Am? Apa Abang Am buat kat sini? " tanya Aisyah ketakutan.

Kemudian Syahmi memegang tangan Aisyah yang tidak berlapik ke dalam genggamannya.

"Apa ni? Lepas lah! " Aisyah meninggikan suaranya. Walaubagaimanapun, dia masih dalam keadaan yang ketakutan. Syahmi terus-menerus menggenggam tangan Aisyah walaupun dia tahu itu berdosa. Syahmi kemudian membawa Aisyah keluar dari tempat itu. Aisyah cuba melepaskan diri namun, dia gagal. Tenaganya tidak mampu melawan Syahmi. Kemudian Syahmi menolak Aisyah ke dalam keretanya.

"You are mine! Awak ikut saya! " jerit Syahmi.

"Lepas lahhh! " Aisyah menjerit meminta Syahmi melepaskan tangannya sambil membiarkan air matanya jatuh ke pipi. Dia sungguh takut tanpa menghiraukan air matanya.

Tiba-tiba seseorang menumbuk Syahmi dari tepi. Syahmi bangun lalu menyerang semula. Lelaki itu berjaya mengelak dan akhirnya menang bertarung.

"Syah!! " Aisyah menjerit lalu berlari ke arah Syah. Meskipun dia sudah terselamat tetapi air matanya tidak berhenti mengalir.

"Kau dah gila ke, Along?! " tanya Syah kasar kepada abangnya yang terbaring di jalanan.

"Mana kau tahu aku dan Aisyah kat sini? " tanya Syahmi pula yang kesakitan di tumbuk oleh Syah.

"Aku tak tahu la aku yang bijak ke kau yang bodoh. Dah sah-sah la aku tahu. Kau pakai phone aku hantar message kat dia bukan nak padam. Pastu tanya orang mana aku tahu, " marah Syah.

Lalu Syahmi pergi pulang menggunakan keretanya. Dia sungguh malu atas kejadian itu terhadap Aisyah dan Syah.

"Kau okay tak? "

Aisyah membiarkan soalan itu tidak berjawab dia malah melayani air matanya yang menandakan bahawa dia sangat takut dengan kejadian tersebut.

"Okay, okay aku hantar kau balik, " kata Syah lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience