Bab 49

Romance Completed 5939

"Awak, awak marah lagi ke? " tanya Aisyah tiba-tiba.

Syah tidak mahu kejadian itu berulang lagi. Dia perlu ada di dekat Aisyah bagi memastikan keselamatan dan kesihatannya.

"Hmm tak dah, "

"Ha? Serious? Sorry tau, " Aisyah gembira mendengar kata-kata Syah. Dia seolah-olah tidak percaya bahawa Syah mahu kembali seperti biasa bersamanya.

"Ye, asalkan jangan repeat it again. Sakit hati tau, " tegur Syah dengan nada merajuk.

"Okay sorry, "

"Eh, ingat senang ke say sorry. Saya ada satu syarat kalau nak saya maafkan awak, " kata Syah sambil menjongketkan keningnya.

"Apa? "

"Now and forever awak kena panggil saya abang, "

"What??!!! Are you serious??! " Aisyah terkejut mendengar permintaan Syah. Abang?

"Yeah. Deal? "

"Arghh, fine! " Aisyah terpaksa menyetujui permintaan Syah kerana itu satu-satunya cara untuk mendapatkan maaf daripada Syah.

"Good wife, " sengaja Syah mengusik Aisyah sambil menggosok-gosok kepala Aisyah.

"Aisy, " air muka Syah tiba-tiba bertukar menjadi muram.

"Ye, " jawab Aisyah sambil sibuk mengalih siaran televisyen.

"Do you love me? "

Pertanyaan Syah membuatkan Aisyah lemah dan menjatuhkan alat kawalan jauh televisyen.
"Kenapa abang tanya? "

"Tak ada guna kalau sebuah keluarga tiada cinta, " jawab Syah selamba.

"Err, Aisy..., "Aisyah tidak tahu mahu menjawab apa dia sendiri juga tidak tahu dengan perasaannya. Sekejap-sekejap dia berasa Syah sungguh bermakna baginya. Tetapi bila difikirkan dia tidak mempunyai perasaan apa-apa pun buat Syah. Aisyah suka atau tidak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience