Bab 59

Romance Completed 5944

"Lastly, they love happily ever after, yeay tamat, " Syah membacakan buku cerita berbahasa inggeris kepada anak bongsunya.

"Ayah, asyik cerita dekat Ariz aje, bila untuk kakak pula, "

"Laa, ayah cerita dekat Ariz, kakak dengar la sekali, " kata Syah.

Kini, mereka sudah mempunyai dua anak. Seorang perempuan dan seorang lelaki.

Nur Syahadah Syifa' binti Zahir.
Muhammad Syahriz Amir bin Zahir.

Setelah tujuh bulan menunggu, akhirnya Allah mengurniakan mereka dua anak yang comel dan pintar-pintar belaka.

Alhamdulillah.

"Kakak, panggil semua makan, " Aisyah yang baru sahaja selesai memasak makan malam memanggil anak sulung dan keluarganya untuk makan bersama.

"Ha, kakak, Ariz jom pergi makan!! Ibu dah panggil tu, " ajak Syah.

"Yeayy, makan!! Ariz cop udang! " Syahriz berkata kepada kakaknya. Kedua anak-anak mereka memang suka terhadap udang goreng tepung.

"Lepas makan, ibu ada sesuatu. Lagi sedap daripada udang, "

"Apa dia, ibu? " tanga Syahadah.

"Ice cream! "

Sikap Aisyah yang gemar makan ais krim kini menular kepada anak-anaknya.

"Abang tahu tak? Najwa dengan Rahman tak lama lagi nak bertunang, " kata Aisyah kepada Syah.

"Iye? Tak sangkanya, "

~tamat

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience