Bab 18

Romance Completed 5939

"Kling, " bunyi pesanan masuk ke dalam telefon bimbit Aisyah.

'Hey, jangan lupa kita ada lagi dua pertemuan! '

Siapalah yang akan berbual tentang pertemuan kalau bukan

Zahir Syah!

Kemudian, Aisyah membalas

'Ha yelah. Saya nak habiskan pertemuan cepat sikit, malas asyik keluar tengok muka awak. So saya nak jumpa awak hari ini juga! Jam 2.00. Dah alang-alang panas ni belanja saya beli aiskrim ye!! '

"Kling, " pesanan masuk lagi, Syah membalas

"No problem Miss Chatty, "

Selepas membaca mesej daripada Syah, Aisyah tersenyum sendiri.

SEORANG lelaki yang berada di meja nombor empat. Dia kelihatan mirip dengan Syah lalu Aisyah menegur lelaki itu dan setelah lelaki itu toleh ke belakang..

"Abang Am?! Abang buat apa kat sini? Mana Syah? " tanya Aisyah terkejut.

"Sampai hati awak buat macam tu semalam? Awak lebih pilih dia daripada saya? " tanya Syahmi geram.

Tiba-tiba Syah yang baru sahaja sampai melihat Aisyah dan Syahmi sedang bertengkar lalu dia mencuri-curi dengar perbualan mereka.

"Suka hati saya lah. This is my life! Apa pun keputusan saya, it is for me! Not for you! " Aisyah melepaskan kemarahannya.

"But you're not fair! Saya bukan sengaja tak beritahu awak. Saya tak salah. So, kenapa awak perlu buang saya? "

"Setiap yang berlaku ada hikmahnya, abang! Mungkin memang Allah dah atur supaya Aisyah lupakan abang. Maybe sebab kita tak berjodoh. And now, Aisyah tegaskan lagi yang Aisyah tiada perasaan apa-apa pun dengan abang! " marah Aisyah lagi.

"Tapi kalau awak dah tiada perasaan lagi dekat saya, perlu ke awak terima perjodohan tu? Or... do you love him?! " tanya Syamil.

Aisyah terdiam seketika. Dia tidak tahu menjawab apa. Dia mahu Syamil mengerti perasaannya. Lalu dia pun berbohong.

"Yes! I love him! Puas? " Aisyah terpaksa berkata sebegitu. Dia tidak mahu Syahmi terus menerus mengejar dia. Syah yang sejak dari tadi mendengar perbualan mereka terperanjat mendengar kata-kata Aisyah tetapi dia tahu, Aisyah berkata seperti itu hanya untuk mengelak daripada diganggu dengan Syahmi. Dada Syahmi turun naik, turun naik setelah mendengar apa yang telah dinyatakan Aisyah dengan mulutnya sendiri.

Kemudian, Syah berjalan ke arah mereka dan berkata kepada Syahmi.

"Stop, Along! Don't bother her! "

Aisyah terkejut melihat Syah tiba-tiba muncul. Dia takut jikalau Syah mendengar perbicaraan mereka tadi.

"Angah, Angah dan lama ke kat sini? " tanya Syahmi tergagap-gagap.

"Yeah, Angah dengar apa yang Along and Aisyah cakap tadi, "

Aisyah mengetuk dahinya. Dia betul-betul tidak menyangka semuanya akan jadi begitu. Setelah itu, Syahmi pergi meninggalkan mereka berdua.

"Err thanks, " Aisyah mengucapkan terima kasih kepada Syah kerana membantunya menghadapi Syahmi. Syah mengangguk tanda dia terima ucapan terima kasih itu.

"Hmm, kau jangan risau yang kau cakap tadi aku tak fikir sangat pun, aku faham, " kata Syah.

"Emm. Awak tak marah kan saya cakap macam tu? Saya takut awak anggap saya ni beri harapan palsu pula, " Aisyah menunduk serba salah.

"Tak, jangan risau lah, "

"Kalau awak tak keberatan saya nak minta tolong boleh? "

Syah mengangkat kening tanda bertanya 'apa? '

"Kalau depan Abang Am, kita tunjuk mesra sikit boleh tak? Tapi tak payah la pegang tangan bagai, "

"Hahaha, la..ingat tentang apa tadi.Okay, aku faham, bos, " Syah ketawa mendengar permintaan calon tunangannya itu.

"By the way, kau nak makan aiskrim tak? Aku berlanja, " tanya Syah lembut.

"Nakk! Serius? Kalau free nak, hehe, "

"Yup serius, jom pergi beli, "

"Thank you, awak, " Aisyah tersenyum lebar.

"You are welcome, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience