Bab 2

Romance Completed 5944

Zip di belakang bajunya yang labuh di lututnya itu ditarik ke atas. Selendang merah jambu dililitnya di atas kepala. Satu persatu pin dipasang. Bergaya sungguh Aisyah pada jam 9.06 pagi itu. Perasaan teruja memenuhi hatinya. Terbayang suasana reunion. Memikirkan wajah rakan-rakannya yang sudah tidak lama dia lihat. Kunci Kereta Myvi kuning digapainya.

Setelah lebih kurang 30 minit perjalanan, dia sampai di Old Town White Coffee Cafe. Sesampainya dia di sana tubuh rakan karibnya , Najwa didakap erat seperti tidak mahu melepaskan. Senyuman dibibirnya memberitahu betapa bahagianya dia pada waktu itu, hanya Tuhan yang tahu.

"Wawaaaaaaa!!! Ini kau ke?! Rindunyaaaa, " terlompat-lompat Aisyah sambil menatap wajah sahabatnya itu. Semalam rakannya itu yang teruja tetapi hari itu dia yang bagai bibir sudah ditarik tidak boleh ditutup lagi.

"Eh eh.. dia pula yang kalut haha, " ejek Najwa

"Eh Aisy , Wawa.. korang ke tu?, " tegur satu suara. Tak lain tak bukan iaitu Rahman Hafizi. Err crush Najwa.

Perlahan Aisyah menolak Najwa menggunakan bahunya dengan menghadiahkan sebuah senyuman nakal kepada Najwa. Mahu sahaja Najwa tumbuk sahabatnya itu seperti mengatakan 'haa tu crush kau. Dia tegur tu. Cewahh'. Niat Aisyah mahu sahaja dia biarkan mereka berdua tetapi dia mengingat bahawa jika seorang lelaki dan perempuan itu berdua akan ada satu lagi iaitu syaitan .

"Hai, Man. Dah lama ke kat sini? "sengaja Aisyah bersuara supaya teguran itu tidak dibiarkan tidak berjawab.

"Tak ada lah. Baru aje, tiba-tiba nampak korang, "

"Emm by the way jom la masuk dia orang dah tunggu dh kot, " tibalah giliran Najwa bersuara.

LAMBAIAN daripada Hanis Alia buat Aisyah dan Najwa dibalas oleh mereka. Cepat mereka menyapa rakan-rakan sekolah menengah mereka dan memilih tempat duduk.

Jam menunjukkan pukul 9.40. Semua rakan-rakan mereka sudah pon berkumpul. Sambil menikmati makanan yang dipesan, Aisyah mengingat satu nama Mia Humaira

'Mana dia? Tak mungkin dia tiada, 'bisik hati Aisyah

BAHAGIANYA Aisyah menempuh hari itu. Dia terkejut melihat ibunya berdiri di hadapan pintu sedang memeluk tubuh dengan muka bengis saat Aisyah masuk ke rumah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience