Bab 5

Romance Completed 5939

"Kakak nah duit, tolong belikan barang yang mama dah list kan tu, " suruh Marziah sambil menghulurkan RM50.Aisyah menunaikan perintah ibunya itu.

Enjin kereta Myvi dihidupkan.

SETELAH selesai berbelanja Aisyah kembali ke keretanya tetapi dia tidak melihat ke hadapan, dia malah memeriksa barang-barang tersebut supaya tidak ada yang kurang. Tiba-tiba dia terlanggar seorang jejaka tinggi yang memakai baju kemeja. Barangan tersebut jatuh. Melopong mulut Aisyah melihat barangan yang dibelinya bertaburan di hadapan kedai. Segera dia mengutip semula barangan itu.

"Sorry sorry, salah saya, " Aisyah meminta maaf atas kecerobohannya.

"Ish kau ni tak nampak ke? Aku dah la lambat ni!" kasar lelaki itu berkata.

"Hey, saya dah minta maafkan? Kalau awak lambat salah saya ke? "tinggi suara Aisyah tidak berpuas hati dengan kata-kata lelaki itu.Lelaki itu pergi begitu sahaja dan masuk ke dalam keretanya.

'Ish! Orang dah cakap sorry pun nak marah. Takkan la aku nak berlutut to ask apologize kat dia, 'marah Aisyah dalam hati.

Sewaktu perjalanan pulang dia di persimpangan lampu hijau menyala dan bertukar ke lampu merah .Aisyah menekan brek. Tiba-tiba keretanya dilanggar dari belakang mujur hanya sekadar remuk. Dia terkejut dan membawa keretanya ke tepi jalan. Kereta yang melanggarnya juga ke tepi jalan. Aisyah keluar daripada keretanya dan mengetuk tingkap kereta BMW tersebut dengan geram. Pemandu itu keluar dan Aisyah dan pemandu itu saling terkejut.

"Kau?! "

"Awak?! "

"Kau lagi kau ni! Asyik menyusahkan aku je! "

"Hello!! Awak yang langgar kereta saya so sekarang mula dan akhir salah awak, "marah Aisyah. Dia tidak menyangka orang yang melanggar keretanya ialah orang yang dia terlanggar di kedai tadi.

"Kau brek tadi kenapa?!"

"Awak buta ke? Lampu merah kot takkan nak jalan? "

"Kau langgar je lah lampu tu siapa kesah? "

"Peraturan tetap peraturan! Kalau ada apa apa nanti macam mana? "tegas Aisyah dia tidak mahu dipersalahkan lagi. "Saya nak awak ganti balik! "

Tiba-tiba seorang wanita keluar dari kereta itu. Aisyah lebih terkejut melihat wanita itu. Perempuan itu adalah.

"Mia?!" dia benar-benar tidak menyangka dia akan bertemu dengan dua orang itu.

"Aisy? " wanita itu tergagap menyebut nama Aisyah .

Siapa yang tidak kenal dengan Mia. Mia Humaira. Dia dulu merupakan rakan karibnya tetapi setelah Aisyah mendapat tahu bahawa Mia berkawan dengannya hanya kerana harta dan wang. Aisyah terlahir dalam keluarga yang kaya raya. Namun, persahabatan mereka terputus begitu sahaja.

"Ohh patutlah kau tak datang majlis reunion haritu, sibuk dengan laki ni ke? "soal Aisyah kasar.

"Reunion? You tak bagitahu I pon you ada majlis reunion . And lagi satu ni kawan you ke? "Lelaki itu bertanya kepada Mia.

"Yeah, she WAS my friend but now we're not, " jawab Mia.

"Dah dah now bukan nak bahas masa lalu. Saya nak awak ganti balik Myvi saya, " Aisyah memotong kenangan itu dan berkata sambil menunjukkan ke arah Myvi kuningnya itu.

"Okay, aku ngaku salah aku. Don't worry aku boleh bayar la Miss Chatty, "

"What! Suka hati awak je panggil saya Miss Chatty,"

"Dah ni nombor saya, kalau nak cakap apa-apa fasal Myvi kau tu just call aku, "

"Okay, promise mesti ditepati ye, Encik Sombong, "sengaja Aisyah menekan nama gelaran itu.

Setelah itu mereka masuk ke dalam kereta masing-masing dan kembali memandu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience