Bab 24

Romance Completed 5944

Ketika sudah pulang, kejadian yang berlaku pada petang itu masih bermain-main di fikirannya. Dia tidak menyangka Syahmi akan bertindak sebegitu. Rasa kecewa hadir di benaknya. Termenung sahaja yang membuatnya berfikir secara tenang tentang kejadian itu.

"Kakak, "

"Kakak, "

"Kakak! "

Aisyah tersentak lalu bangun dari lamunannya. Kini, dia baru teringat yang sebenarnya dia sedang menikmati makan malam bersama keluarganya.

"Kakak ni kenapa? Tengok ayam tu kamu cucuk-cucuk dari tadi pakai garfu tu. Tapi tak makan-makan pun. Kamu fikir apa dari tadi? " tanya Marziah hairan.

"Err, kakak, kakak cuma nak minta satu benda, "

Adam mengerutkan dahinya seolah-olah tertarik dalam permintaan Aisyah.

"Kakak nak, emm nak cepatkan pertunangan ni, "

"Ada apa ni kakak? Tiba-tiba aje ni, " tanya Marziah lagi.

Kemudian Aisyah ke dapur meninggalkan keluarganya yang sedang nikmat menikmati nasi ayam air tangan Marziah. Marziah dan keluarga kebingungan dengan sikap Aisyah.

"Ada apa tu? "

"Alah kamu ni, dia dah mula suka dengan Syah la tu, kan bagus tu, " kata Adam.

"Ish, kalau dia dah suka dengan si Syah tu. Mestilah dia senyum-senyum malu. Ini termenung lepas tu murung kata nak cepatkan pertunangan ni. Tak rasa pelik ke? " Marziah sangat risau dengan keadaan anaknya yang dipenuhi dengan masalah. Dia tidak sama sekali merasa yang anaknya sedang dilanda bahagia.

"Ye la pa, tak kan la suka. Sebab tadi, time Abang Syah hantar kakak balik, kakak nangis. Syasya tak tegur. Syasya tengok mata merah aje, " kata Syakirah pula.

"Hmm nanti mama dan papa try cakap dengan kakak. Kalau dia nak percepatkan pertunangan ni, mama happy. Tapi mama tak nak la dia nak lakukan semua ni sebab ada masalah, "

Mereka semua mengangguk setuju.

SELESAI makan, Adam menelefon Ahmad melalui telefon rumahnya. Sementara Marziah duduk di sebelahnya mahu mendengar perbualan itu.

"Assalamualaikum, ni Ahmad ke? Ni saya Adam, "

"Waalaikumsalam, ye ni saya. Ada apa?

"Tadi sewaktu makan malam, Aisyah ada kata yang dia mahu mempercepatkan pertunangan ni. Kalau ikutkan, ini memang bagus. Tetapi tadi mukanya seperti dihujani masalah. Saya cuma mahu bertanya, tadi sewaktu Syah pulang ke rumah ada apa-apa ke? "

"Hmm sewaktu Syah pulang, dia juga seperti susah hati. Syahmi pula pulang-pulang saja, muka sudah berang. Saya fikir ini tiada apa-apa tapi setelah kamu kata begitu, saya akan cuba bertanya kepada Syah, "

"Baiklah, terima kasih, assalamualaikum ,"

"Waalaikumsalam, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience