Bab 9

Romance Completed 5939

"Kau lagi!! "

Tak lain tak bukan orang itu ialan Zahir Syah. Hanya dialah yang mampu membuatkan Aisyah panas baran.

"Awak dari haritu lagi. Sengaja ke? " tengking Aisyah.

"Eh eh kau ni. Aku rasa baru je semalam kau minta maaf harini dah jadi gorilla balik dah kenapa?! Orang tak sengaja kot! "kini Syah pula yang meninggikan suara.

"Awak ni kan! Kat mana saya and awak ada mesti ada yang tak kena. Kenapa ek?! Sengaja kan?! "

"Yang kau tu buat apa kat sini?! Sibuk aje, "

"Saya kerja la, saya kan designer . Awak tu yang sibuk. Kata fisherman tiba-tiba datang syarikat kenapa? Ni syarikat fesyen bukan syarikat ikan segar. Syah baru teringat yang dia sedang berpura-pura menjadi seorang fisherman yang bukan kaya-raya. Untungnya dia ke situ memakai baju t-shirt biasa dengan motosikal kerana dia hanya mahu meminta cuti untuk menjaga adiknya yang sedang sakit, kebetulan ibu dan ayahnya mempunyai jadual yang sangat padat.

'Fuhh nasib tak kantoi lagi, ' bisik hati Syah.

'Err aku salah tempat, nak cari syarikat lain but terjumpa syarikat ni, " Syah membuat alasannya sendiri untuk menutup kecuaiannya supaya semuanya tidak terbongkar.

"Yang awak parking kereta kat sini buat apa? Sini tempat bos je lah. Itu pon nak kena ajar? Dah berapa lama dah kau parking sini setahun? Dua tahun? Kerja designer tapi ambil parking orang, " Syah tidak berhenti bertanyakan soalan.

"Ni kereta bos! "

"Ha? Tak faham,kata kereta kau, lepastu kereta bos pula. Hergh entahlah malas aku layan, " Syah pergi begitu saja dengan motosikalnya.

BERBAJU biru muda , bertudung selendang biru tua, berseluar jeans hitam. Aisyah sangat bergaya di pagi itu. Hari itu Aisyah dan kedua orang tuanya akan bertemu dengan kawan lama Adam dan Marziah.

"Syasya, Iz, jaga rumah elok-elok tahu, kalau lapar masak lah apa yang ada. Jangan terlefon mama, papa atau kakak kalau tak penting, " pesan Marziah kepada anak-anaknya. Syakirah dan Hariz bersalaman dengan kedua ibu ayah mereka.

"Papa nak pergi dah. Assalamualaikum, " kata Adam.

"Waalaikumsalam, " jawab Syakirah dan Hariz serentak.

MEREKA menunggu kawan lama Adam dan Marziah di meja tujuh.Adam dan juga Marziah melihat kawan mereka sudah pun sampai, mereka sangat mengenali kereta yang kawan mereka gunakan.

"Mama dan papa pergi jap eh, "pesan Marziah. Aisyah mengganguk seperti mahu mengata 'okay', dengan bibir disengaja sengetkan ke kiri.

Semasa Aisyah menunggu, Aisyah melihat sosok tubuh seorang lelaki, ketika lelaki itu berpusing ke arah Aisyah, Aisyah terkejut. Bahkan tidak pernah akan menyangka.

'Haaa?!!! Apa Encik Sombong tu buat kat sini?! Kalau dia tahu aku nak dijodohkan mesti dia ejek aku! Ihh kenapa la aku selalu jumpa dia setiap waktu?! ' Aisyah menyoal dirinya sendiri di dalam hati.

Tiba-tiba kawan ibu Aisyah menarik Syah ke meja tujuh, di mana Aisyah sedang menunggu. Syah terkejut melihat Aisyah yang sedang berada di meja itu. "Sorry mak cik kenapa mak cik bawa dia ke sini? "soal Aisyah.

"Haha, laa, ini lah anak mak cik, yang nak dijodohkan dengan kamu, "

"Haa?!!! " Aisyah dan Syah terkejut dan menjerit serentak.

"Tak mungkin! Syah.. awak.. awak.. awak ke yang.. Tak mungkin, " Aisyah betul-betul tidak percaya apa yang dikatakan Husna.

"Jangan cakap si Aisyah Nadirah ni is my... No! "

Kedua-dua mereka tidak percaya akan kejadian itu. Siapa yang menyangka mereka berdua akan dijodohkan? Seperti anjing dan kucing.

"Eh kau orang dah saling kenal ke? " soal Marziah.

"Emm, " Syah menyahut manakala Aisyah hanya menggangukkan kepalanya.

"Alhamdulillah senang la macam ni, kalau dah kenal lansung tunang je lah. Ummi baru ingat nak buat pertemuan tiga kali antara Angah dan Aisyah berdua sahaja.

"Ha?! Tunang terus?! " Aisyah terkejut.

"Okay-okay, kalah macam tu kita buat juga pertemuan tu. Tiga kali eh. Supaya kau orang makin akrab, " Adam memberi peluang kepada anaknya dan bakal menantunya itu.

"Okay, " Syah mengikuti semua kehendak Ahmad, Husna, Adam dan Marziah. Aisyah mengangkat kening kepada Syah seperti berkata 'ha?! Awak setuju?! Awak apa ni?! "

"Eh kejap-kejap, kalau Syah anak mak cik, jadi Syah ni.. Haa?! " Aisyah bertanya kepada Husna setelah mengingat sesuatu perkara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience