Bab 10

Romance Completed 5944

"Syah, Syah ketua pengusaha syarikat ayah?! "

"Emm ye la, kenapa? "soal Adam.

"Ta,tapi Syah kata yang dia.., " belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya Syah menghalangnya.

"Shh, " Syah menyuruh Aisyah diam tetapi dia tidak mahu.

"Yang Syah kerja sebagai fisherman, " Syah mengetuk dahinya, dia tidak menyangka Aisyah akan betul-betul berkata soal itu.

"Ha? Fisherman? Syah, siapa ajar kamu menipu ni? Syah tahu tak ini dosa?" Husna terkejut dan menanyakan kepada Syah.

"Err, Syah cuma tak mahu kejadian fasal Mia tu ulang lagi, " Syah menunduk kepala.

"Sorry, Mia? Kenapa dengan dia?"Aisyah baru mengingat bahawa Syah dan Mia ialah sepasang kekasih.

"Aisyah kenal ke dengan Mia? " soal Marziah pula yang sejak tadi hanya terdiam membisu.

"Apa pula tak kenal ma. Mama ingat tak orang yang try nak rampas harta kita, yang Aisyah cerita tu, pura-pura baik padahal tamak, " jelas Aisyah. Marziah mengganguk tanda dia mengingati kisah itu. Ya, memang Aisyah pernah bercerita tentang gadis itu tetapi dia tidak menyebut nama. Dia tidak mahu semua orang menganggap Mia seorang munafik. Cukuplah hanya dia yang tahu bagaimana sifat Mia. Aisyah masih peduli dengan nama baik Mia walaupun Mia sudah mengkhianatinya.

"Jadi Mia pernah hampir rampas harta keluarga kamu ke? Astaghfirullahalazim, kalau begitu bukan cuma Syah sahaja yang ditipu, Aisyah juga? Sebenarnya Mia juga mahu merampas harta dan wang keluarga saya, " Ahmad tidak menyangka gadis itu sangat licik.

"Sudahlah tidak usah berbicara tentang dia, saya tak suka, " Syah cuba membuang nama itu baik-baik tetapi dia yang memulakan perbicaraan itu.

"Kalau aku tahu kau anak ketua pengusaha tak ada la aku nak tipu kau, yang kau pun satu, cakap jadi designer tapi naib pengerusi syarikat, " sambung Syah lagi.

"Eh eh, betul la saya designer, saya tak tipu kan? Daripada awak? Perlu ke saya beritahu awak saya ni naib pengerusi pengusaha Fashion Top Company lepastu anak pengusaha syarikat tu, orang kaya bagai? Perlu? Buat apa saya nak heboh sedangkan harta milik my parents, " jelas Aisyah bagi membalas kata-kata lelaki itu. Syah menjeling tajam Aisyah. Ahmad dan Husna tersenyum mendengar kata-kata Aisyah, mereka percaya bahawa Aisyah bukanlah seorang wanita yang tidak baik. Jarang sekali untuk menjumpai wanita seperti Aisyah tidak sombong dan memuji kedua orang tuanya.

Setelah satu jam berada di tempat itu, mereka pulang ke rumah masing-masing.

"ASSALAMUALAIKUM tunangku, " kedengaran suara Syah di dalam panggilan yang diterima Aisyah saat telefon bimbitnya berdering mengeluarkan nama yang tertulis 'Encik Sombong'.

"Waalaikumsalam. Tak payah la nak sebut tunangku,gelilah. Awak tadi kenapa angguk je time ummi awak cakap nak jodohkan kita? Saya tak nak dapat suami macam awak ekk!" rasa geli pula Aisyah menyebut perkataan 'suami' untuk Syah.

"Kau ni, aku tahu lah kau nak ngan aku kan? Hahaha, " Syah mengusik Aisyah lalu tertawa.

"Tak kelakar la!!! " Aisyah marah dengan kelakuan Syah.

"Haha. Yela yela. Kau kena faham apa yang parents kita buat adalah untuk kebaikan kita. So why not aku jawab ye, "

"Arghh! Okay dengar, our parents ada cakap kita kena buat tiga pertemuan. So, esok juga aku jumpa kau, "

"Eh, tak sabar ke? " sengaja Syah membuat Aisyah bertukar menjadi singa.

"Syahhh!!! Saya nak cakap something! "

"Okay okay, " Syah terkejut lalu mengiyakan sahaja permintaan Aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience