Bab 35

Romance Completed 5939

Setelah Aisyah pulang ke rumah, dia melihat ada sekeping surat dia hadapan pintu masuk rumahnya. Dia mengambil surat itu. Ya! Benar dugaannya, itu dari MH, S untuknya.

Dia bergegas naik ke biliknya. Kemudian dia menukar pakaiannya. Laju sahaja Aisyah membaca surat itu. Dia sangat penasaran akan isi dalam surat itu.

Selepas dia membuka sampul surat itu, ternyata tiada sebarang catatan atau surat untuknya. Yang ada cuma cebisan gambar yang sudah dikoyak. Aisyah kemudian menyusun cebisan-cebisan gambar itu, agar dia dapat mengetahui apa yang mahu disampaikan oleh MH, S.

Matanya terbeliak luas seolah-olah tidak percaya apa yang sudah dia lihat. Gambar itu ialah gambar Aisyah dah keluarganya. Aisyah risau jika orang itu akan melakukan perkara yang tidak diingini terhadap keluarganya setelah dia keluar bersama Syah dan melanggar aturan MH, S.

Seharian itu Aisyah mengasingkan dirinya di dalam kamarnya. Semua ahli keluarga Aisyah aneh dengan tingkahnya. Dia sama sekali tidak bercakap atau membalas mesej dengan sesiapa pun setelah mendapat pesanan 'tersirat' daripada MH, S.

Bahkan panggilan dari sahabatnya turut dia hiraukan. Sebanyak 23 panggilan terlepas buatnya, namun tiada satu pun yang dijawab Aisyah. Dia sama sekali tidak takut dengan MH, S tetapi dia tidak mahu akibat dirinya, orang lain yang menanggung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience