Bab 16

Romance Completed 5939

"Aisyah? Awak ingat saya ke? " tanya Syahmi.

"Argh, " Aisyah menjerit perlahan sambil memegang kepalanya.

"Along, kita balik, " Syah menyuruh Syahmi pulang. Dia tidak mahu Aisyah terus-menerus mengingat tentang kenangannya dan Syahmi. Syah menarik lengan Syahmi ke dalam kereta. Aisyah hanya melihat tanpa melakukan sesuatu.

"HAA, dah balik pun anak-anak ummi. Macam mana Syahmi? Kamu mesti setuju kan kalau Syah dan Aisyah? Aisyah tu bagus, " tanya Husna.

Syah menjeling tajam abangnya lalu berjalan masuk ke dalam biliknya tanpa menghiraukan persoalan ibunya buat abangnya.

"Kenapa tu, Along? " tanya Husna lagi. Syahmi hanya menundukkan kepalanya. Dia membiarkan soalan itu tidak terjawab. Husna memandang Syahmi hairan. Kemudian dia menyusul Syah.

Ketika di dalam bilik Syah, Husna melihat Syah terbaring di atas katil dengan muka yang sangat gelisah.

"Angah, ada apa ni?"

"Eh, sejak bila ummi kat sini? "

"Baru aje, "

"Sebenarnya ada apa Angah? Kenapa ummi tanya Along, Along pun senyap aje, "

"Sebenarnya ummi...., "

Syah menceritakan kejadian di rumah Aisyah dan cerita yang diceritakan oleh Marziah.

"Ha? Biar betul?! " Husna menjerit terkejut.

"Iye, ummi. Kalau Along still ada feeling dengan Aisyah macam mana? "

"Emm Angah suka dekat Aisyah ke? " tanya Husna lembut.

"Err mana ada, ummi" bohong Syah.

"Kalau Syah suka pun tak salah, calon tunangan Angah kan, "

"Tak la,ummi.Syah cuma..emm kan semua ni dah kita susun. Lepas tu, si Aisyah tu pasti ke nak teruskan semua ni? Nak ke dia?Tambah-tambah sekarang dia dah jumpa Along, "

Husna hanya mengangguk faham. Dia mengerti posisi anaknya sekarang sangat susah untuk ditangani.

"Nanti kita bincang semua dalam dua buah keluarga. Ummi pun tak nak semua ni jadi macam ni. Kita selesaikan dengan kepala dingin. Ummi akan minta walik balik awal esok lepas tu atur pertemuan dengan keluarga Aisyah, " pujuk Husna setelah melihat keadaan anaknya yang sudah lemah menghadapi ujian Allah. Syah mengangguk setuju.

"HELLO, assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Marziah? "

"Waalaikumsalam ini saya sendiri. Ini Husna ke?"

"Ye, saya tukar nombor. Sebenarnya saya nak cakap fasal kejadian pagi tadi, kalau Marziah dan keluarga tak keberatan, saya nak ajak Marziah sekeluarga ke rumah saya esok untuk selesaikan masalah ni, "

"Inshaallah, saya akan usahakan, assalamualaikum ,"

"Waalaikumsalam, "

Butang tamat panggilan ditekan Marziah lalu menaiki tangga ke bilik Aisyah.

"Kakak, esok kita akan pergi bertemu dengan keluarga Syah bawa adik-adik kamu sekali. Ibu harap kamu dapat mengawal fikiran kamu bila melihat Syahmi. And ibu juga berharap kakak boleh buat keputusan yang tepat. Apa pun soalan yang ditujukan nanti Aisyah perlu jawab. Jangan kecewakan mama and papa tahu, " nasihat Marziah kepada putri sulungnya itu. Aisyah tidak menunjukkan reaksi apa pun. Dia sekadar melihat ke luar jendela biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience