Bab 1

Romance Completed 5939

"Kring Kring". Pagi yang sunyi sepi dihiasi bunyi deringan telefon bimbit Samsung Galaxy J7 Prime.

"Hello, assalamualaikum.. ada apa? Aku tengah masak ni. Nanti call lain la,sorry, " suara lembut Aisyah Nadira menjawab panggilan yang tertulis 'Najwa ( Wawa ) '.Sudah menjadi kebiasaan baginya menjawab panggilan rakan karibnya tanpa angin dan ribut.

"Waalaikumsalam, ehh jap. Nak cakap pendek je. Esok ,kau tak lupa kan pasal reunion tu? " tersekat-sekat suara Najwa di dalam talian kerana talian yang Agak teruk waktu itu.

"Ya Allah.. kau ni.. cuba kau kira dah berapa banyak kau tanya aku harini? Dah 17 kali kau tau tak? " mengeluh Aisyah dengan tingkah sahabatnya itu.

"Hehe.. sorry la.. aku rindu kau. Aku nak jumpa kau. Sorry ganggu. Bye, assalamualaikum, " Najwa sengaja membuat suara manja supaya Aisyah mencair dan tidak membawanya serius.

"Hmm...yela waalaikumsalam, " Balas Aisyah lembut.

Setelah itu pisang goreng buatan air tangannya sendiri dihidang kepada ibunya yang kusyuk membaca majalah kegemarannya. Apa lagi kalau bukan 'Wanita Kita'. Baru sahaja mahu mengangkat kaki ke biliknya, laju sahaja , Marziah memegang tangan anaknya yang berumur 24 tahun itu.

"Ada apa ni ma? " Lembut Aisyah bertanya melihat wajah ibunya kelihatan serius.

"Duduk kejap, mama nak cakap, "

Tanpa bertanya lagi Aisyah duduk bersimpul di hadapan ibunya yang sangat dia cintai .

"Mm.. Kakak dah ada pilihan hati? "

"Eh apa mama nak cakap ni? " berkerut dahinya berpura-pura tidak mengerti apa yang mahu disampaikan oleh ibunya.

"Kalau kakak tak ada lagi mama nak bawa kakak pergi Light Cafe esok, " pelawa Marziah

"Hmm okay, "cepat saja Aisyah pergi ke biliknya .

PINTU bilik dibuka perlahan-lahan sambil termenung mengingatkan kata-kata dan soalan ibunya tadi. Demi tidak membiarkan dirinya sendiri hanyut dalam fikirannya ,novel yang tertanda diambil dan merebahkan diri ke atas katil yang sangat empuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience