Bab 43

Romance Completed 5939

"Ahh, siap pun susun barang, " kata Syah. Dia dan Aisyah baru sahaja berpindah ke rumah mereka. Pada waktu itu mereka menyusun perabot-perabot rumah. Rumah mereka ialah rumah banglo dua tingkat. Ya, mereka memang mempunyai wang untuk membeli rumah yang lebih besar, tetapi bagi mereka itu sudah cukup.

"Apa siapnya? Ada lagi la awak, " rungut Aisyah.

"Alah, nantilah, sakit bahu dah ni," rungut Syah pula.

Kemudian, Aisyah datang ke Syah yang duduk di atas sofa baharu mereka. Dan dia memicit bahu Syah dan berkata.

"Haa, jangan perasan, saya buat ni sebab nak cepat rehat, " ejek Aisyah.

"Wah, leganya. Untung saya dapat isteri macam awak ni, " usik Syah. Aisyah tersenyum malu.

PETANG itu Marziah dan keluarga datang ke rumah Aisyah setelah perabot-perabot rumah selesai disusun.

"Alhamdulillah, selesa aje rumah ni, " kata Syah kepada Adam dan Marziah.

"Syasya, Iz, take care of mama and papa, tau, " pinta Aisyah kepada kedua-dua adiknya.

"Kakak jangan la risau, " kata Syasya.

"Emm, kakak, kamu kan dah kahwin. Tak payah la kamu keluar pergi main bowling setiap hari. Tambah baru aje. Kalau sebulan lagi ke kadang-kadang tak apa la, " pesan Marziah kepada putri sulungnya.

"Alah, tapi ma, "

"Kakak, mama tu betul, " kata Adam pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience