Bab 30

Romance Completed 5939

'Yeahhhh! Finally! Najwa dah tak minta alone lagi dah! Aku ajak dia main bowling la, ' jerit hati Aisyah apabila sahabatnya itu baru sahaja menghantar mesej yang mengatakan bahawa dia sudah tenang saat ni. Bahagianya dia setelah melihat balasan 'okay' daripada Najwa.

"Mama, esok kakak nak main bowling dengan Najwa, " kata Aisyah kepada ibunya yang duduk di atas sofa di sebelahnya.

"Kakak ni, minggu depan kakak dah nak bertunang kan, tak kan nak pergi main bowling kot, tak elok la, "

"Ala mama please. Najwa baru aje baik dengan kakak ni, " rayu Aisyah.

Tiba-tiba sesuatu perkara muncul di fikiran Marziah lalu dia mengiakan permintaan Aisyah dengan muka yang sedang senyum nakal. Sayangnya, Aisyah tidak menyedari itu kerana terlampau gembira akan bertemu dengan sahabatnya lagi.

"NAJWAAAA! I miss you, " jerit Aisyah sebaik sahaja melihat Najwa sudah berada di tempat permainan bowling tersebut.

"I miss you too, " balas Najwa.

"Ehem, " suatu suara menegur mereka dari belakang. Kemudian setelah mereka berdua toleh ke belakang, Aisyah terkejut.

"Awak?!! Awak buat apa kat sini? " tanya Aisyah hairan.

"Laa bawa dia punya fiance rupanya, " ejek Najwa.

"No! Aku tak ajak dia pun, " bisik Aisyah kepada Najwa. Najwa tertawa melihat kedua pasangan itu. Kemudian, Aisyah menarik baju Syah ke tempat yang jauh daripada Najwa.

"What are you doing here?? "

"Your mom told me to take care of you, "

"Alah, saya dah besar la, "

"Ha, jangan nak halau, aku hanya ikut arahan, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience