Bab 3

Romance Completed 5944

"Ya Allah, mama, kakak lupa. Mama, kakak betul betul lupa, maafkan kakak, " rayu Aisyah selepas mengingati bahawa dia telah membuat perjanjian dengan ibunya untuk mengikuti ibunya ke Light Cafe.

"Kakak tahu tak, mama tunggu di ruang tamu. Mama fikir kakak tengah bersiap untuk ikut mama. But, bila mama baca mesej from whatsapp kakak, mama tahu yang kakak lebih pentingkan kawan daripada mama, " bebel Marziah dengan tingkah laku anak sulungnya itu sambil menunjukkan telefon bimbit milik Aisyah.

"Eh mana mama dapat hp kakak? Laa kakak tertinggal ke, "hairan Aisyah selepas menyedari telefon bimbitnya tertinggal di biliknya kerana sakin terujanya dia bertemu kawan-kawannya.

"Kakak! Mama cakap dengan kakak ni! Boleh pula dia fikir fasal hp dia, " kedengaran tinggi suara Marziah melepaskan kemarahannya kepada Aisyah. "Kakak naik ,tukar baju lepas tu turun, " perlahan pula suara Marziah menyuruh Aisyah, dia tidak mahu ada pertengkaran diantara dia dan anaknya. Tanpa berlengah lagi Aisyah mengikuti arahan ibunya dengan muka yang serba salah.

'YA ALLAH!! Macam mana aku boleh lupa, ' jerit hati kecil Aisyah. 'Hmm mama mesti marah. Tetapi sebenarnya mama nak bawa aku jumpa siapa eh?' dia tertanya-tanya sambil mencabut pin di tudungnya satu demi satu. Setelah selesai dia menuruni anak tangga dan duduk di sofa ruang tamu di mana ibu dan kedua adiknya, Mawar Syakirah yang berumur 17 tahun dan Hariz Aiman yang belajar di tingkatan tiga sedang menunggu.

'Ishh apa mama nak kata ni, sampai ada Syasya dan Iz ni? '

"Kakak sini, sebelah mama, "panggil Marziah

"Sebenarnya mama nak bawa kakak jumpa kawan mama. Dia kawan lama mama dan, " jelas Marziah, belum sempat dia menyambung ayatnya, Aisyah sudah memotong dahulu.

"Cop cop, mama actually nak cakap fasal apa ni? Why nampak serius je? " tanya Aisyah berlembut.

"Aishah, you're 24 years old. Mama wants to have menantu dan cucu. Syasya and Iz also want a nephew, " tanpa berfikir lagi, Marziah berterus terang dengan keinginannya.

"Entahlah mama, kita tunggu papa balik baru sembang fasal ni, okay? " Aisyah sengaja mencuba menukar topik perbualan. Marziah hanya mengganguk. Dia mengerti bahawa anaknya masih belum bersiap sedia tentang pertunangan, pernikahan dan perkahwinan. Aisyah terus melangkah semula ke biliknya.

Syakirah membuntuti langkah kakaknya. Aisyah bingung dengan tindakan adiknya itu.

"Kakak tahu tak, malu mama time mama pergi jumpa kawan lama mama tu. Kakak sendiri dah janji dengan mama nak ikut dia pergi Light Cafe. Then, kakak biar macam tu je? Let the mama's words hang, then go like that?Kakak tak kesian ke kat mama? " bebel Syakirah.

"Syasya tak perlulah nak ajar kakak, kakak tahu apa kakak buat. If Syasya kat tempat kakak, kakak tak rasa Syasya akan cakap slow slow. Kira kakak okay lah kan? Kakak tak melawan cakap mama, right. So what? So, please let me alone and think first. This is not a game. It creates my own future, " tegas Aisyah terhadap adiknya. Sengaja dia menekan perkataan 'own future' supaya adiknya mengerti tentang posisinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience