Bab 45

Romance Completed 5939

"Awak," tegur Aisyah perlahan-lahan.

Namun begitu, Syah hanya diam membisu.

"Awak, sorry la, " pujuk Aisyah.

Syah juga masih belum berkata apa-apa pun.

"Awak, I am so so so sorry. I swear, saya tak ada niat nak cakap macam tu. "

Syah masih diam membeku.

"Watashi ga iu koto wa anata no kokoro o kizutsukeru koto o shitte iru, " (saya tahu apa yang saya cakap sakitkan hati awak) kata Aisyah bersahaja.

"Ie, " (tidak) Aisyah terkejut mendengar Syah membalas kata-katanya.

"Awak tak salah. Cuma saya aje yang baru sedar, yang sebenarnya awak memang dah lama benci sangat dengan saya ni, " sambung Syah lagi.

"Eh, awak bukan macam tu.., " belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya Syah sudah memotong dahulu.

"Dah, turun. Dah sampai, " kini mereka sudah sampai di tempat kerja mereka.

Syah pergi meninggalkan Aisyah. Dia pergi ke pejabatnya tanpa berjalan bersama Aisyah. Aisyah terpinga-pinga mengejar Syah tetapi dia sedar yang kini dia sudah di tempat kerja. Tidak elok jika pekerja-pekerja di syarikat itu melihat mereka.

"Eh, senyap aje kau ni hari ni, " tanya seorang rakan sekerja Syah,sebagai sekertaris. Tetapi bagi Syah orang itu sudah sebagai kawan dan juga keluarga. Dia adalah orang yang selalu mendengar luahan hati Syah tentang pekerjaan dan keluarga. Selain Rahman dia juga mampu memberi sokongan buat Syah.

Daniel Fahmi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience