Bab 7

Romance Completed 5944

Bunyi kicauan burung-burung jelas ditelinga Aisyah pagi itu. Terbaring di atas katil sambil membaca novel 'Kau Takdirku'. Setelah selesai membaca bab 39 dia mengambil sekeping kad dan telefon bimbitnya. Lalu, dia mendail nombor yang tertera di kad itu.

"Assalamualaikum, "

"Waalaikumsalam, ni siapa ye? "

"Orang yang awak langgar haritu, Encik Sombong, " sengaja Aisyah memerli lelaki itu.

"Ohh, Mis Chatty. Haa ada apa? "

"What?! Ada apa? Awak ingat saya call awak ni suka-suka ke? Don't forget that you have made a deal with me to repay my car that you have already hit! "

"Ohhh haha sorry-sorry, aku lupa, "ketawanya membuatkan Aisyah marah.

"Lupa?! So you belum buat service for my car? "

"Sorry la, okay fine sekarang juga aku pergi workshop, "

"Erghh yela ssalamualaikum, "

"Waalaikumsalam"

Perbualan itu ditamatkan begitu sahaja.

SELEPAS tiga jam, Aisyah menerima panggilan daripada Syah a.k.a Encik Sombong.

"Okay dah settle, "

"La gitu je? Salam tidak say hello tidak, " bebel Aisyah kepada Syah.

"Whatever lah nanti kau datang ke Ham's Cafe, aku nak bagi cek tu, "

"Pukul berapa? "

"Hmm sekarang pukul 8.35 pagi, so datang sekarang je lah, time lain aku busy, "

"Okay-okay, "

AISYAH mengambil begnya kemudian menuruni anak tangga. Marziah yang melihat anaknya sudah berpakaian kemas dengan bertudung
hijau muda bertanya ke mana anaknya mahu pergi. Aisyah memberitahu kejadian sebenar yang berlaku padanya semalam. Marziah terkejut dan bertanya keadaan Aisyah. Dia risau anaknya akan terluka atau pun mengalami pendarahan teruk.

"Tak ada apalah ma, hanya kemek di bahagian belakang kereta sahaja. Mama tak perlu nak risau sangat. Kakak okay, " jelas Aisyah bagi menenangkan ibunya yang khawatir tentangnya.

"Alhamdulillah kamu tak apa-apa ," Marziah mengangkat tangan tanda bersyukur.

"Dah la kakak nak keluar dah ni ,assalamualaikum "

"Waalaikumsalam ,hati-hati ye kakak, "nasihat Marziah kepada anaknya supaya kejadian itu tidak berulang lagi.

"HEY,saya dah sampai, "tegur Aisyah kepada seorang lelaki yang dari tadi menunggu kedatangannya.

"Wow, aku ingat lama lagi, tak sangka wujud perempuan macam kau ni. Sekejap je bersiap, " pujian Syah membuatkan Aisyah mengangkat kening sebelah tanda bangga akan dirinya.

"Of course la, "Aisyah mengusik Syah dengan bangga diri. "I'm a special woman, ".

Syah ketawa dengan gelagat Aisyah.

"By the way thank you sebab nak tanggungjawab. Kereta tu my favourite. So, sorry kalau saya ada tengking awak haritu, maklumlah emosi, " Aisyah merendah diri dan meminta maaf sambil menunjukkan senyuman paling manis. Aisyah memang jenis orang yang merendah diri walaupun dia tidak salah.

"Memang la aku kena tanggungjawab atas kerosakan kereta kau tu. Dah memang salah aku, " Syah merasa nyaman dengan sikap Aisyah yang rendah diri itu. Dia tersenyum masih ada wanita sebaik Aisyah yang masih mampu meminta maaf sama ada salah atau tidak.

"Emm, by the way juga, my name is Zahir Syah, just call Syah," Syah bersukarela memperkenalkan dirinya dahulu.

"Oww.. I'm Aisyah, Aisyah Nadirah, " Aisyah juga turut memperkenalkan diri.

"Kau kerja ke? As what? "tanya Syah.

"Yes, as a designer. How about you? "

"Oh I'm work as ..,"Syah memberhentikan kata-katanya. Dia tidak mahu memberitahu bahawa dia bekerja sebagai ketua ke-2 pengusaha sebuah syarikat. Dia tidak mahu kejadian tentang Mia menimpanya lagi.

Aisyah mengerutkan dahi dan bertanya "as? "

"Err as a fisherman, "bohong Syah.

"Aik? Tipulah, tak mungkinlah kereta BMW kerja fisherman? "Aisyah menyoal tidak percaya.

"BMW tu..emm..pak cik aku punya, dia kaya raya, dia tengok aku susah asyik jalan kaki hulur ke hilir , tu yang dia bagi aku. Dia tak ada kereta yang murah semua mahal-mahal. Sebab tu la aku dapat BMW, " Syah berbohong lagi.

"Oh, "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience