Bab 56

Romance Completed 5944

"Abang, "

"Ye, " Syah menoleh kebelakang sebaik sahaja mendengar Aisyah memanggilnya.

Kemudian Syah terkejut melihat Mia berpakaian menutup aurat. Seluarnya tidak ketat, bajunya labuh paras lutut, dan yang penting dia bertudung labuh seperti Aisyah.

"Okay tak? "

"Mia ke ni? " tanya Syah tidak percaya.

"Iye, "

"Ishh tak suka lah pakai macam ni, Aisy, " Mia merungut rimas dengan pakaian yang dipakainya.

"Abang, kalau Mia tak nak pakai, abang nak maafkan ke tak? " tanya Aisyah kepada Syah untuk memancing Mia.

"Hmm tak nak lah, kalau hati dah berubah, gaya pun perlu berubah. Kalau tak abang tak percaya Mia dah insaf, " sengaja Syah mengikuti permainan Aisyah.

"Okay, okay, aku pakai ni, " akhirnya Mia menyetujui permintaan Aisyah dan Syah.

"Alhamdulillah, " ucap Syah dan Aisyah serentak.

Tiba-tiba,

"Ting tong, " bunyi loceng rumah berbunyi lagi.

Ketika Syah membuka pintu, dia melihat Syahmi kini berada di depan matanya. Dia risau jika Syahmi melakukan hal-hal seperti kemarin kepada Aisyah.

"Err, Along, " Aisyah terkejut kemudian dia memegang baju Syah kerana dia ketakutan. Mia hanya memerhatikan sahaja tingkah ketiga-tiga mereka.

"Ohh, Aisyah jangan takut. Sebenarnya Along datang sini, Along dah diberitahu ummi dan walik tentang keadaan Aisy sekarang. Dan tadi Along sempat tidur tiba-tiba Along bermimpi yang Along pada time tu dihina orang ramai. Akibat perbuatan Along ke Aisy. And bila Along fikir-fikir balik, Aisy jadi macam ni because of me. So, Along nak minta maaf kerana kurang ajar dengan Aisy. I am so sorry, Aisy, Syah, " Syahmi memberitahu hajatnya ke rumah Syah dan Aisyah.

Melalui kata-kata Syahmi, Aisyah secara tidak sengaja mengeluarkan air matanya. Dia semakin memeluk erat Syah. Dia semakin ketakutan.

"No, Aisy. Percayalah, kali ni Along betul-betul tak ada niat jahat, Aisy, "

"Aisy, tolong maafkan Along. Dia betul-betul dah sedar dengan kesalahannya, " Husna yang entah dari mana datangnya, tiba-tiba muncul dan berkata kepada Aisyah.

"Ummi? " Aisyah terkejut melihat Husna .

"Dia memang menyesal. Dia tahu yang Aisy memang bukan miliknya. Dan dia juga dah janji dengan walik dan ummi untuk tak ganggu hubungan kamu berdua, " kata Ahmad pula

"Okay, Aisy maafkan tapi ni betul? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience