Bab 22

Romance Completed 5944

"Eh kakak, asal senyum aje dari tadi? Ada apa-apa ke tuww, " usik Syakirah yang sejak tadi melihat kakaknya tersenyum sinis sejak pulang.

"Ish mana ada apa. Sibuk lah dia ni, " Aisyah tersenyum malu.

"Haa kakak, pertemuan dan habis so pertunangan kau orang cepat sikit, " tiba-tiba Marziah datang dan berkata.

"Eh, bukan ke mama and keluarga Syah dan tetapkan tarikh ke?" tanya Aisyah hairan.

"Tak la, "

"Laa mama tahu tak? Kakak sengaja habiskan cepat-cepat pertemuan ni supaya kakak lama tak tengok muka dia. Rupa-rupanya, lagi cepat habis lagi cepat pertunangan tu? Haiyo, " Aisyah mengetuk dahinya.

"Kakak, kakak kalau dah jodoh, cepat aje, " ejek Syakirah lagi. Aisyah menjeling sekilas kemudian naik semula ke biliknya.

Tiba-tiba dia terfikir, 'hmm apa la yang Wawa buat sekarang ek? Dia still nak alone lagi ke? '

Ketika Aisyah sedang terbaring mengingatkan sahabatnya itu, dia ditemani air matanya. Mengingat kenangan mereka berdua, namun kini mereka berjauhan. Dia tahu sahabatnya masih berduka. 'Aku mesti cakap dengan Rahman, '.Aisyah mengambil telefon bimbitnya lalu menekan kenalan yang bertulis 'Rahman (Man) '

"Hello, Assalamualaikum, Man. Aku ada nak cakap something ni, "

"Waalaikumsalam, apa dia? "

"Tentang Wawa, "

Kemudian Aisyah pun bercerita tentang Najwa.

"So, boleh tak aku nak minta tolong. Kau cuba la rapat sikit dengan dia. Dia tu baik. Tapi jangan pula bagi harapan palsu ye, " minta Aisyah.

"Okay, aku cuba. Lagipun aku tahu Najwa bagus, dia lansung tak sama dengan perempuan dekat luar sana tu, "

Setelah itu, sampai situ sahaja perbualan mereka

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience