Bab 52

Romance Completed 5939

Ketika Syah menghantar Aisyah ke dalam kereta dia mahu pergi semula masuk ke dalam syarikat itu. Dia mahu meminta izin kepada Adam. Tiba-tiba Aisyah menarik lengan Syah.

"Kenapa? Aisy ada sakit ke? " tanya Syah mengkhawatiri keadaan Aisyah.

"Aisy takut. Abang duduk la sini, " Aisyah berkata sambil air matanya juga masih belum berhenti membasahi pipi.

"Aisy, abang nak pergi tanya papa kejap, " kata Syah lembut.

"Tak, " Aisyah berkata sambil nangis tersedu-sedu.

"Okay okay, "

Syah mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon Adam dan meminta Adam untuk ke tempatnya. Dia memberitahu bahawa Aisyah tidak membenarkannya meninggalkan Aisyah sendirian.

Adam turun lalu menemui Syah. Syah menceritakan semuanya. Apa yang berlaku hari itu dan semalam. Adam terkejut mendengar cerita Syah. Dia kemudian meminta Syah untuk menjaga Aisyah dengan baik. Dia tidak mahu kejadian itu menimpa Aisyah lagi.

KETIKA di rumah Syah bertanya kepada Aisyah.

"Tadi Along ada kacau ke? "

"Entah, dia just kejar Aisy. Aisy tak tahu, "

"Tapikan, kenapa Aisy sakit kepala tadi? Padahal kan Along je. Bukn Aisy sakit kepala kalau nampak orang yang Aisy lupa je ke? "

"Abang, esok kita pergi check. Aisy pun pelik, "

"AISY, jom, " Syah memanggil Aisyah kerana sudah mahu pergi ke hospital untuk memeriksa keadaan Aisyah yang makin lama makin memburuk. Sewaktu mereka mahu keluar, Marziah, Adam, Husna dan Ahmad sudah menunggu di hadapan rumah. Manakala anak-anak yang lain tidak dapat ikut kerana bersekolah. Tetapi Syahmi? Tak tahu lah.

"Eh, semua ada ke? " tanya Syah setelah melihat kedua orang tua dan mertuanya.

"Ye lah, risau dengan keadaan Aisyah, " kata Marziah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience