Bab 55

Romance Completed 5939

"Sila lah, jangan segan. Anggap aje kita ni dah seperti kawan, " Aisyah menjemput Mia makan tengahari di rumahnya.

SELESAI makan Aisyah membawa Mia ke kamarnya lalu mengeluarkan pakaian dan tudungnya. Dia memilih pakaian untuk diberikan kepada Mia.

"Mia, kau suka tak baju ni? " Aisyah menunjukkan sebuah baju labuh sehingga lutut, serta menutupi seluruh badan. Manakala mempunyai lengan panjang.

"Cantiknya dress tu, tapi kenapa dia tak berlubang dekat bahu. Kan cantik, " kata Mia.

"Err, ni bukan dress. Tapi ni pakai dengan seluar. Kau cuba lah, "

"Ha? Eii, tak nak lah. Tak cantik, "

"Kau nak Syah maafkan kau ke tak? Kalau nak ikut cakap saya, " Aisyah memaksa rakannya itu berpakaian menutup aurat.

"Okay fine, "

Mia menukar pakaian itu di dalam bilik air di dalam bilik tidur Syah dan Aisyah. Setelah sepuluh minit, dia keluar lalu menunjukkan dirinya kepada Aisyah.

"Okay, sekarang kau duduk kat situ kejap aku nak ambil something, " Aisyah berkata sambil menunjukkan kerusi yang berhadapan dengan cermin muka.

"Kita nak make up ke? Tapi tak ada barang make up pun, "

"Kau duduk aje lah dulu, "

Aisyah membawakan tudung shawl berwarna coklat supaya dipadankan dengan baju yang dipakai Mia yang berwarna kuning.

"Apa ni? "

"Shawl la, "

"Eiii tak nak lah, "

"Pakai juga, macam la kau dulu tak pernah pakai kan? "

Mia membiarkan dirinya disolek oleh Aisyah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience