Bab 39

Romance Completed 5939

Tepat pada hari lahir Aisyah, pernikahannya dengan Syah dijalankan. Aisyah rasa mahu menangis kerana harus merelakan perasaannya demi kedua orang tuanya.

Tanpa disedari, Syah sudah menyelesaikan akad nikah di depan orang ramai. Dia tidak percaya yang kini dia adalah milik seorang lelaki bernama Syah. Ya, Muhammad Zahir Syah bin Ahmad.

Setelah selesai semuanya, Syah bertanya kepada Aisyah.

"Awak ada air wudhuk tak lagi? "

"Ada, " perlahan sahaja Aisyah membalas.

"Jom, solat sunat berjemaah, " Syah mengajak Aisyah untuk solat berjemaah dengannya. Kemudian, Syah pergi ke tempat di mana dia dan Aisyah akan solat bersama.

Sewaktu itu juga Husna datang dan berbisik kepada Aisyah. "Inilah sikap sebenar Syah, "

Aisyah tersenyum mendengar kata-kata Husna. Dia bersyukur dia dikurniakan seorang suami yang sangat sempurna di matanya tetapi dia masih belum boleh menghasilkan perasaan cinta untuk Syah.

"ASSALAMUALAIKUM, "

"Waalaikumsalam, eh, masuklah, " Husna menjemput Marziah dan keluarga ke dalam rumahnya.

"Jadi, macam mana Husna, Mad, dah jumpa rumah? " Adam bertanya kepada mereka tentang rumah yang akan duduki oleh Syah dan Aisyah.

"Alhamdulillah, dah jumpa. Rumah banglo, " kata Ahmad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience