Bab 42

Romance Completed 5939

Kini tibalah hari perkahwinan mereka. Najwa sangatlah ditunggu-tunggu oleh Aisyah.

Mata Aisyah terbeliak melihat Najwa dan Rahman datang bersama. Kemudian dia bertanya.

"Kau datang dengan Man ke? "

"Tak lah, kebetulan sampai sama-sama, " kata Najwa.

Aisyah tersenyum nakal mendengar kata-kata Najwa.

"Oh, by the way Aisy, congrats. And happy wedding, " kata Najwa lagi.

"Yup, congrats, " kata Rahman juga.

"Thanks guys, " ucap Aisyah.

Mereka bergelak ketawa mengingat kenangan lama mereka sewaktu di sekolah menengah sama ada manis atau pahit.

TIBALAH waktu malam. Ya, malam pertama Aisyah dan Syah.

"Awak buka la tudung tu. Saya tahu awak memang tak de feel nak buka but, " Syah memberhentikan kata-katanya

Sejak tadi Aisyah langsung tidak menyelak tudungnya bahkan niat membuka tudung sama sekali tidak hadir di benaknya.

Kedengaran laungan azan Isyak. Syah mengajak Aisyah untuk solat berjemaah. Aisyah menuruti kemahuan Syah.

Setelah selesai, Aisyah bersalaman dengan suaminya. Kemudian Syah berkata lagi,

"Buka la telekung awak tu, panas, "

Aisyah perlahan-lahan membuka telekungnya. Pada mulanya dia enggan tetapi ini sudah menjadi hak ke atas suaminya. Syah tersenyum kerana Aisyah akhirnya mahu mendengar katanya.

Kemudian berjalanlah malam pertama mereka tanpa sebarang gangguan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience