Bab 46

Romance Completed 5939

"Eh, bro. Nak pergi mana tu? " tanya Daniel ketika. melihat Syah sedang mengangkat kaki dari pejabatnya.

Syah diam lalu terus sahaja keluar dari situ.

Ketika Syah sedang bergegas mahu mengambil dokumen yang ketinggalan di pejabat Aisyah dia ternampak Aisyah sedang berbicara dengan seorang petugas. Dia memerhatikan sahaja Aisyah. Terdetik dalam hatinya untuk memaafkan Aisyah, tetapi dia berasa hatinya digores kuat sekali setelah mendengar apa yang diungkapkan oleh Aisyah. Kemudian, dia terus berjalan ke arah pejabat Aisyah tanpa pengetahuan Aisyah. Dia tidak mahu meminta izin kerana dia tidak mahu berbual dengan Aisyah.

Saat di dalam pejabat Aisyah, dia mencari-cari fail biru yang mana ia terisi dengan dokumen-dokumen penting tentang pekerjaannya. Tiba-tiba Aisyah masuk ke dalam pejabatnya dan melihat Syah. Syah menyedari itu kemudian berkata

"Dokumen saya, "

"Emm, dokumen awak, saya ada simpan. Jap saya cari, " balas Aisyah lembut.

Syah hanya menganggukkan kepalanya. Kemudian Aisyah mencari di dalam almari dokumen. Dia menjumpai fail berwarna biru itu lalu diberikan kepada Syah.

Syah mengambil lalu pergi begitu sahaja tetapi sebelum keluar, Aisyah berkata kepadanya

"Awak memang tak nak cakap dengan saya ke? Sampai sampai say thank you pun tak nak. Awak rasa suara awak tu terlampau mahal sampai nak keluarkan suara untuk orang yang tak penting macam ni pun awak tak nak? Up to you lah, "

Kemudian, Syah pergi tanpa menghiraukan apa yang dikatakan Aisyah. Aisyah cuba menahan air matanya, tetapi air matanya terlalu suka akan pipinya. Pada waktu itu, air mata membasahi pipi Aisyah. Aisyah benar-benar tidak menyangka bahawa Syah sangat marah kepadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience