Bab 38

Romance Completed 5939

Membutang mata Aisyah setelah melihat ibunya dan Syah duduk di atas sofa ruang tamu dengan wajah berang. Ada kala Syah mengerling sekilas Aisyah. Sepertinya kedua-duanya sedang menunggu kepulangannya.

"Err, Syah. Awak buat apa kat sini, "

"Kau ikut aku, " Syah menarik lengan Aisyah yang berlapik ke keretanya.

"Kejap, ada apa ni, " Aisyah bertanya kebingungan dengan sikap mereka.

"Kakak, ikut Syah, " Marziah mengarah Aisyah. Aisyah masih kebingungan. Tiada siapa yang mahu menjawab pertanyaannya. Walaubagaimanapun, Aisyah mengikut Syah.

Adam pula tidak mengerti sesuatupun yang berlaku. Kemudian bertanya kepada Marziah. Marziah menceritakan apa yang dijumpa oleh Syah di dalam bilik Aisyah.

"CUBA cakap awak nak bawa saya ke mana? Ada apa ni? " Aisyah masih tidak berhenti menanyakan soalan itu ketika di dalam perjalanan. Syah hanya diam membisu. Tiba-tiba mereka berhenti di sebuah rumah. Aisyah berasa hairan mengapa Syah membawanya ke rumah ini.

Rumah 'dia'.

Rumah Mia Humaira.

"Turun, " Syah menyuruh Aisyah turun bersamanya berjumpa dengan Mia. Aisyah menuruti arahan Syah.

Setelah lima minit, Mia keluar dan terkejut melihat Aisyah dan Syah sedang berada di hadapan pagar rumahnya.

"Wow, Syah? Aisyah? What are you doing here? " Mia mengejek Syah kerana selama ini dia yang enggan bertemu dengannya.

"Eh, sorry. Muka cover sikit, tak payah nak kembang. Aku datang sini bukan nak melekat dengan kau. Aku datang sini cuma nak ingatkan don't bother my fiancee. Kau faham? "

"Ha?" Aisyah dah Mia sama-sama mengerutkan dahi mereka kerana tidak mengerti.

"Wait, Syah. Awak cakap apa ni? " tanya Aisyah.

"Ni, I've found this thing in your room, " Syah berkata sambil menunjukkan kedua surat itu kepada Aisyah dan Mia. Aisyah terkejut dan berbisik di dalam hatinya 'ha? OMG!! But.. Mia? '

"Kenapa? Pelik? " tanya Syah kepada Aisyah.

"Kau tak perasaan ke? MH? Mia Humaira? " kata Syah lagi.

Aisyah terkejut mendengar kata-kata Syah. Dia seolah-olah didatangi kilat sekilas di dalam fikirannya.

"Ehh, so ceritanya, nak tuduh I la? " kata Mia tiba-tiba.

"No, tak tuduh, aku just cakap fakta! " kata Syah berang.

"Jangan fikir aku bodoh la, Mia!! " Syah tidak mampu menahan emosinya lagi.

"Okay fine!!! Yes! It's me! Satisfied? " akhirnya Mia mengaku perbuatannya itu.

"Mia?? Jadi ni kerja kau? Apa yang kau nak dari aku? You've tried to seize my property. Kau.. kau cuba la ubah attitude kau. Apa dosa aku dengan kau, Mia? " Aisyah melepaskan rasa itu. Dia sungguh tidak menyangka bahawa Mia berani lakukan itu padanya.

"Hey, kau tanya apa dosa kau dengan aku? Kau dah rampas Syah dari aku!! " jerit Mia.

"Ha? Aku? Rampas dia dari kau? First, bukan aku yang beria nak dengan dia, ini amanah from our family. And second kau yang tinggalkan dia demi harta. It is my false? Adakah salah aku kalau kau yang pergi?" jelas Aisyah lagi.

Syah terdiam seketika setelah mengetahui Aisyah mahu menikah dengannya kerana memang menjadi permintaan daripada ibu bapanya. 'Relax Syah. Ingat, kau bukan siapa-siapa dia. So, jangan berharap lebih, ' kata Syah dalam hati.

"Ishh kau ni. Sekarang lelaki tu dah miskin balik. So,aku nak Syah!" Mia kemudiannya mencuba menolak Aisyah tetapi tiba-tiba Syah memegang lengannya yang berlapik.

"Jangan kau sentuh dia, " kata Syah kepada Mia perlahan-lahan lalu Syah dan Aisyah pergi dari situ dan kembali ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience