Bab 41

Romance Completed 5939

"Awak okay ke? " tanya Aisyah yang melihat air muka Syah bertukar menjadi seseorang yang sangat lemah.

Syah hanya memandang ke arah Aisyah yang menyapanya tanpa mengeluarkan kata-kata.

Aisyah memegang tangan Syah. Dia memberanikan dirinya untuk terbiasa dengan hal itu.

"Awak jangan risau. I'll be there for you, " kata Aisyah.

"Thanks, " Syah juga turut melemparkan senyuman manis dan memegang tangan Aisyah semula.

Tiba-tiba bunyi yang kuat kedengaran oleh semua orang di rumah Syah. Mereka berlari ke arah punca bunyi itu. Ternyata ia di dalam bilik Syahmi.

"Along, ada apa ni? " tanya Ahmad gelisah.

Mereka semua melihat cermin pecah dah serpihan kaca bertaburan di atas lantai.

"Eh, Syahmi. Tangan kamu kenapa? " tanya Adam setelah melihat tangan Syahmi merah menyala.

Ahmad mengerling sekilas ke Syahmi. Dia tahu ini bukan kecelakaan tetapi sengaja dia lakukan untuk melepaskan kemarahan. Tetapi Ahmad tidak tahu apa yang terjadi.

Syah pasti hal ini ada kaitan dengannya dan Aisyah.

SETELAH satu jam, Marziah, Adam dan Aisyah meminta izin untuk pulang ke rumah. Sewaktu hendak pulang, Aisyah berbisik kepada Syah. 'Keep strong. Kalau ada apa-apa kongsi lah dengan saya, '

Syah tersenyum dengan tingkah isterinya itu. Dia juga turut bersyukur kerana tuhan mengurniakan seorang isteri yang baik hati dah prihatin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience