Tinggal lagi seminggu aku nak bertunang dengan Emir, Aku rasa majlis perkahwinan abang ngah dan Kak Amira baru sahaja macam semalam berlalu. Tetiba dah nak sampai majlis aku! Macam pelik bin ajaib tetapi itulah hakikatnya. Lagi seminggu dah nak jadi isteri orang, bersediakah aku? Lepas tu, lepas sembilan bulan dah nak jadi mak orang, erkkk?
Emir sudah pun launch clothing linenya dengan jenama EHZ. Banyak keluaran fesyen baharu dan mostly trend Muslimah dikeluarkan di kilangnya. Aku sangat berbangga dengan Emir. Apa yang diimpikan kini sudah menjadi kenyataan. Pasaran di Vietnam juga amat menggalakkan. Emir menjadikan butik hotel di Vietnam sebagai butik cawangannya di sana.
Sejak aku kena marah dengan Emir, aku agak takut hendak memainkan perasaannya lagi. Ternyata hari itu dia sangat marah! Aku marah dia juga, bergayut dengan telefon sewaktu bersama aku. So, we were even! Tidak boleh nak marah-marah. Aku tidak tahu ke mana hilangnya perasaan dahulu?
Masing-masing bertemu asyik nak bercakaran. Aku terfikir akan cerita yang Irfan cerita dekat cinta aku dulu. Cerita Hikayat Seribu Satu Malam. Bagaimana gigihnya Si Sheherazad membuat suaminya jatuh cinta kepadanya. Itu yang perlu aku lakukan sekarang! Mencari kembali cintaku... menggilap kembali cinta yang semakin pudar!
Projek yang aku buat dengan Irfan pun sudah siap. Irfan dan Datuk Zakuan sangat berpuas hati. Emir juga memuji lakaran aku. Aku nak menyerahkan final design itu kepada Irfan. Final design yang telah dipersetujui oleh arkitek dan juru perunding. Ada minor changes atas pelan sebab nak kena ubah sedikit struktur bangunan. Itu sebab perlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan dan khidmat juru perunding.
Sebelum aku menunggu Irfan selesai mesyuarat aku sempat berbual dengan Kak Amira. Sekarang sudah jarang berjumpa, yalah sudah tinggal rumah asing-sing.
"Best kahwin?" Aku bertanya sambil tersenyum.
"Dengan siapa?"
Erk... minah ni boleh tanya dengan siapa pulak!
"Dengan abang ngahlah!"
"Apa punya soalan da.... Kenapa, Mel takut?"
"Takut kemesraan tu hilang."
"Aik?" Kak Sophia kepelikan.
Tetapi itulah kenyataan. Aku takut! Kalau benar Emir tidak sayang aku lagi, macam mana?
"Sekarang pun dah rasa nak give up!" ujar aku sedikit lemah. Aku tidak bersemangat nak berkahwin kalau macam ini gayanya. Bilalah nak berakhir! Tidak larat aku hendak menanggungnya lagi. Rasa terseksa jiwa raga. Hati kecil aku ini sangat jahat, selalu sangat menampakkan kelebihan Irfan sejak akhir-akhir ini dan menutup semua kebaikan Emir. Aku jadi takut, takut aku kelabu mata!
"Sa, bos panggil..." panggil Kak Moon.
Aku mengetuk pintu bilik Irfan. Aku sempat membaca namanya yang panjang berjela itu, selalu aku buat begitu sebelum aku masuk ke biliknya. Aku masuk setelah aku mendengar suaranya menyuruh aku masuk. Aku masuk dengan membawa beg portfolio aku. Aku membuka zip dan mengeluarkan lakaran akhir aku untuk hotel di Sabah itu.
"Good."
Aku tersenyum.
"Sorry banyak amendment pula saat-saat akhir."
"Tak apa. Dah namanya kerja." Aku tersengih.
"Sa, abang nak mintak maaf. Abang salah informasi pasal Dania. Maafkan abang, ya? Abang tak bermaksud untuk memisahkan korang ke apa ke.... Cuma abang nak Sa beware. Abang tak mahu Sa terluka."
Aku hanya tersenyum. "Benda dah settle. Abang pun kata mungkin... abang pun tak tahu, kan? Tak apa... kita orang okey."
Aku mulanya ingatkan Irfan nak memecahbelahkan kita orang lagi, rupa-rupanya tidak. Dia cuma nak mengingatkan aku.
"Sa, ada benda abang nak tanya sikit."
Aku memandang Irfan. "Apa dia?"
"Waktu abang call Sa suruh amend pelan tu, bang rasa tak ada cakap pasal lunch pun, kan? " tanya Irfan.
Aku menggelengkan kepalaku.
"Abang rasa abang tak call dua kali pun, kan?" tanya Irfan lagi.
Aku pun menggelengkan kepalaku. "Abang rasa tak ada cakap pasal oleh-oleh dari Sabah, kan?"
Aku juga menggelengkan kepalaku. Aik... mana Irfan tahu semua ini?
"Apa yang Sa cakap dengan Emir? Emir marah-marah abang lepas balik dari jumpa Sa. Dia terus ke rumah abang. Apa Sa cakap? Cuba Sa cakap dengan abang..." tanya Irfan lembut.
Aku sudah serba salah. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Tidak sangka pula Emir pergi menyerang Irfan selepas itu. Sayang juga Emir pada aku! Kembang kuncup hati ini rasanya. Pandailah pula Emir nak marah. Suka pula hati aku ini. Oiii Mel, sedar tak kau sudah mencetuskan kemarahan adik-beradik tu? Haah ek... alamak!
Akhirnya nak tak nak aku pun membuka cerita kepada Irfan. Kenapa dan mengapa aku bertindak sedemikian dan menggunakan dia selama ini sebagai batu loncatan menaikkan kemarahan Emir. Bukan aku sengaja, cuma itu sahaja yang boleh membuat aku tahu masih adakah kasih dan sayang Emir pada aku! Plus, aku geram sebab Dania duk telefon dia berkali-kali. Sakitlah hati!
"Sa mintak maaf sebab gunakan abang..." kataku.
"Betapa kuatnya cinta Sa pada Emir sampai sanggup buat begitu pada abang. Abang ingatkan bila dapat bekerjasama dengan Sa lagi sekali seperti ini, boleh merapatkan hubungan kita kembali. Abang ingat Sa boleh terima abang sebagai abang, bukannya menaikkan lagi kemarahan Emir pada abang. Sa tahukan abang cintakan Sa setulus hati? Sehingga kini abang tak dapat nak menghilang rasa cinta itu pada Sa. Abang kawal diri abang supaya jangan cuba mengambil Sa dari Emir. Sa buat macam ni, abang kecewalah..." ujar Irfan.
Aku terdiam. Aku serba salah. Aku juga terharu. Masih ada perasaan cinta itu kepada aku. No wonder dia cakap Dania itu mungkin bekas kekasih Emir! Irfan sengaja mengumpan aku supaya aku beralih kasih kepadanya. Dia ingatkan itu akan membuatkan aku marah dan ternyata Irfan tidak mengenali aku dengan baik.
"Sa mintak maaf. Sa tak bermaksud nak buat begitu pada abang. Sa nak uji Emir tu macam mana, sebab sekarang dia sibuk dan tak beri perhatian pada Sa. Sa actually takut akan kehilangan dia."
Irfan memandangku tajam. "Sa tahu tak betapa susahnya untuk melupakan Sa? Sampai sekarang abang masih tak boleh. Tapi abang tahan, sebab abang dah janji dengan Emir tak mahu ganggu Sa. Kerana dia adik abang. abang sanggup mengalah."
"Abang layak untuk berjumpa wanita yang lebih
baik daripada Sa," pujukku.
Aku tidak layak untuk dia! Aku milik Emir dan selamanya akan menjadi milik Emir.
"Mungkin boleh jumpa orang yang lebih baik, Sa.... tapi pencinta hebat seperti Sa mungkin payah! Untung Emir dapat Sa. Sanggup melakukan apa saja demi cinta dia yang sejati. Abang kagum dengan Sa. Mempertahankan cinta seutuh Tembok Besar China. Memang abang tak daya untuk menembusi tembok itu. Bukan tak daya,tapi abang tak mampu! Cinta Sa untuk Emir sangat kuat. Jangan pernah Saa rasa seperti kehilangan. Abang kenal Emir. Sekali dia cinta, dia akan cinta selamanya. I am truly happy for you. Doakan abang mendapat cinta sejati untuk abang juga..." ujar Irfan panjang lebar.
"Kalau Sa berubah hati but I am sure you will not change your decision... I'll be here for you!" ujar Irfan lagi. dia tersenyum.
Akhirnya aku ditenggelamkan perasaan aku sendiri.
Apa yang nyata, kata-kata Irfan itu terkesan sangat di hatiku.
Share this novel