Lagi seminggu aku nak masuk ke tempat kerja baru. Aku dah tak sabar nak bekerja di tempat baru. Aku dah suruh abang ngah beritahu Kak Amira yang aku akan bekerja satu pejabat dengan dia. Kak Amira pun excited! Bos, Encik Shadan sudah dapat menerima kenyataan yang aku akan pergi dari kedai itu. Berkali-kali aku berjanji padanya yang aku akan datang apabila dia perlukan aku. Aku dah cakap pada dia, kalau aku anggap kedai ini macam kedai bapak aku, so dia jangan marah! Tetapi memang selama ini pun aku anggap macam kedai bapak aku saja.
Kelmarin, Kak Atin sudah mencuba baju yang telah Emir siapkan. Kak Atin memang nampak cantik sekali. Aku pula yang teruja. Tiba-tiba rasa nak kahwin pula! Kerja tangan Emir memang cantik, aku sangat kagum dengan bakat yang dia ada. Semakin lama aku dengan Emir semakin rapat! Walaupun Emir masih berkias-kias dengan aku, aku masih anggap itu satu gurauan. Aku tidak mahu serius! It's not the time yet!
"Nanti Emir buat baju kahwin untuk saya jugak ya!" kata aku kelmarin.
"Mestilah, lebih cantik daripada ini," sahut Emir. "Setuju. Tapi kalau awak kahwin dengan sayalah Karissa.... Kalau tak kahwin dengan saya, saya suruh satu Malaysia punya tukang jahit baju pengantin, mogok!"
Aku ketawa. "Perasan...! Siapa nak kat awak pun tak tahu."
Emir merajuk selepas itu. Nasiblah... aku buat tidak tahu sahaja sampai sekarang.
Aku menyusun bunga-bunga lily di dalam pasu. Wangian bunga ini menusuk hidungku. Kalau lagi kembang bunga, lagilah wangi. Boleh jadi pening!
"Hari ni tak nampak cik abang sayang pun? Selalu pagi-pagi dah melekat kat sini, macam satu blok bangunan ni dia punya," ujar Kak Zara.
"Siapa?" tanyaku. Aku tidak faham siapa yang Kak Zara maksudkan.
"Emir Harith! Mana dia? Akak tak nampak pun dari tadi. Ini dah nak petang pun tak nampak nampak?"
Aku tergelak. Siapa yang rindu siapa ni? Orang tidak tunggu Emir pun... dia pula yang sibuk! Entah... selalu dia sudah muncul pagi-pagi depan kedai. Hari ini, memang tidak nampak batang hidung. Masih merajukkah? Merajuk betulkah? Huihhh... biar betul!
"Siapa tunggu siapa ni? Akak rindu dengan Emir ya?" usikku. Aku mencium lagi bunga lily itu. Habis wangiannya kalau aku terus mencium lagi.
"Hesy... akak pulak! Kak Zara takut Mel yang rindu, sampaikan gubah bunga pasu merah tu pun tak siap- siap dari tadi tau!"
"Itu bukan pasal rindu, pasal Mel tak suka pasu tu! Pelanggan mana pilih pasu tu?" Entah, hari ini tidak ada mood hendak gubah. Pasal Emirkah? Taklah...!
"Salah ke pasu pulak!" gelak Kak Zara. Aku buat tidak dengar sahaja.
"Ahad ni jangan lupa datang rumah Mel tau. kenduri abang Harith." Aku ingatkan Kak Zara. Kak Zara antara orang penting yang aku jemput selain bos, Kak Irah dan Abang Meon termasuk Emir dan keluarganya. Itu sahaja kawan yang aku ada pun! Ah Bok pun aku jemput juga.
Bunyi loceng pintu, aku berlari anak mendapatkannya. Hari ini aku sengaja hendak jaga kaunter, bosan. Biar Kak Zara duduk menggubah bunga. Bos, Kak Irah dengan Abang Meon pun tidak ada, ada kerja di luar. Kami berdualah jaga kedai. "Yes?"
Macam aku kenal mamat ni! Ni bukan Encik Irfan. manager hotel tu ke? Dia buat apa kat sini?
"Sini tempatnya...."
"Encik Irfan nak beli bunga ke nak jumpa Encik Shadan? Kalau bunga, nak bagi pada siapa? Kalau nak jumpa Encik Shadan, dia tak ada, dia keluar. Assistant dia. Kak Zara adalah." Aku menerangkan dengan panjang lebar. Lengkap.Errr... rasanya tiada apa pun yang tercicir.
"Saya nak jumpa awak," kata Irfan, relaks sahaja bunyinya. Tetapi macam tegas. Menyusup pula rasa takut di hati!
Aku terkejut. "Kenapa?"
"Saja, nak tengok bakal pekerja saya." Irfan senyum tipis.
Aku mengerut dahi. Apa kena dengan mamal ni Sakitkah? Dia memandang aku semacam, macam pandangan Si Edward dalam Twilight. Tudung aku sengetkah? Aku membetulkan tudungku.
"Emir mana?" Sengaja aku memecahkan suasana sunyi yang buat aku rasa tidak selesa.
"Ada, kat sebelah," jawab Irfan, bersahaja.
"Oh...!"
Emir ada kat sebelah? Kenapa dia tak datang sini? Sibuk agaknya atau masih merajuk dengan aku? Heh... Emir, merajuk? Memang sinonim.
"Kalau awak suka sangat kerja sini, kenapa nak kerja dekat hotel?"
"Saya rasa waktu temu duga saya dah berlalu!"ujarku selamba. Dia bukan bos aku lagi ma!
Irfan tersengih.
Aku pelik. Aku ada buat lawak ke? Mamat ini menyeramkanlah! Cepatlah balik... mahu sahaja aku menghalaunya.
"Awak nampak macam tak selesa dengan saya. Awak kena biasakan diri dengan saya ni, saya ni bakal bos awak."
Aku semakin pelik. Aku tidak faham kenapa mamat ini datang lepas itu cakap dekat aku yang bukan-bukan! Tak. masuk dek akal! Ada juga kena karate percuma ni....
"Encik Irfan, kalau tak ada apa-apa... saya nak selesaikan kerja saya."
"Jangan lupa 1 Mac ini."
"Okey! Bye."
Irfan senyum dan berlalu.
Aku menepuk dahi!
"Siapa mamat tu? Tegang semacam aje?" tanya Kak Zara
"Itulah bos Mel dekat hotel tu nanti," ceritaku kepada Kak Zara.
"Apa hal datang sini pulak?" tanya Kak Zara.
"Entah Mel tak fahamlah! Pelik gila mamat tu tak boleh tahan! Jiwa kacau!" Lepas ni aku gelarkan dia, s mamat jiwa kacaul
"Jangan mulakan dengan perasaan benci, Mel, nanti jadi sayang Macam dulu, tak suka Emir, sekarang tercari-cari Emir." ujar Kak Zara.
Aku ketawa.
"Adam kawanlah kak!" balasku balik.
"Mula-mula kawanlah, lepas tu sawan!" Aku ketawa besar. Apalah Kak Zara ni! Kalau ada sekelumit perasaan aku pada Emir pun, akan aku buang jauh-jauh supaya persahabatan aku dan Emir tidak terganggu. Kawan lagi seronoklah buat masa sekarang mi Abah cakap, hendak bercinta boleh tetapi bercinta biar ada tujuan seterusnya, bukan main-main. Sekarang ini masa kawan-kawan dulu, orang kata... belum sampai seru!
"Kenapa ketawa ketawa? Ada apa yang kelakar?"Aku tidak sedar dari mana Emir datang, tiba-tiba menyampuk. Selalu macam tu? Macam biskut, sekejap ada sekejap lagi tak ada
"Kau ni buat terkejut semangat akaklah, Emir"Kak Zara mengurut-urut dadanya. Emir tersenyum
Lama aku tidak nampak senyuman Emie yang meruntun jantungku. Lama tak nampak konon! Walhal baru setengah hari. Rindukah? Isy...!
"Kerja banyak ke?" tanyaku. "Atau merajuk?"
"Hmmm... ada jugaklah. Last tadi fitting baju abang. Merajuk kenapa pulak? Kalau merajuk pun, bukannya awak nak pujuk! Buat endah tak endah je perasaan saya ni. Maklumlah, siapalah saya ni pada awak," jawab Emir. Emir leka membelek bunga di dalam pasu merah yang aku tidak siap-siapkan lagi.
"Eee... mengadanya statement!" Aku memukul lengan dia.
"Sakitlah Karissa!" Emir mengusap lengannya.
"Oh... patutlah mamat tu tersembul kat sini tadi,"
ujarku.
"Dia datang sini? Irfan? Buat apa?" tanya Emir.
"Katanya nak tengok bakal pekerja dia," jawab Kak Zara sambil bangun ke stor belakang.
Muka Emir berubah.
"Nak jumpa awak, Sa? Kenapa?" tanya Emir. Dia memandangku serius.
"Tak tahu. Dia kata macam tu saja." Aku menjongket bahu.
"Tak apalah. Saya pergi tanya dia kenapa."
Emir mahu berlalu, serta-merta aku menarik tangannya. Tindakan refleks. Aku tidak pernah pegang tangan lelaki! Pertama kali. Emir memandangku. Aku terkejut. serentak aku lepaskan. "Sorry!"
Nasib baik Kak Zara sudah pergi ke belakang, ambil bunga. Kalau dia nampak... sure kecoh satu kedai!
Adam duduk di sebelahku. Tangannya didepakan di belakangku. Aku berganjak ke hadapan sedikit. Mamat ni kang... ada yang lebam biji mata ni!
"Awak dah sentuh saya, jadi awak kena kahwin dengan saya," ujar Emir dengan nada mengugut. "Eh, eh... saya ter... tersentuhlah!" Tersentuh sahaja kena kahwin ke? Fahaman mana Emir pakai ni?
"Batal tau air sembahyang saya. Orang dahlah nak pergi solat asar tadi...." marah Emir, merengek. Mengada!
"Salah saya pulak! Kalau nak pergi sembahyang asar, kenapa datang melepak dekat sini?" tanyaku.
"Saya nak naik atas, tiba-tiba kaki terlajak dekat sini. Rindu pulak rasa hati. Tak jumpa awak sehari, bagaikan gusi tak bertemu dengan gigi!" Emir berpantun pula.
Aku tergelak. Pantun tiga kerat Emir betul-betul melucukan.
Emir tersenyum. "Orang cakap betul-betul, dia gelak pulak. Tak faham betullah, kenapa Irfan datang sini?"
"Sudahlah, dia datang nak tengok kedai kut. Tak pernah tengok kedai bunga agaknya, itu yang dia muncul tu..." jawabku. Sengaja menyedapkan hatinya walhal aku pun keliru, kenapa lelaki itu hendak datang melawat dan menjenguk aku? Sengaja cari pasallah tu...!
"Saya rasa dia dah jatuh hati dengan awaklah," ujar Emir. Dia memandangku dan menghela nafasnya.
"Merepek! Jangan merepek boleh tak, Encik Emir? Awak cakaplah empat puluh empat kali... jadi sungguh, putih mata awak nanti!" Huh... mintak simpang malaikat empat puluh empat! Aku yang tidak rela.
Emir terdiam lama.
"Awak tu tak kenal abang saya, Cik Melisa Karissa. Kalau dia nak, dia nak jugak. Awak... benarkanlah saya panggil awak Mel."
"Apa kena-mengena dengan abang awak dan panggilan nama saya?"
"So, dia tahulah awak kepunyaan saya." Aku mengerut dahiku. Apa Emir ni, merepek!
"Lagi merepek!"
"Dah berminggu saya mintak dekat awak, sayakan dah dalam senarai orang tertentu awak, bolehlah...!" rayu Emir sambil mencebik.
Aku tersengih. Dia memang sudah masuk senarai. Cuma kalau aku bagi dia peluang ni, aku takut dia salah guna. Sat lagi bukan Mel dia panggil aku, dia panggil 'sayang nanti, aku yang kelupoq! Jangan Emir... jangan rosakkan hati Melisa Karissa yang suci murni ni.... Emir ni bukan boleh dipercayai sangat. Dalam poket saja, perangai dia tu. Bukan unpredicted. Memang boleh predict punyalah!
"Okey... okeylah!" Aku mengalah akhirnya! Haihhh... Encik Emir Harith ni, memang muka kasihan!
Emir menjerit suka. Dia meloncat-loncat!
"Kenapa dengan kau ni Emir?" tanya Kak Zara
"Saya dah naik pangkat dah kak!" ujar Emir teruja.
"Kau dah couple dengan Mel ke?" tanya Kak Zara.
"Hesy... ni lagi satu merepek!" Aku mencebik.
"Nak dekatlah kak.... Akak tu doakan saya lebih sikit! Susah nak cairkan hati batu kepala kayu ni kak oiii...!" ujar Emir sambil ketawa.
Kak Zara lagilah, ketawa terbahak-bahak sampai terkeluar anak tekak. Hampeh...! Sempat mengata aku lagi .Ada jugak kena tusuk duri bunga ros ni.
Aku geram melihat Kak Zara pun dua kali lima dengan Emir, sama naik pula dua orang ini. Aku menyampah.
"Emir, jom. Function di hotel tu dah nak start."
Ketawa mereka berdua terhenti apabila terdengar suara Irfan menegur. Aku memandang Irfan, mamat jiwa kacau yang berdiri macam tiang bendera di sebelah kaunter
"Oh, okey. Tak apalah, sembahyang dekat hotel." Emir bingkas bangun.
"Emir, jangan lupa Ahad ni," ujarku.
Aku takut Emir lupa! Adamkan sudah janji hendak menjadi pengapit yop
"Kita ada date, ke?" tanya Emir kembali.
Dia buat dah! Nasib baik tidak terlepas pasu merah daripada tanganku.
"Yop kahwinlah...!" Aku menepuk dahi.
Emir tersenyum.
"I won't forget, sayang. I will be there..." ujar Emir
Irfan senyum kelat.
Bodoh betullah dia ni! Aku dah agak dah, mesti salah guna! Aku hendak cubit mulutnya itu, tetapi aku tahan Setelah Emir dah Irfan berlalu dari situ, Kak Zarabmencuit-cuit bahuku. "Kenapa kak?"
"Mel, akak takut Mel terperangkap dengan cinta tiga segi antara adik-beradiklah. Mel!"
"Meaning?"
"Akak tahu Emir pun suka dekat Mel, tapi akak rasa Irfan pun suka dekat Mel jugak. Kau kena pilih Mel, jangan dua-dua kau terjatuh cinta pulak!"
"Akak ni, banyak sangat pengaruh TVlah!"
"Hebatlah kau ni, Mel. Sekali datang, dua terus!"ujar Kak Zara tergelak-gelak. Aku menggelengkan kepalaku, tidak sanggup hendak menerima kata-kata Kak Zara yang merapu itu.
Masakan Irfan sukakan aku, diakan sudah bertunang.
Emir... yang itu memang tidak makan saman!
Tak kisahlah tu, yang penting aku tahu hati aku untuk siapa. Bila aku jatuh cinta nanti... aku sendiri yang tahu.
Share this novel