Bab 29

Drama Completed 10175

"ABAH!"

Aku terjaga daripada tidur, aku menjerit memanggil abah. Kenapa dengan abah, ya? Aku jadi tidak sedap hati. Aku mencari-cari telefon bimbitku. Aduh! Irfan sudah ambil, tidak pulangkan. Macam mana ni? Aku mengurut dadaku. Rasa hilang pula semangat!

"Mel ! Mel!"

Ada jeritan memanggil nama aku di luar. Emir? Segera aku menyarungkan tuala di kepala. Aku sudah tidak nampak tudung aku. Barang-barang lukisan aku bersepah di atas katil, gara-gara aku tertidurlah tu!

"Emir!" Aku sedikit terjerit melihat Emir di hadapan pintu bilikku. Wajahnya cemas sekali.

"Sayang! Kenapa Emir call. Mel matikan phone? Lepas tu Emir suruh call balik, kenapa Mel tak return call?" tanya Emir, bertubi-tubi.

Aku terdiam, Tiba-tiba kena marah! Emir meluru
masuk ke bilikku dan menarik beg baju aku lantas diletakkan di atas katil. Baju-baju yang tergantung dimasukkan terus ke dalam beg.

"Emir? Kenapa ni?"

"Mel, abah sakit sekarang ni. Abah kurang darah, sekarang ni. Cuma Mel saja yang berdarah AB negatif. Hospital tu ada darah tu, tapi sikit. Tak cukup! Alternatif lain, bawak Mel balik. Jadi cepat kemas, sayang... kita balik malam ni jugak!"

Aku terkedu. Abah sakit? Kain tuala yang menutup kepalaku terjatuh. Rambutku yang panjang mengurai ke siku terlihat. Aku sudah tidak mempedulikan auratku, segera aku mengemas barang-barang di atas katil. Sambil aku mengemas, sambil itu juga aku menangis. Aku menyumpah Irfan di dalam hati.

"Mel, ni tudungnya. Ambil baju ni, pergi siap. Emir kemaskan. Cepat sikit, flight kita lagi sejam."

"Okey."

Aku mengambil baju dari tangan Emir. "Mel jangan nangis, semua akan okey."

Aku mengangguk. Emir menyeka air mataku. Aku terus berlalu untuk bersiap. Sedang aku bersiap, aku mendengar Emir sedang bertekak dengan seseorang. Aku tahu itu Irfan! Aku cepat-cepat bersiap ala kadar dan keluar dari bilik air.

"Abang ni memang tak guna, pentingkan diri sendiri!"marah Emir.

Aku tidak pernah melihat Emir marah dan sebengis itu.

Emir memegang lengan bajuku. "Okey sayang?"

Alu mengangguk.

"Sa, abang mintak maaf Abang tak sangka!"

"Meh telefon saya."Aku minta telefon aku kembali.

Irfan menghulurkan telefon bimbit itu kepadaku. Aku ambil cepat-cepat Wajah Irfan benar-benar terlihat kekesalannya, tetapi bagi aku kalau terjadi apa apa pada abah, memang siaplah mangkuk nil

"Jom Mel!"

Aku terus mengikuti Emir. Tangan Emir memegang lenganku lantas menarik aku laju, sementara sebelah tangannya menjinjing beg bajuku. Irfan, kami tinggalkan dia terkulat kulat.

Ya Allah minta mintalah abah bertahan sementara aku sampai! Kalau boleh dapatkan dulu darah orang lain untuk selamatkan abah! Tidak henti-henti aku berdoa kepada Allah untuk keselamatan dan kesembuhan abah.

Di bawah, teksi hotel sudah pun menunggu. Aku
sempat berjumpa dengan Stella untuk mengucapkan selamat tinggal.

Emir tidak banyak bercakap sepanjang perjalanan kelapangan terbang. Dia hanya menenangkan aku yang menangis tidak henti-henti. Walaupun tidak teresak-esak, air mata ini asyik sahaja mengalir. Aku mahu bertanya apa yang terjadi, ah ...nanti di atas flightlah. Mungkin di situ nanti aku mulai tenang.

Sampai di lapangan terbang. Emir dan aku bergegas ke kaunter check in dan berlari ke balai berlepas. Aduh, sakit jantung! Berdebar dada sebab abah pun tidak hilang lagi, berdebar berlari-lari ini pun boleh buat darah naik. Ini semua Irfan punya pasal! Salah aku juga, nombor
telefon semua tidak ingat. Apalah yang aku ingat. Aku pun pentingkan diri sendiri juga. Hancur!

Sampai di tempat duduk, aku masuk ke bahagian dalam. Emir duduk di sebelah aku.

"So, apa cerita sebenarnya? Kenapa Emir tak dapat call Mel? Semua orang cuba telefon Mel, semua tak dapat .Kenapa macam tu, sayang? Emir kan dah pesan pada Mel. "

"Dia ambil telefon Mel masa Emir call. Dia paksa Mel keluar lunch dengan dia. Sebelum tu Mel tampar dia sebab dia tak faham-faham. Dia geram, dia ugut Yang... dia paksa Mel janji dengan dia supaya bagi dia peluang, kalau tak dia nak rogol Mel !" cerita aku pendek-pendek.

Nantilah aku cerita pada dia yang panjang-panjang. Aku tidak boleh hendak cerita sekarang. Nafas rasa tersekat, air mata tidak berhenti mengalir.

Emir mengucap panjang. Hingga ke situ perginya Irfan. Emir menggelengkan kepala. "Jadi Mel janji apa?"

"Janji kata bagi peluanglah. Kalau tak... habislah Mel !"

"Mana pergi karate Mel?"

"Sakit tau... dia cengkam tangan ni!" Aku menunjukkan pergelangan tanganku yang masih berbekas.

Emir menggosok tanganku yang beralas, prihatin. "Cerita pasal abah... kenapa dengan abah?" tanyaku.

"Abah jatuh kat bilik air, kepala dia terhantuk dekat sink. Darah dia merambu-rambu banyaknya. Ibu jumpa abah lambat, dekat setengah jam baru perasan abah tak ada. Abang ngah tak balik course lagi, nasib ibu ada nombor telefon Emir. Ibu call Emir, Emir suruh ibu call ambulans. Kebetulan Emir baru sampai dari KL.Lepas tu berkejar ke rumah Mel. Emir sampai ngam-ngam ambulans sampai.Bawak abah pergi hospital, kena masuk darah. Tapi darah Emir dengan yang lain tak sama dengan abah. Cuma Mel orang yang sama. So, Emir 'pecut' ke sinilah. Nasib baik kapal terbang semua ada dan on time. Harap abah bertahanlah dengan darah yang ada di hospital tu."

Aku terdiam, aku memandang Emir. Sungguh baik Emir terhadap aku....

"Terima kasih banyak-banyak."

"Lain kali sayang, nombor telefon Emir tu ingatlah."

"Mel cuba ingat, tapi lupalah."

"Entah-entah dengan Irfan, Emir pun Mel lupa!"

Aku memukul lengan Emir.

Emir ketawa.

"Emir nak sangat ke hah?"

Emir menggelengkan kepalanya.

"Tahu takut!"

"Takutlah, bakal isteri Emir cantik sangat. Nasib baik Emir kuat iman. Kalau tak Emir ramas-ramas rambut Mel geram. Jangan potong rambut tau!"

"Ke situ pulak Emir ni. Mintak-mintaklah abah tak ada apa-apa.

"Ya, harapnya begitulah...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience