Aku pergi kerja juga seperti yang dijanjikan pada Irfan. Ibu sarankan agar jangan berhenti kerja. Aku pun sebenarnya kalau ikut hati tidak mahu juga berhenti, aku baru kerja berapa bulan sahaja. Lagipun gajinya agak lumayan, tetapi aku masih menyimpan surat berhenti kerja itu dalam 'thumbdrive'. Bila Irfan buat hal sahaja, aku print surat itu dan aku serahkan kepada Datuk Zakuan.
Kak Moon dan Kak Amira seronok melihat aku datang kerja. Aku pun seronok juga dapat kembali bekerja semula. Irfan tidak masuk pejabat lagi kerana ada mesyuarat di luar, aku lagilah seronok. Di atas mejaku, gambar-gambar majlis makan malam telah pun siap dicuci. Cepat betul! Aku mengambil dan melihatnya satu per satu. Lagipun aku bukannya ada kerja. Gambar aku dan Kak Amira pun ada. Aku tersengih, cantik betul bajuku di dalam gambar ini. Aku memesan gambar ini kepada pihak event management, aku nak sekeping. Boleh masuk dalam koleksi gambar-gambar aku, terutama di IG. Aku seronok!
Keseronokan aku tidak lama apabila aku terpandang Irfan melangkah masuk ke pejabat ketika sudah menghampiri waktu makan tengah hari. Dia nampak aku lantas tersenyum. Kenapalah tempat aku berdepan dengan biliknya? Terlalu lambatkah hendak tukar workstation? Tiba-tiba ada e-mel masuk. Aku membukanya, daripada Irfan!
Terima kasih kerana tidak berhenti.
Irfan-
Aku tidak berkehendak untuk membalasnya. Lantak komelah! Aduh... aku tidak tahu hendak buat kerja apa lagi. Dalam hotel ini semua sudah aku ubah, apa lagi aku nak ubah? Bosan betul bila tidak ada kerja, patut aku buat secara freelance sahaja! Freelance pun nak buat macam mana kalau masih baru dan tak terkenal lagi! Mau tak ada job pulak... aku bermonolog sendirian.
Hati sebenarnya tidak selesa dengan keadaan begini sebab aku asyik teringat-ingat jeritan Irfan kepadaku. Macam mana dia boleh bermuka tebal, selamba badak dengan aku. sedangkan aku dah reject dia awal-awal? Kalau aku, aku mesti tidak tahu nak letak muka aku dekat mana.... Dia boleh senyum-senyum lagi macam tidak ada apa-apa. Muka dia tebal berapa inci agaknya? Aku gila tak faham!
Lagi seminggu Emir nak balik. Aku mengeluh Aku meletakkan daguku di atas meja, cepatlah masa berlalu....
"Mel, bos panggil!"
Aku tersentak.
"Apa hal pulak...?" Aku bertanya kepada Kak Amira, Kak Amira menjongket bahunya.
Apa hal pula Kak Amira panggil aku, bukannya Kak Moon? "Mana Kak Moon?"
"Cepatlah... bos panggil! Akak baru keluar dari biliknya, hantar dokumen. Dia suruh akak panggil Mel."
"Ohhh... okeylah." Aku bingkas bangun ke biliknya.Aku mengetuk pintu. Nama yang tertera di hadapan pintu itu membuat aku naik menyampah! Amirul Irfan Zakuan
Aku teringat aku pernah tanya Emir kenapa namanya berlainan dengan Irfan dan kenapa Irfan dipanggil Irfan bukan Amirul? Emir jawab nama tengah mereka adalah mengikut nama pangkal ibu mereka, macam nama tengah Irfan bermula dengan huruf 'I' sebab nama arwah mamanya Irdina. Kalau Adam, nama tengahnya Harith so, sama dengan nama mummynya, Hajar.
Jawapan kenapa Irfan tidak dipanggil Amirul, Emir kata ikut daddy. Daddy suruh panggil Irfan mungkin fasal nama itu dekat dengan arwah mamanya. Arwah mamanya sebelum melahirkan Irfan, berpesan kalau anak lelaki diberi nama Irfan. Pergi mampuslah nama kau macam mana pun! Tetapi kenapalah kau ni wujud dalam muka bumi ini? Lama aku mengelamun.
Lamunanku tersentak apabila aku mendengar suaranya menyuruh aku masuk. Aku terus masuk ke biliknya Dia senyum melihat aku lantas menyuruh aku duduk.
"Tak apalah, saya berdiri." Aku menolaknya. Kalau duduk mungkin perbualan ini akan jadi lama. Tak mahulah!
"Hmmm... okey. Kita lunch together today?" Aku terkejut. Aku ingat deal lunch dengan dia tu
automatik batal.Rupanya dia ini masih lagi bermimpi. Dia lupakah aku nak report sexual harrasment?
"Ajak makan tak membawa salah tingkah laku di
pejabat kan?" sambungnya lagi.
Aku terdiam. Betul juga! Apa aku nak jawab ni?
"Ye, kalau saya bawa Kak Amira ke Kak Moon ke.... Kalau tak bawa salah juga! Encik Irfan nak mengambil kesempatan sebab Encik Irfan bos ke?"
Irfan terdiam sekejap. "Okeylah kalau awak tak mahu. Awak ni macam manalah kalau berterusan bersikap dingin dengan saya macam ni, Sa? Kan saya dah minta maaf dan takkan bercakap apa-apa lagi mengenai itu. Awak ni masih marah pada saya ke?"
"Ini pejabat, Encik Irfan. We are not supposed to talk about it during office hours. Encik Irfan yang cakap dengan saya, jangan main-main waktu kerja! Lupa?" Aku kenakan dia balik. Dia nampak tenang sahaja. itu yang buat aku geram!
"Ya, saya tahu. Terima kasih kerana mengingatkan saya .Anyway, yang berlaku tu kita lupakan. Kalau awak terus-terusan macam ni, macam mana dekat Jakarta nanti?”
Aku mengerut dahi. "Jakarta?"
Jakarta apa bendanya ni? Macam-macam hal pulak!
"Nah! Arahan Datuk Zakuan. We have to go to Jakarta next two weeks." Irfan menyerahkan satu memo kepadaku. Jakarta, dua minggu lagi ke sana dan dua minggu uduk sana dengan Irfan? Mak aiii...! Betul ke tulisan Datuk Zakuan ni? Ke dia ni main 'suara politik'? Aku memandang Irian. Dia ni sengaja ke apa! Emir nak balik aku pulak kena pergi. Mesti ni dia punya rancangan.
"Kenapa kena pergi pula?" Aku bertanya kepadanya.
"Dekor hotel di Jakarta .Jakarta tu hotelnya sudah lama, kena buat dekor baru. So, awak kena pergi ke sana."Jawab Iran.
Aku pelik. Ke Jakarta kena pergi, kenapa Vietnam tidak perlu pergi? Aku kena buat kerja di Ipoh pula! Pelik bin ajaib ni... Betul ke arahan Datuk Zakuan? Aku ragu-ragu.
"Kenapa Jakarta kena pergi, ke Vietnam tak perlu? Saya boleh buat kerja di sini saja, saya tak perlu ke sana Jakarta lagi senang, cita rasanya macam sini juga. Kalau di Vietnam tu susahlah sikit, sebab cita rasanya lain. Tapi saya boleh je buat kerja dari sini. Jadi kalau untuk di Jakarta tu lagi boleh buat kerja dari sini apa!" ujar aku panjang lebar. Betul apa aku punya point!
"Jadi awak nak ingkar arahan GM?" tanya Iran keras.
Glupp..Aku pula yang terdiam,
"Awak tak percaya ini arahan GM? Awak ingat saya suruh GM buat macam ni? Awak bukan tak tahu GM tu macam mana, Sa" ujar Irfan, bersahaja.
Aku diam. GM tu berangin! Betul juga kata dia ni.
Aduhhh... aku pening kepala. Okey, okaylah!
"Whatever... mana-mana kerja pun samalah." Aku mengalah sudahnya. Malas bising-bising. Dua minggu sajakan, bukan sebulan! Kalau sebulan, aku pergilah serang Datuk Zakuan. Mahunya ibu pun ikut sekali nanti.
Iran tersenyum senang hati. Aku pun mengambil wm is dan mahu beredar. Dia memanggil aku semula sebelum aku membuka pintu, "Betul tak mahu lunch dengan saya?"
Angeleng kepala. Tak mahu.!
"Okay,"jawabnya.
Dia nampak macam tidak marah langsung. Series muka tebal berapa ratus inci pun aku tidak tahu!
Usai makan tengah hari, aku menceritakan semue tentang Jakarta itu kepads Kak Amira semasa.balik ke hotel. Kak Sofia ketawakan aku berdekah-dekah, tak berhenti-henti selepas aku beritahu aku kene pergi ke Jakarta dengan Irfan Akibat melut Kak Amira yang ketawa sakan itu, aku hampir dilanggar oleh motosikal berkuasa besar yang berhenti kerana mahu parkir motosikalnya.Nasib baik Kak Amira sempat menarik lengan aku sebelum aku tersembam di bahu jalan. Aku mengusap dadaku kus semangat! Haram jadah, bawak moto tak nampak orang! Aku baru hendak bersuars begitu, aku melihat motosikalnya, langsung aku terdiam. Superbikes Ducati 815 Evo, idamanku! Aduhhh... ni buat aku tak jadi marah ni!
"Sudahlah, lupakanlah! Mel ingat abah bagi ke Mel bawak motor? Nak bonceng skuter abang ngah pum Abah tak bagi jangan nak beranganlah Mel....Tak ada maknanya...."ujar Kak Amira menyentakkan lamunanku. Barulah nak berangan sikit, langsung tidak spupportive!
Aku mencebik. Ini semua gara-gara si yoplah! Masa aku baru darjah lima, yop bawa aku jalan-jalan naik motosikal di belakang rumah. Dulu belakang rumah ramai orang Cina duduk, depa tu bela anjing. Entah macam mana seekor anjing mereka setinggi aku, mengamuk !Dikejarnya kami, Yop bawa laju-laju sampai ke selekoh rumah, terlanggar batu aku tercampak ke tepi. Nasib baik muka aku yang cantik ini tidak kena apa-apa, hanya lutut aku sahaja yang berbekas .Abah
punyalah marah yop gila-gila dan sehingga sekarang aku dan yop dilarang menaiki atau membonceng motosikal kecuali abang ngah. Itu pasal abang ngah suka sangat berlagak dengan kita orang sebab antara adik-beradik, dia seorang sahaja ada lesen motosikal. Hampeh...!
Oh, Ducati 848 Evoku...! Baru lagi motor ni. Orang kata kalau dah selalu jumpa, maknanya apa yang diidamkan itu dah nak tercapai dah ni! Wah... mataku bersinar-sinar Tidak dapat naik, dapat sentuh pun jadilah....
"Karissa! Awak ni okey ke Sa? Tadi macam kena langgar!" jerit Irfan.
Irfan tiba-tiba sahaja muncul di belakangku. Aku tersentak. Dia nampak agaknya aku hampir dilanggar.Concernya dia...!
"Nak dilanggar. Nasib baik! Tapi tak apa kalau kena langgar dengan motor idaman, langgar pun tak rasa sakit." ujar Kak Amira.
"Tak faharn!" Irfan tidak mengerti apa yang dikatakan oleh Kak Amira.
Aku tidak pandang pun Irfan, mataku masih tertumpu kepada motosikal idaman aku sahaja. Mamat yang bawa motosikal ini tadi pun sudah menghilang, mungkin sudah masuk ke dalam hotel agaknya.
"Tu motor idaman dia, Encik Irfan. Kena langgar pun tak apa."
"Oh!" Irfan menggelengkan kepalanya.
Kak Amira mencuit lenganku.
"Eh, dah lambat. Masuk office dulu, Encik Irfan."Aku menarik tangan Kak Amira.
Hesy... semua hendak diberitahunya, senyap-senyap sudahlah Ini banyak sangat informasi. Makin banyak dia makin dekatlah dia dengan aku! Emir pun tidak tahu minat aku pada Ducati 848 Evo tu.
Irfan, kutinggalkan dia bersendirian. Dia hanya senyum.Senyum kenapa, aku tidak tahu. Ikut suka dialah mulut dia.
-----------
Malam itu, aku baru sahaja hendak menelefon Emir, tiba- tiba Emir sudah pun muncul di talianku. Aku tersengih, macam tahu-tahu saja. Orang kata kalau sudah jodoh, tidak ke mana Perasanlah, Melisa Karissa!
"Assalamualaikum Encik Emir!"
"Waalaikumussalam Cik Mel, Sihat, sayang?"
"Alhamdulillah, baik aje. Emir sihat ke?"
"Demam rindu Emir tak kebah-kebah, dekat sebulan dah. Anyway, mungkin akan baik dua hari lagi. Nohhh Emir dah nak balik ni, Mel tak gembira ke?"
Aku tergelak Sakit telinga aku. Emir menjerit- jerit. Ya, memang dua hari lagi Emir akan pulang. Aku tahu, aku juga tidak sabar untuk menunggunya pulang. "Mana Mel nak gembira... Emir balik sini. Mel kena pergi ke Jakarta for two weeks," beritahuku Emir langsung terdiam. 'Ek' pun tidak, 'uk' pun tidak.
"Buat apa dekat sana?" tanya Emir setelah hening
seketika .
"Buat dekor macam dekat Vietnam. Hotel di Jakarta tu still pakai dekor lama once kita takaover dulu. " Aku terangkan pada Emir. Aku berdoa dalam hati, janganlah tanya kenapa di Vietnam aku tidak kena pergi, sebab aku tidak tahu nak jawab apa. Aku sendiri tiada jawapan untuknya.
"Loh, kenapa Mel tak pergi ke Vietnam Kenapa dekor untuk hotel di Vietnam buat di Ipoh tapi Jakarta, kena ke sana pulak?" tanya Emir
Aku dah agak dah, soalan ini mesti dia tanya.
"Entah. Jangan tanya Mel. Mel tak tahu GM suruh pergi..."jawabku.
Aku boleh agak soalan keduanya. Ini part paling kritikal yang aku tidak sanggup hendak dengar!
"Dengan Abang Irfan, kan?" Emir mengeluh kuat.
Lagi kuat bila aku mengaku memang aku pergi dengan Irfan.
"Aduhai nanti Emir try cakap dengan daddy suruh Emir yang pergi dengan Mel dan suruh Abang Irfan jaga sini. Abang Irfan dah biasa dengan pengurusan sini, biar Abang Irfan jagalah. Atau Mel memang nak pergi dengan Abang Irfan?."tanya Emir, sengaja hendak memerangkap aku.
"Dengan Irfan? Emir sengaja nak cari pasal dengan Mel, ya?"
Aku luku kepala Emir ni karang. Siapa nak pergi dengan Irfan? Ada aku hip hip hoorey ke? Tak ada maknanya!
Emir ketawa "Sayang nanti Abang Emir settle untuk Adik Mel. Adik Mel jangan risau, okey... Abang Emir ada! Anyway dear, if I can't persuade daddy, Mel jangan nakal-nakal .Mel tahukan apa perasaan Emir pada Mel? "
Aku ketawa. Hilang rasa marahku padanya, so macam mana nak marah? Memanglah tak boleh! Lagi tak boleh kalau dia panggil aku sayang, love, sweetheart, honey, dear..... !Adoi... mahu aku tidak berpijak di bumi yang nyata ni!
"Ya sayang. Mel tahu!"
"Aduh.. rasa luluh jantung Emir ni bila Mel panggil Emir macam tu! Tidur lenalah Emir macam ni."
Aku ketawa lagi. "Emir, tadi Mel hampir terlanggar dengan motor idaman Mel Ducati 848 Evo! Minggu ni saja, selamba motor tu lalu depan Mel, makin dekatlah impian Mel"
"Mel! Mel tu jalan tengok-tengoklah sikit. Patut hati Emir rasa tak begitu tenteram hari ni. Motor idaman, motor idamanlah... mata tu!" marah Emir.
Aku panar, aku kena marah! Memang silap aku lah,dalam hal itu aku memang cuai.
"Ya, memang Mel cuai." Aku mengaku.
"Janji dengan Emir. Mel akan lebih berhati-hati."
"Yes boss, Mel janji."
"Okay, that's my sweetheart. Anyway, motor idaman? Wahhh... Mel ni peliklah, agama tip top, gubah bunga dan memasak superb, design pun pandai, garang dan brutal tapi ayu tu tetap ada. Sekarang motor pulak ,Mel? Mel ni serba bolehlah. Itu pasal Emir sayang Mel sang sangat."
Aku tersengih. Jangan puji tinggi sangat Encik Emir, ada pulak yang bocor ni.
"Mel suka saja, tak bererti Mel boleh dapat... "kataku. Kalau aku dapat motor tu, alamatnya, aku tidur kat luar rumahlah dengan motor tu. Jadi pak guard.Sayangkan motor lebih teruk daripada sayangkan katil!
"Okeylah love, it's already am. Besok Mel kerja nanti mengantuk pulak dekat office..." ujar Emir.
Dia betul-betul mengambil berat terhadap aku Manalah aku tak sayang.
"Okay, nite... nite!"
"Emir tak sabar nak balik lusa. Rasa nak jumpa Mel, Emir nak peluk cium buah hati Emir yang satu ni"
"Amboil" tegurku
"Tapi Emir tahulah behave, orang buat dalam
mimpi je. Mel ambil Emir, okey? Emir turun je flight, the person I want to see first is you, no one else..." pinta Emir separuh merayu.
Aku mengukir senyum di bibir, paling indah. Rugi Emir tidak nampak. " Ya sayang, Mel ambil Emir."
"Aduh... jatuh lagi jantung Emir! Sat... sat... Emir nak pergi kutip!"
Aku ketawa, Emir pun ketawa. Hilang perasaan marah aku pada Irfan buat seketika, terubat rasa rindu pada Emir yang membuak buak. Yang pasti, aku tidak sabar hendak menunggunya pulang
Share this novel