Aku menelefon Emir banyak kali tak dapat-dapat. Aku mencarinya ke tempat-tempat yang selalu dia pergi, tidak berjumpa. Sudah tiga hari aku tidak mendengar khabar daripadanya. Datin Hajar pun banyak kali menelefonku. Aku jadi runsing. Aku tersangat risau kalaulah Emir hilang pertimbangan. Bunuh diri? Hesyyy... jangan fikirlah! Positif, Melisa Kairisssa... positif! Manalah Emir ni?
Aku menghenyakkan punggungku ke sofa. Macam- macam masalah sejak aku balik dari Jakarta. Abah sakitlah, Irfan buat hallah, kkemudian Emir hilanglah. Macam-macam hal! Kenapalah aku terperangkap dalam cinta Tiga Segi Bermuda ni? Mengusutkan kepala aku yang sudah sedia kusut.
"Tak jumpa lagi?" tanya Kak Zara.
Aku menggeleng kepala.
"Ada dia datang sebelah tak?" tanyaku. Manalah tahu dia sengaja menghindarkan panggilan aku dan menyorok di dalam kedai. Aku tidak faham apa motifnya hendak menyorok di dalam kedai pula? Atau kenapa mesti tidak mahu angkat panggilan aku? Akukan istimewa baginya takkanlah dia tidak rindu aku langsung? Takkanlah dia tidak sayang aku? Kenapalah buat aku macam ni? Macam bini mati laki tau! Aduhhh....
"Tak ada jugak. Akak tak nampak pun bayang Emir, keretanya pun tak ada kat tempat parking," beritahu Kak Zara.
Aku mengeluh.
"Lenyap, lesap, hilang, bimbang... risau betul!"
"Sabarlah, Mel." Kak Zara memujukku lagi
"Tengah bersabarlah ni. Kalau tak... lama dah Mel pergi balai polis, buat laporan kehilangan orang. Mom dia pun mencari bagai nak rak! Daddy dia yang jarang nak ambil berat tu pun, rata mencari jugak..." kataku.
Sabar tengkoraklah! Dah tiga hari tau! Kalau boleh dah nak lapor polis dah! Tapi apa nak cakap dekat polis tu? Tak pasal pulak sabit Si Irfan, masuk penjara. Hah, bagus jugak mangkuk ayun tu masuk penjara. Seronok jugak! Tak perlu lagi dia merosakkan hati aku yang suci murni ni.
Kalau aku sudah risau, mereka apatah lagi. Mestilah sangat risau! Anak, kan...! Walaupun bukan anak kandung tapi sudah dibela sejak kecil lagi. Mesti dah anggap macam anak kandung sendiri. Emir pun satu! Selama ni makan pakai semua cukup. Sudah-sudahlah tu merajuk! Sakit betul hati aku dengan perangai manja Si Emir yang tak sudah sudah ni.
Klinkkk! Bunyi loceng di kedai, menandakan ada orang masuk. Aku nampak lelaki berbadan besar, tersengih sengih. Encik Shadan masuk ke dalam kedai. Aku melemparkan senyuman.
"Mel! Kau tolong buat bunga untuk hotel tu kejap. Moon telefon, nak suruh ganti bunga dekat lobi," arah Encik Shadan
Aku mengerut dahi. Biar betul hos ni?
"Bos nak gajikan saya ke?" tanyaku.
Sengaja cari pasal dengan bos lamaku. Lagipun aku masih belum mendapat jawapan daripada sepuluh temu duga aku pergi. Tak apalah. Sementara nak tahu keputusannya, baik aku kerja dekat kedai bunga ini. Abah masih ingat aku kerja di hotel! Aku ingat malam ini baru nak berterus terang padanya. Harap-harap janganlah sakit jantung. Banyak skrip sudah aku karang di kepala aku ni.
Hauhhh... mana Emir ni? Kusut!
"Full time ke part-time?" tanya Encik Shadan.
"Sampai saya dapat kerja lainlah..." kataku.
"Bolehlah. Buatlah tempahan tu."
Aku menjerit keseronokan. "Sayang bos!"
Kalau aku tidak kawal perasaan, mungkin aku dah memeluk cium bos aku ini. Haha... Melisa Karissa! Sengaja menggembirakan hati sendiri walhal hati sedang himbangkan Emir. Otak tidak berhenti memikirkan Emir. Kalau cek tekanan darah hari ini, mungkin sudah maksimum sampai mesin tu error agaknya.
Terus aku mengambil pasu dan memilih bunga- bunga untuk digubah. Aku sangat sukakan bunga lily! Wangi hila sudah kembang, mahal pula tu! Sebatang lima belas ringgit ringgit. Gila betul! Macam harga tiket pergi tengok wayang, tak pun KFC... tambah seringgit dah dapat snack plate. Kenyang pun kenyang!
Tension-tension macam ini, kalau dapat dilepaskan kepada bunga-bunga yang cantik dengan bau bauan segar yang menusuk hidung, jadi tak tension dah aku. Tetapi hati ini masih bimbang! Macam manalah keadaan Emir sekarang? Mesti dia rasa sedih.
Syaitan betul Si Irfan tu. Sengaja cari pasal dengan keluarganya. Kak Amira kata, sudah tiga hani Irfan tidak muncul di pejabat. Datuk Zakuan masuk pula asyik marah- marah. Pasal aku berhenti kerja pun dia sangat marah. Semua gara-gara Irfan. Semua staf buat, semua tak kena. Dulu Emir selalu kata, dia dilayan seperti anak tiri. Semuanya Si Irfan yang betul. Kalau mentafsir apa yang Kak Amira kata itu, seperti Datuk Zakuan marahkan Irfan juga, sayangkan Emir juga. Mestilah, sudah jaga dari kecil. Aku tidak rasa Datuk Zakuan pilih kasih.
Kalau Emir hilang, Irfan ke mana pula? Hilang atau memerap diri di rumah? Dia nak mengaku dia bersalah dan bertanggungjawab atas kehilangan Emir? Aku rasa dia buat tidak tahu sahaja. Irfan... pentingkan diri sendiri. Hesy, semua berlegar dalam kepala aku.
"Kalau akak jadi kau, Mel ... lama dah akak gila." kata Kak Zara. Dia sibuk menggubah sejambak bunga untuk majlis perasmian sebuah kedai. Leka dia menggubahnya sambil melayan perasaan aku.
"Tak adalah sampai gila. Tapi dalam hati ni kak
Allah saja yang tahu," kataku.
Aku buat-buat seronok saja ni, walhal dah macam ada bom tunggu nak meletup saja. Tarik saja picunya ini, meletuplah!
Kak Zara tersenyum. "Susah juga menjadi dara pingitan!"
"Bukan dara pingitan .Dara pungutan, tau! Dulu-dulu kalau ada boyfriendkan senang, tak perlu layan Emir, tak perlu layan Irfan. Tiba-tiba pulak hati dah tersangkut yang lain, yang sorang pulak cari pasal! Tak faham bahasa tak faham hati dan perasaan, tak faham semuanya. Yang dia tahu, hati dia, perasaan dia, cinta dia, sayang dia .Habis, tuan punya badan ni apa? Lembu? Cucuk hidung tali, kalau tuan tarik, jalan saja ikut tuan."
Hah, ambik kau! Aku sudah mula membebel. Kak Zara ketawa. "Kalau dulu kau boleh elak.... patutnya kau elak, Mel "
"Hesy Kak Zara ni, kalau Mel ni adik-beradik Angan Nujum Pak Belalangkan, lama dah Mel tak kawan dengan sesiapa pun! Buat menyusahkan hidup Mel saja. Ini sekarang, mula nak menyanyi lagu... kiri duri... kanan pun berduri! Adoin... semaklah kepala ni!" Aku merintih.
Kak Zara ketawa.
Aku tersengih melihat dia ketawa. Aku sedang kusut ni, dia boleh ketawa pula.
"Hati dan perasaan, Zara... hati dan perasaan. Mana boleh dipaksa, mana boleh nak memaksa..." ujar Encik Shadan, tiba-tiba dia bermadah.
Aku terpegun. Aku memandang Kak Zara yang tiba-tiba senyap. Kak Zara buat gubahan laju-laju tiba-tiba dan tidak pandang pun Encik Shadan. Huishhh... apa dah berlaku ni? Malaikat lalu ke? Atau cupid sedang memanah hati masing-masing? Erk... ada benda yang berlaku dalam kedai ni yang aku tak tahu ke?
Wahhh aku kena jadi Detektif Conan ni! Nak
siasat dengan Kak Irah dan Abang Meon. Mesti depa tahu ni!
Apa yang aku suspek, something smells fishy here! Mereka berperasaan antara satu sama lain ke? Bercinta ke? Wahhh.. gosip!!!
"Kau orang berdua ni kenapa? Macam melayan perasaan aje?" tanyaku.
Aihhh... Melisa Kairssa ni, tak cover langsung!
"Mana ada apa!" Encik Shadan mengelak.
"Hesy... kau ni, Mel ! Merapu saja ah...!" Kak Zara juga mengelak.
Aku tersenyum. Macamlah aku tidak tahu dalam hati kamu berdua itu ada taman burung merpati. Jinak-jinak merpati... bila dekat macam nak dapat, bila nak tangkap. terbang semua.
"Zara, jaga kedai!" ujar Encik Shadan, kemudian keluar.
Aku tersenyum-senyum. Kak Zara memandang aku pelik.
"Kalau kau tu kusut kepala, jangan bagi akak pun kusut jugak, Mel!"
Aku ketawa. "Kak Zara ni ada apa-apa ke dengan bos? Cakap betul-betul! Kalau tak betul, Mel tanya dekat Kak Irah. Hah... mesti dia tahu!"
Kak Zara mencebik. "Apa kau cakap ni Mel, akak tak faham sepatah haram pun!"
"Elehhh Kak Zara ni! Bos tu, mana ada pernah cakap macam tu la.... Mana datangnya angin kalau pokok tak bergoyang, Kak Zara oiii!!!" usikku, masih hendak mengorek rahsia Kak Zara.
"Hah tuuu... Emirrrr!" jerit Kak Zara.
"Mana...?" Terkejut aku! Aku memandang luar. Kemudian Kak Zara berlari ke belakang sambil ketawa.
Tersedar, aku tertipu rupanya. Haram jadah betul, Kak Zara ni! Siap kau...!
Haihhh... Emir ! Sekarang yang penting bukannya perasaan Kak Zara ke perasaan si bos ke... yang penting Emir kat mana? Emir... telefonlah Mel! Emir... Mel susah hati ni...! rintih hatiku. Aku harap ia sampai ke dalam hati Emir juga.
Share this novel