Aku melepak sahaja hari ini di keda kedai bunga. Kerja aku semuanya sudah siap. Banyak juga projek aku di syarikat aku kerja itu. Macam Datuk Zakuan kata dulu, it is a good company. Masa aku dihabiskan dengan kerja sahaja, tidak boleh nak main-main. Di situ ada gym, tempat untuk membuang stres kerja dan selalunya aku akan pergi pada waktu makan tengah hari. Orang tidak ramai dan satu lagi, Emir sudah mula jarang makan tengah hari dengan aku. Sibuk dengan urusan pengilangan baju-baju dia itu. Aku malas hendak ambil tahu dan malas hendak masuk campur. Kerja aku pun sudah sedia banyak!
Kalau ikutkan kalendar, hmmm... aku hanya ada masa empat bulan lagi untuk menyiapkan majlis pertunangan dan sekali gus majlis perkahwinan aku. Hmmm... empat bulan, aku rasakan lama! Haih... macam tak nak kahwin pun ada rasanya. Uiksss... apa aku ni!
Hari itu Emir ada kata, Datuk Zakuan dan Datin Hajar hendak bertandang ke rumah, hendak bincang hal pertunangan dan perkahwinan. Aku menunggulah bila mereka nak tiba. Emir tidak cakap apa-apa pun lagi. Petang semalam aku datang melepak di kedai. Aku tengok Kak Zara dengan bos macam tidak sebulu. Gaduh ke apa ke... aku tidak tahu! Kalau bercakap pun macam sindir menyindir perasaan. Huishhh... aku ingat dulu aku ada tanya mereka, mereka kata tidak ada apa-apa. Lepas tu aku tanya Kak Irah, Kak Irah macam tidak mahu cakap. Heh.. kali ini aku cuba lagi!
"Kak Irah, tanya sikit!" Aku mahu melontarkan soalan sensitif tetapi aku memandang sekeliling, tercari-cari bayang Kak Zara. Dia tidak ada. Mungkin di tingkat atas agaknya.
"Apa dia, Mel?" tanya Kak Irah tidak sabar.
Kak Irah kalau bab bergosip memang nombor satu. Tetapi kalau melibatkan Kak Zara, dia bukan jadi ratu gosip. dia jadi sahabat pulak! Menyampahhh...
"Encik Shadan dengan Kak Zara tu ada apa-apa ke?" tanyaku. Aku ingin tahu.
"Kenapa kau tanya macam tu, Mel?" tanya Kak Irah, cepat-cepat dia mendekatiku. Huh, memang dia punya ciri-ciri sebagai ratu gosip!
Klink! Klink! Bunyi loceng pintu
Perbualan aku dengan Kak Irah terhenti seketika.
"Mel! Lama wa tak nampak lu? Kereta tarak rosak
laginka?" tanya Ah Bok.
"Banyak duit dah wa sedekah dekat kedai lu, cukup- cukuplah tu!" jawabku, aku tergelak.
"Sekarang Ilah, dia manyak sombong. Naik itu BMW putih saja, tarak naik Kancil! Itu boyfriend sama ka Mel?
"Ehhh... memandai je Ah Bok ni. Hari tu lu nampak wa punya bos!" Aku teringat dulu aku terserempak dengan Ah Bok dekat Kenny Rogers bersama Irfan. Heh, ada ka patut Si Ah Bok ingat aku dengan Irfan? Tak dapatlah....
"Okeylah Ilah, ini kunci kasi sama Meon. Nanti bil suruh dia mari angkat."
"Thanks Ah Bok," kata Kak Irah. Apalah Ah Bok ni.... Kak Irah, la! Bukan Kak Ilah!
"Bye Ah Bok!" jeritku.
Seronok jumpa Ah Bok. Lama aku tidak jumpa Ah
Bok sejak aku jarang bawa Kancilku. Sejak Emir menjadi drebar terhormat aku, Kancil jarang dibawa, jaranglah dia rosak. Kalau selalu bawa, selalulah melepak dekat kedai Si Ah Bok!
Kemudian Kak Irah datang kembali kepadaku. Hai... sesuai sangatlah gelaran ratu gosip itu dengan dia. Serasi gitu!
"Sambung balik!"
"Hari tu mereka berdua tersirat, tersurat macam melayan perasaan aje. Betul ke, Kak Irah? Semalam, macam gaduh aje. Tapi main tersirat tersuratlah. Betul ke depa tu ada hati dalam taman, Kak Irah?" tanya aku mula bergosip.
"Heh... akak ni bukan nak masuk campur. Tapi kira kau dengar dari mulut orang lainlah ye, Mel ! Akak bukan apa. Penat dah nasihatkan Si Zara tu... tapi degil! Entah sampai bila nak membujang. Sebenarnya depa tu ada 'bau- bau durian' jugak. Dulu rasa macam nak jadi, lepas tu break kejap. Sekarang akak tak tahulah, Mel. Jadi balik kut. Kak Zara tu kau tahulah, garang. Bos kau tu pulak lembut!" ujar Kak Irah kemudian kembali ke kaunter.
Aku ketawa. "Macam-macam hal!"
Aku dah agak dah, mereka berdua mesti ada something! Aku gembira dan mendoakan mereka bertemu. Buat apalah nak taruh lama-lama. Bukannya masing- masing tak kenal, dah lama kenal hati budi masing-masing
"Kau tak keluar dengan Emir, Mel?" tanya Kak Irah
Mikael Yusuff yang ada duduk di dalam strollernya tersenyum-senyum. Aku sibuk mengacah dia. Lama tidak tengok, semakin besar pula anak angkat aku ini. Dengar bunyi anjing menyalak sahaja, dia menjerit memanggil 'ah wong'. Aku pelik.
"Bukan ah wonglah, anjing!" Kak Irah tergelak.
"Dia panggil anjing sebelah rumah tu ah wong. Akaklah start dulu."
"Nama anjing tu Ah Wong ke?"
"Haah"
"Patutlah!" Aku tergelak. Petahnya Mikaeel Yusuff. Geram betul pipinya. Aku mencium dia banyak kali, dia buat tidak tahu. Kecil-kecil sudah gatal.
"Kau tak keluar ke dengan Emir? Lama akak tak
nampak kau dengan dia. Kau orang ni dah tak ada apa-apa ke?" tanya Kak Irah lagi sekali, kali ini lebih panjang.
"Maksud Kak Irah, kita orang break ke?"
"Hah, yelah."
"Tak adalah. Elok saja. Kenapa Kak Irah cakap macam tu?" Yalah, tiba-tiba cakap macam tu, kenapa? Lain macam sahaja bunyinya.
"Eh, bukan kata hujung tahun nak kahwin? Kau tak buat persiapan ke?" tanya Kak Irah lagi, bertubi-tubi,
"Lambat lagilah. Lagi empat bulan maaa.. Relaks
la!" kataku.
"Mel , walaupun orang tu suka dekat kita, jangan kita ambil ringan saja. Kena jaga jugak!" sampuk Kak Zara yang tiba-tiba sahaja muncul. Mujur waktu ini aku tidak bercerita tentang dia dengan bos.
Aku semakin pelik. Berkerut-kerut dahiku. "Ini apa masalahnya ni? Berkias-kias pulak kakak-kakak Mel ni?" Cakap... cakap... Aku tahu mereka ini kalau sudah cakap bersirat macam ni, mesti ada yang tak kena.
"Kak Zara nampak Emir dengan perempuan cantik. "
"Perempuan cantik? Dia dengan model dia kut?" kataku.
Nak kisah apa? Emir memang selalu dikelilingi oleh perempuan-perempuan cantik. Sudah kerjaya dia macam itu, fashion designer, Kalau lelaki kacak dengan aku, mesti kontroversi punya. Aku kenal semua modelnya dan modelnya tahu batasan. Lagipun Emir dah kata sayang aku seorang apa aku nak takut?
"Aku dah kata dah, dia takkan percaya punya, Zara! Tu, la... kau sibuk nak sangat tahu," ujar Kak Irah.
"Wowowo... jangan gaduh-gaduh. Relaks... relaks." Aku menyabarkan Kak Irah dan Kak Zara yang sedang bertekak. Haih... sampai nak keluar anak tekak! Aku ni macam rasa tak ada apa-apa pun!
"Tu dia! Panjang umoq. " tunjuk Kak Irah.
Kami berempat termasuk si kecil yang berada di dukungan aku, melekap muka ke pintu. Aku melihat Emir turun dari kereta perempuan itu dan dia membukakan pt untuk perempuan itu. Aku melihat dan mengamati muka perempuan itu. Siapa? Aku tidak pernah nampak pun. Selalu model Emir, aku kenal semuanya. Aku menggigit Sudahlah jarang jumpa aku, call pun sudah jarang, punya ini kerja dia! Uikkks... jangan cepat membuat duhan melulu, Mel! Siasat dan tanya Emir. Aku memujuk hati.
"Nah ambik si kecil, Mel nak pergi tanya khabar." Aku meletakkan Mikaeel Yusuff ke pangkuan Kak Irah. Kak Zara menarik tangan aku.
"Jangan, Mel! Jangan buat kecoh."
"Hey... Mel nak pergi tanya khabar saja. Mel tak
marahlah. Mel nak tahu siapa saja. Mel tak buat kecoh.Mel masih waras lagilah, Kak Zara." Kak Zara melepaskan tanganku setelah dia mengetahui alasanku. Takkanlah aku nak bertindak melulu. Aku keluar dan pergi ke kedai sebelah.
Lily menegurku. Aku tersenyum. "Emir ada?"
"Baru saja masuk dalam pejabat."
"Boleh masuk ke?" tanyaku. Aku kena minta kebenaran dulu, protokol walaupun aku selalu buat butik ini macam rumah aku sendiri.
"Masuklah!" ujar Lily.
Aku mengetuk pintu bilik Emir. Aku menjenguk di daun pintu.
"Sayang, what a surprise!" Emir menjerit melihat aku.
Aku tersenyum. Mata aku memandang ke arah perempuan itu. Seksi? Tak adalah, Biasa sahaja. Pakai tudung juga. Mana nak datang seksinya? Mata dia tu cantik, bulat macam Heliza. Comel.
"Emir rindu Mel." Emir membisikkan kata-kata itu kepadaku.
Hah? Macam mana aku nak marah? Dia selalu begitu dengan aku.
Aku tersenyum. "Kalau rindu... kenapa tak call? Kenapa tak jumpa? Hmmm...." Tetapi kata-kata itu hanya terzahir di hati sahaja.
Aku sudah berjanji dengan diriku sendiri agar jangan mengungkit kerana dia sudah pun memberitahu bahawa dia memang sibuk. Aku tanamkan sahaja ayat-ayat itu dalam hati aku. Parah memang parah menanggung rindu!
"Mel, mari Emir kenalkan... ini Dania. Dania ni kawan Emir dekat UiTM dulu. Sekarang kerja untuk Emir. Dialah pengurus kilang untuk clothing line Emir tu. Mulanya Emir nak buat kejutan dekat Mel sewaktu perasmian nanti, tapi Mel dah datang." Emir menarik tanganku. Emir agak teruja.
Aku tersenyum sahaja. Kejutan? Memang terkejutlah....
"Baru mula saja tapi Emir dah banyak kali cakap pasal awak. The famous Melisa Karissa, the best ID in town. The best beriani in the world! Dania, boleh panggil Dani. Nice to meet you...."
Aku tersenyum. Aku cuba fikir kembali, Emir tidak pernah cakap pasal Dania pun! Kawan dekat UiTM? Ahah... a new side of a story!
"Melisa Karissa, panggil Sa okey. Nice to meet you "Aku berjabat tangan dengan dia. Lembut, selembut sara tapak tangannya. Mengalahkan aku! Argh... orang tidak biasa buat kerja dapur agaknya. Aduhai.. aku kalau dapat judge orang...!
Aku tersenyum. Aku memandang Emir. Aku mengecilkan mata aku kepadanya memberi isyarat supaya keluar sekejap. Hendak cubit Emir kuat-kuat!
"I pinjam Emir kejap. Nak cerita pasal hal kahwin," kataku beralasan. Sengaja aku menekankan perkataan kahwin itu.
"Kejap ya, Dania." Emir menarik lengan bajuku,
"Kenapa dengan hal kahwin, sayang?" tanya Emir ketika kami sudah keluar dari butik Emir. Aku tidak mengendahkan soalannya.
"Siapa Dania?" tanyaku
"Pengurus kilang." jawab Emir biasa.
"Kenapa selama ni Emir tak beritahu pun?" tanyaku. Ada rasa tidak puas hati menyelinap mengambil tempat di ruang hati.
"Just started, sayang. Why? Are you jealous? Kan Emir kata, Emir nak buat kejutan dekat Mel..." jelas Emir. Emir memandangku. Aku dapat lihat kebenaran kata-katanya itu.
"Tolonglah. Istilah cemburu tak ada dalam kamus hidup Mel, tau!" kataku walaupun sebenarnya terselit juga perasaan cemburu itu. Siapa tidak cemburu kalau perempuan itu lebih tahu tentang aku daripada aku mengetahui tentang dia! Siapa yang rahsia dengan siapa ni? Siapa yang tak inform siapa ni?
Emir tergelak.
"Alhamdulillah." Dia menadah tangan dan mengaminkannya.
"Kenapa pulak?" Aku pelik.
"Ada jugalah rasa cemburu Mel pada Emir. Emir takut juga, kalau-kalau girl Emir tak ada perasaan cemburu. Orang kata, kalau kekasih tak ada perasaan cemburu, sayang... bukan kekasih namanya!"
"Ke situ pulak Emir ni." Aku mencubit lengannya.
Emir mengaduh tetapi bibirnya mengukir senyuman. Dalam hati aku, terselit rasa geram sikit. Namun aku masih lagi boleh membalas senyuman yang mengada itu.
"Kalau Mel tak datang sini, Emir tak nak beritahu
dia siapa, kan?" tanyaku.
"Beritahu, cuma lambat atau cepat saja. Ingat nak surprisekan darling Emir ni, tapi Mel datang cepat pulak."
"Yelah surprise sangat, sampai tahu dari Kak Zara dan Kak Irah, tau!" Aku mencebik.
"Oh! Gossip girls. Sorry sayang. Janji tak buat lagi."
"Sorry, sebab ada rasa sikit marah..." ujarku terus terang. Aku memang seorang yang berterus terang. Aku suka beritahu apa yang aku rasa. Kalau aku marah, aku beritahu aku sedang marah. Macam itu juga bila sedih.
"Salam!" Emir menghulurkan tangannya. Aku bersalam, mencium tangannya. Mengada!
Memang aku salah, dia pun salah juga. "Mel ada hak nak marah Emir. Emirkan milik Mel!" ujarnya.
Pasal kahwin tadi kenapa, Mel?" tanya Emir.
"Bila mereka nak datang?"
"Mom kata... minggu depan. Insya-Allah."
Aku mengangguk-angguk dan tersenyum. Sesungguhnya kata-kata Emir itu menyedapkan hatiku!
Aku balik semula ke kedai bunga dengan senang hati. Malam nanti, Emir nak bawa tengok wayang, upah dia sada masa untuk aku minggu-minggu yang lepas akibat lesibukan kerjanya. Emir dah janji jadi dia kena buat!
"Siapa dia?"
"Pengurus kilang dialah!"
"Jangan dari urus kilang, pergi urus tuan punya kilang pulak!" kata Kak Zara.
"Kak Zara ni...."
"Akak tak mendoakan, tapi berhati-hati!"
"Hmmm... Kak Zara."
"Apa, Mel? "
"Kak Zara tu janganlah garang-garang dengan bos. Dia tu lemah lembut orangnya. Kalau dekat Mel akak pandai suruh Mel berhati-hati, jaga Emie. So, Mel nak cakap ni.... Kak Zara tu, jaga hati bos baik-baik. Kalau suka, cakap saja.... Mel, Kak Irah dengan Abang Meon, semua suka aje Kak Zara dengan bos."
Kak Zara membuntangkan matanya kepada aku.
"Aku tak masuk campur ar Zara!" Kak Irah awal lagi dah surrender!
Aku ketawa, tetapi sebenarnya dalam hati teringat- ingat kata-kata Kak Zara. Ada juga benarnya tu! Tiba-tiba rasa takut kehilangan Emir menyelubungi diri!
Share this novel