Bab 16

Drama Completed 10175

Dear my sayang, hari ini sangat sibuk. Tapi sibuk mana pun, Emir selalu ingat pada Mel. Progress hotel okay. Hari ini dia orang bawa masuk gubahan bunga besar gila letak dekat tengah-tengah hotel. Tapi tak cantik macam Mel buat! Emir ada attach something untuk Mel, buka tau! Lagi 21 hari.... Anh yeu em (I love you in Vietnam) -EHZ-

---------

Aku tersengih. Hari-hari duk mengira bila hendak balik ke Malaysia. Itu kes Emir.

Aku punya kes pula, hari-hari menconteng kalendar menunggu Emir balik dari Vietnam. Nampak sangat getah Emir sudah mengena, aku sudah terjerat tetapi masih tidak mahu mengaku juga. Melisa Karissa... memang hati batu, kepala kayu!

"Emir e-mel ke?" tanya Kak Amira.

Aku mengangguk.

"Pergi sana... orang nak feel ni!" Aku menghalau Kak Amira, suruh pergi jauh dariku. Aku nak melayan perasaan ni.... Aku tersengih.

Kak Amira tergelak.

Aku membuka attachment yang die e-mel oleh Emir Lagu apa ni? Hijau Daun? Nama kumpulan sahaja aku sudah tergelak. Aku membuka video klip itu, aku perlahankan suaranya. Aku tahu lagu ni!!! Lagu tengah hot di pasaran dulu-dulu....

Suara dengarkanlah aku

Apa khabarnya pujaan hatiku

Aku di sini menunggunya Masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku

Apakah aku selalu di hatinya

Aku di sini menunggunya

Masih berharap di dalam hatinya....

Part korus sahaja sudah

Aku tersenyum. membahagiakan aku! Aduh Emir ni... angau di siang hari n mahu bos soal aku macam-macam ni! Aku menekan butang reply

Assalamualaikum, Encik Emir. Sekarang dah lupa nak bagi salam ye! Kejap lagi
Mel kena jumpa GM. Pasal apa, Mel tak tahu. Anyway, Mel ada banyak gila benda nak cerita, tapi tunggu Mel baliklah. Terima kasih lagu tu.
Mel suka sangat.Mel balas balik okey Rindu Adam juga... :-)
-Mel-

Aku malas hendak beritahu dia apa yang aku deal dengan Irfan. Tidak pasal-pasal sahaja mamat itu timbul di hadapan aku esok. Dia itu bukan boleh kena cuit... cuit sikit bahaya! Aku hendak attach lagu apa ya? Emmm. Samsons Tak Bisa Memiliki. Wah... lirik lagu ni, menyentuh hati! Mel jatuh cinta? Terbalik bumi Malaysia ni! Aku menekan butang. send Aku tersenyum.

Telefon pejabat aku berbunyi. Siapa ah?

"Cik Melisa Karissa, GM panggil sekarang."

"Oh, okey!"

Setiausaha GM, Puan Faezah, menelefonku. GM panggil! Alamak... tudung okey ke ni? Aku nak bawak apa ni? Lantas aku ambil diari merahku dengan sebatang pen. Aku melalui sebelah bilik Irfan. Irfan senyum memandangku. Aku membalasnya. Nanti orang kata sombong pula. Kemudian cepat-cepat aku lari ke bilik GM. Aku melemparkan senyuman kepada Puan Faezah. Puan Faezah ni sombong sikit. Senyum sahajalah... sedekah, bukan luak pun!

"Assalamualaikum, Datuk."

"Waalaikumussalam, sila duduk Cik Melisa Karissa."

Aku menarik kerusi di hadapan Datuk Zakuan dan terus duduk. Aku menanti dia menulis sesuatu di atas kertas, aku diam sahaja. Aku melihat keadaan sekeliling bilik. Aku tidak pernah lagi masuk bilik ini, okey sahaja dekornya. Dekor orang lama! Aku tersenyum tatkala memandang gambar Emir di atas meja Datuk Zakuan. Gambar Emir menunggang kuda bersama Datuk Zakuan, gambar Emir bersama Datin Hajar di taman. Banyak gambar keluarga di belakang Datuk Zakuan, tidak boleh pula aku hendak tengok. Datuk Zakuan memandangku, dia tersenyum

Senyuman persis Emir. Aduh, rindunya aku pada Emir!

"Nice work," puji Datuk Zakuan.

"Hasil kerja hotel di Vietnam itu merupakan kerjasama saya dengan Encik Emir juga. Dia bagi gambar- gambar dari Vietnam, jadi ia menyenangkan kerja saya. Bukan hasil saya seorang."

"Jangan merendah diri sangat, Karissa. Can I call you Karissa?"

Aku mengangguk. "Of course, no problem."

"Saya tahu hasil kerja awak bagus. Sekarang pun hotel kita semakin berseri-seri."

Aku hanya tersenyum.

"Kerja lebih kuat lagi, ya Karissa!"

"Ya. Datuk."

"Itu saja, awak boleh kembali ke tempat awak semula. Terima kasih, Datuk."

Aku bingkas bangun dan beredar dari situ. Lega Kak Amira nampak aku, terkam aku dulu.
"Akak ni buat terkejut Mel sajalah."

Kak Amira tersipu-sipu. "Apa perasaan jumpa bakal mertua?"

Aku menekup mulut bakal kakak iparku ini. Mulut dia ni memang tidak ada insurans! Cakap siang pandan-pandanglah, kak oiii...! Kalau dibuatnya Datuk Zakuan tu dengar, tidak ke malu aku? Nak letak mana muka cantik aku ni? Pipi tersorong-sorong, hidung tak mancung, ada hati nak berkawan dengan anak Datuk Zakuan pula!

"Kak Amira ni, kan!"

Kak Amira ketawa kecil. "Akak usik Mel saja. Jangan marah ye."

"Nanti Mel tak mahu jadi orang tengah Kak Amira dengan abang ngah baru tahu."

"Amboiii... ugut!"

Aku mengerling jam di dinding, sudah masuk waktu makan tengah hari. Aku melihat Irfan menyusun kertas-kertas di atas mejanya sambil bercakap melalui telefon bimbitnya. "Jom makan kak. Cepat...!"

"Hesy... nak cepat kenapa? Akak nak ambil beg dulu!" Kak Amira mahu pergi ke tempatnya.

Aku menahan. "Tak payah, Mel belanja."

Aku menarik tangan Kak Amira, lantas berlari terus ke lif. Lega, mak cik! "Kenapa nak cepat sangat?"

"Nanti Mel cerita. Yang penting sekarang, kita masuk lif dan cepat-cepat turun."

Aku membawa Kak Amira makan jauh sedikit dari hotel dan bukan di tempat biasa. Tempat luar biasa dan luar kawasan pengetahuan Irfan. Aku tidak mahu makan tersedak sedak, tersopan-sopan, tersipu-sipu di hadapannya sebab aku sedang lapar gila. Aku bercerita dengan Kak Amira, Kak Amira ternganga mendengar cerita aku dengan Irfan sewaktu aku bertemunya semalam.

"Berat ni, dik!"

"Apa yang beratnya?"

"Mel dah terkena jerat percintaan ni." Aku tergelak. Tahulah minat Dato' Siti Nurhaliza tapi tak payahlah masuk dalam ini cerita!

"Akak cakap serius ni, Mel. Encik Irfan tu minat dengan Mel tu."

"Dia dah bertunanglah! Kita fikir positif aje."

"Mel dan Emir?"

"Boleh tak kalau panggil hubungan kita orang hubungan atas pagar"?"

Kak Amira tergelak.

Aku pun tidak tahu hendak panggil hubungan aku dengan Emir ini apa. Kalau kawan, tidak mungkin rindu atau sayang berlebihan. Tetapi tidak couple pun. Main tarik ali adalah. Hesy... minta simpanglah jerat percintaan ni, bahaya!

"Jomlah kita balik. Nanti lambat masuk pejabat pulak.." ujar Kak Amira. Aku bingkas bangun dan mengambil kunci keretaku .Masa rehat tengah hari masih berbaki setengah jam Apalah Kak Amira ni!

Setibanya aku di pejabat, aku menolak Kak Amira ke tepi dinding Aku terdengar seperti ada orang sedang bertengkar. Kami berdua tergamam.

" You beritahu

I sekarang, kenapa you nak putus tunang? "

"Farah, this is office. Low down your voice!"

"Youada perempuan lain ke, Irfan? Answer me!"

Aku keras di situ, Kak Amira di sebelah aku juga
terdiam. Apa betulkah apa yang aku dengar ni? Aku baru sahaja masuk dengan Kak Amira ke dalam pejabat, seorang pun tidak ada lagi. Tiba-tiba dengar orang mengamuk dalam bilik Irfan. Aku dengar suara Irfan memarahi Farah Atalia. Farah Atalia apa lagi, bagai dicucuk sarang tebuanlah jawabnya.

"Dua tahun Farah, kita bertunang... you macam ni juga, tak pernah berubah!"

"Nonsenselah Irfan. You ke I yang tak berubah? You beritahu I sekarang!"

"You, please go home. I will talk to you later."

Aku dan Kak Amira segera berlari ke tempat kami
semula. Aku dengar macam dia orang sudah hendak keluar dari bilik. Takut juga kena serang tiba-tiba pula nanti, naya!

Dum!

Aku dengar pintu ditutup kuat. Aku tidak nampak Irfan, aku hanya nampak Farah Atalia keluar dengan marah. Wajahnya yang cantik itu menjadi merah seakan menahan marah, tetapi akhirnya aku nampak dia tersenyum puas. Aku menjadi pelik. Tadi marah sekarang senyum, sakit jiwakah? Biar betul minah ni! Dia berlalu keluar dan yang aku pasti dia tidak perasan aku menghendap dia dari workstation aku.

Kak Amira berlari ke tempat aku perlahan-lahan. "Akak dah agak dah benda ni akan berlaku..." ujar Kak Sophia berbisik.

"Akak ni dah tukar profesion ke, dari akauntan ke
tok bomoh?"

Kak Amira tersengih. "Akak ada baca dekat Internet, supermodel ada affair dengan photographer dia. dalam proses putus tunang dengan usahawan muda terkenal."

"Akak banyak baca artikel, tapi apa kena- mengena? Hah...."

Aku menekup mulutku. Melisa Karissa, lambat tangkap betul! Supermodel itu Farah Atalia, usahawan muda itu Irfan! Mereka bergaduh pasal affairkah? Kasihan Irfan!

Itulah... lambat sangat! Aku dah kata dah, makan lambat, semua jadi lambat. Sepatutnya kahwin sahaja. Itulah... sampai dua tahun bertunang, lambat sangat! Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciranlah jawabnya .Mana-mana perempuan pun tidak sanggup tunggu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience